Versa Catat Deposit RM10 Juta Dalam Tempoh Kurang Dari Tiga Bulan

  • Menawar alternatif yang fleksibel untuk deposit tetap kepada rakyat Malaysia
  • Menunjukkan rakyat Malaysia cenderung terhadap pilihan yang berisiko rendah bagi keperluan wang tunai mereka
  • Kaji selidik terhadap 3,000 responden mendapati bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk beralih daripada deposit tetap dan mengutamakan ciri kemudahan pengeluaran

Kuala Lumpur, 7 April 2021 – Versa, platform pengurusan wang tunai digital di Malaysia, mengumumkan catatan jumlah deposit terkini melebihi RM10 juta dalam hanya tiga bulan sejak pelancarannya pada Januari lalu. Pada masa kini, Versa telah merekodkan lebih daripada 4,000 pendaftaran akaun dengan purata jumlah deposit RM2,700 bagi setiap pengguna.

Situasi kini menunjukkan kadar faedah rendah telah meningkatkan permintaan pelanggan untuk penyelesaian yang lebih baik bagi keperluan kewangan mereka. Kadar faedah yang rendah dan kekangan melakukan deposit dan pengeluaran wang telah menyukarkan ramai untuk memberi komitmen terhadap deposit tetap.

Halangan lain termasuklah tempoh masa terkunci yang panjang deposit permulaan yang tinggi dan risiko yang tinggi dalam pelaburan. Faktor-faktor tersebut telah mendorong pengguna untuk mencari alternatif bagi memenuhi keperluan kewangan masing-masing. Melihat akan situasi ini, Versa menyasarkan untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi pelanggan dalam usaha mereka membuat simpanan.

Dengan deposit permulaan serendah RM1, pelabur dapat memperoleh faedah harian hingga 2.4 peratus setahun. Berbeza daripada deposit tetap, pelabur mempunyai piilihan untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila – bila masa. Kemudahan tersebut memberi ruang untuk pengguna melabur dengan risiko yang rendah dan mempunyai wang simpanan pada masa kecemasan. Tambahan itu, Versa tidak mengenakan sebarang caj jualan, yuran pindahan mahupun penamatan.

Finlab Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF) menyokong inisiatif Versa untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan fleksibel bagi rakyat Malaysia untuk mengurus pelaburan wang mereka. Melalui kolaborasi dengan Affin Hwang Asset Management (AHAM), Versa membuka peluang bagi rakyat Malaysia untuk melabur dalam Affin Hwang Enhanced Deposit Fund, dana pasaran wang (MMF) sebesar RM2 bilion[1] yang telah mencapai pulangan 66 peratus sejak penubuhannya pada April 2005. Dana tersebut bertujuan memberi pulangan yang berpandukan pada kadar deposit tetap Malaysia kepada pengguna, sekaligus menjadikannya sebuah platform yang menarik untuk pengurusan wang tunai dan simpanan. Sehingga kini, Versa, menerusi kerjasama dengan AHAM telah mengatasi beberapa dana pasaran kewangan daripada segi aset bersih.

Aplikasi Kewangan Digital Masih Tidak Dimanfaatkan

Versa telah menjalankan kaji selidik dan mendapati bahawa penggunaan aplikasi penyelesaian kewangan digital dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Daripada 3,000 responden, hanya 6 peratus menggunakan aplikasi pelaburan dan simpanan digital manakala lebih daripada 30 peratus langsung tidak menggunakan aplikasi kewangan digital Di kalangan mereka yang menggunakannya, majoriti lebih selesa menggunakan aplikasi perbankan tradisional, diikuti dengan e-dompet.

