Lebih 20,000 Burger Ayam Diedarkan Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Marrybrown!

Lebih 20,000 Burger Ayam Diedarkan Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Marrybrown!

Malaysia, 19 April 2024 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terkemuka menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di seluruh negara baru-baru ini. Majlis ini  berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada komuniti tempatan dengan lebih 20,000 Burger Ayam diedarkan oleh Marrybrown.

Sebagai tanda penghargaan dalam kemeriahan perayaan, dengan setiap pembelian hidangan Marrybrown, Burger Ayam diberi secara percuma kepada 100 pelanggan pertama di setiap cawangan. Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan sambil memupuk semangat kebersamaan serta nilai kesyukuran. 

Lebih 20,000 Burger Ayam Diedarkan Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Marrybrown!

Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat ‘Memang Best’ di seluruh negara dan beliau telah menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan untuk Marrybrown selama ini.

“Di Malaysia, kepelbagaian budaya amat diutamakan pada setiap musim perayaan, kita meraikan semangat kebersamaan tanpa mengira kaum atau latar belakang, dan pastinya ia akan dimeriahkan lagi dengan hidangan makanan yang enak. Marrybrown berbesar hati dengan peranan memupuk semangat perpaduan ini dan kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak detik-detik indah bersama peminat kami,” kata Daniel Chan.

“Di Marrybrown, kami komited bukan sahaja untuk menyediakan hidangan terbaik khas untuk pelanggan kami tetapi juga untuk mencipta pengalaman yang menggembirakan untuk semua. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia dan kami akan sentiasa membalas jasa baik ini dengan memberi kembali kepada pelanggan kami.”

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Laman Web: https://marrybrown.com/

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

© 2023 BlackButterfly DesignArts