Antara faktor utama semasa memilih aplikasi simpana digital adalah kemudahan pengeluaran wang tunai dan kebolehpercayaan. Responden mengutamakan maklumat dan nasihat profesional yang diperoleh dari bank, diikuti oleh rakan dan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Versa, Teoh Wei-Xiang, berkongsi bahawa idea Versa tercipta daripada kesedaran terhadap kepentingan mempunyai dana kecemasan. Ini membantu untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia seperti yang telah ditekankan dalam kaji selidik yang dijalankan. Terutamanya, kewangan dinilai pada kedudukan yang sangat penting.

“Versa ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah peribadi berikut – saya terpaksa mengeluarkan deposit tetap beberapa kali apabila menghadapi situasi kecemasan. Sejajar dengan itu, kami mempromosikan cara baharu untuk pengguna menguruskan simpanan wang tunai mereka. Hal ini kerana, dihadapi dengan situasi yang tidak diduga kemampuan untuk melabur dan mempunyai dana kecemasan adalah sangat penting. Menerusi Versa, kami ingin menggalakkan masyarakat Malaysia untuk memahami manfaat MMF dalam keadaan kita sekarang – baik daripada segi kestabilan, kecairan mahupun perlindungan yang ditawarkan,  supaya mereka yakin bahawa mereka dilindungi dengan baik oleh Versa. Kerjasama kami bersama Affin Hwang Asset Management yang berpengalaman dalam pengurusan aset, akan membantu kami dalam usaha mendidik rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pelaburan yang lebih bijak,” ujar Teoh.

Menyokong pendidikan kewangan di kalangan rakyat Malaysia

Pada pelancaran rasmi aplikasi ini, Versa menekankan kepentingan pendidikan kewangan masyarakat melalui perbincangan panel antara Ketua Pegawai Eksekutif Versa Teoh Wei-Xiang, Pengarah Urusan AHAM Dato Teng Chee Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Ringgit Plus Hann Liew dan Pakar Perkhidmatan Kewangan Digital UNCDF Sandeep Kumar, yang dikendalikan oleh Audrey Misquith dari UNCDF.

“Dengan kadar faedah yang diramalkan akan kekal rendah untuk satu jangka masa yang lama, pencarian hasil akan menjadi keutamaan bagi setiap pelabur. Melalui kerjasama dengan Versa, kami berbesar hati membawakan satu penyelesaian baharu ke dalam pasaran untuk membantu pelabur mempelbagaikan serta memaksimumkan potensi simpanan wang tunai mereka tanpa kecairan,” tambah Dato Teng Chee Wai, Pengarah Urusan, Affin Hwang Asset Management.

“Usaha sama yang dimeterai dengan Versa ini adalah selari dengan inisiatif digitalisasi kami di Affin Hwang Asset Management, di mana kami komited dalam memperkenalkan pelbagai penyelesaian ke dalam pasaran yang mampu merevolusikan pandangan rakyat Malaysia tentang pelaburan pada masa sekarang dan akan datang. Dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin mereka, pelabur dapat melabur, membuat pengeluaran dan memantau portfolio mereka melalui pengalaman pelaburan yang lancar. Kami sentiasa mencari kaedah baharu dalam mencipta peluang untuk pelanggan memaksimumkan potensi aset masing-masing, dan kami berharap dapat memberi impak yang lebih baik pada kehidupan mereka dengan kolaborasi seperti ini,” kata Allen Woo, Ketua Pegawai Inovasi, Affin Hwang Asset Management.

Sehingga 28 April, Versa bekerjasama dengan RinggitPlus, sebuah laman web perbandingan kewangan, untuk memberi insentif kepada pengguna baharu. Untuk berpeluang terpilih, pengguna baharu perlu memuat turun, mendaftar dan membuat deposit awal melalui pautan ini. Pemenang akan diumumkan pada bulan Mei.

Versa kini boleh dimuat turun daripada Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut mengenai Versa, sila layari www.versa.com.my.


[1] Tepat hingga pada 24 Mac 2021https://affinhwangam.com/invest-with-us/list-of-funds/details?q=EDFHCF

© 2023 BlackButterfly DesignArts