SHEBA®, jenama makanan haiwan Mars, Incorporated lancarkan Program Pemulihan Terumbu Karang Terbesar Di Dunia: Hope Reef

  • SHEBA®, jenama makanan haiwan Mars, Incorporated berganding tenaga dengan komuniti pulau Bontosua di Sulawesi untuk menampilkan program pemulihan batu karang terbesar di dunia, dikenali sebagai Hope Reef
  • Sertai program ini dengan menonton “The Film That Grows Coral”  di YouTube, di mana setiap tontonan akan membantu mengumpulkan wang untuk pemulihan terumbu

MALAYSIA (8 Jun, 2021) — Hope Reef, sebahagian daripada program pemulihan terumbu karang terbesar dunia, telah dilancarkan di pesisir pantai Sulawesi, Indonesia. Terletak di atas platform terumbu Salisi’ Besar berdekatan Pulau Bontosua, terumbu berkenaan dibina dengan membentuk ejaan perkataan ‘HOPE’ (harapan). Pemasangan terumbu bersaiz 45x15m yang boleh dilihat melalui Google Earth merupakan simbol yang menunjukkan bahawa perubahan positif boleh berlaku dalam seumur hidup kita dan harapan itu juga boleh tumbuh dan berkembang.

Sistem terumbu karang adalah hutan hujan tropika lautan dan menjadi rumah kepada satu per empat daripada hidupan laut. Namun ia kini dalam keadaan yang sangat terancam disebabkan eksploitasi berlebihan, amalan perikanan yang memusnahkan, pencemaran dan perubahan iklim. Saintis menganggarkan jika dunia tidak melakukan apa-apa, 90% terumbu karang tropika dunia akan lenyap menjelang 2043, menjejaskan hampir 500 juta orang yang bergantung kepada khazanah lautan ini untuk makanan, pendapatan dan perlindungan pantai[1].

Dalam menangani kehilangan terumbu di seluruh dunia, Hope Reef diwujudkan untuk memulakan usaha pemulihan secara besar-besaran dan mengadakan gerakan bagi memulihkan terumbu pada skala besar, yang relevan dari segi ekologi.  Dengan bantuan kerajaan, universiti, perniagaan dan NGO, Mars, Incorporated memulakan program pemulihan batu karang Hope Reef pada 2019.

Program ini menggunakan struktur terumbu buatan tangan yang berbentuk bintang dikenali sebagai Mars Assisted Reef Restoration System (MARRS). Bahan-bahan terumbu bintang ini diperoleh dari sumber tempatan dan dibuat sendiri oleh penduduk Bontosua. Menjelang akhir 2029,  SHEBA® dan syarikat induknya, Mars Incorporated berhasrat untuk memulihkan lebih daripada 185,000 meter persegi terumbu karang di seluruh dunia – kira-kira seluas 148 buah Kolam Renang Olimpik.

Gambaran sebelum dan selepas program terumbu berbantu Mars – Hope Reef.

Wee Li Ying, Pengarah Negara, Mars Pet Nutrition Malaysia, berkata: “Melalui pelaburan kami dalam inisiatif pemulihan seperti Hope Reef, kami berharap dapat menginspirasikan pihak lain dan menunjukkan bahawa kehilangan habitat dan biodiversiti boleh diundurkan  semula. Sebagai ekosistem lautan yang paling tinggi kepelbagaiannya, terumbu karang menjadi keutamaan kepada usaha kami. Kami gembira untuk melaporkan bahawa sejak projek Hope Reef dimulakan, liputan batu karang di sekitar pulau Bontosua telah meningkat daripada 5% kepada 55%. Kelimpahan ikan juga bertambah sebanyak 300%. Spesies lain, seperti ikan jerung dan penyu, juga sudah kembali.”

“Hope Reef adalah simbol harapan untuk masa depan bagi lautan kita dan permulaan kepada gerakan untuk memulihkan ekosistem yang sangat penting ini. Kami tahu bahawa pengguna kami menjangkakan kualiti makanan yang bagus untuk haiwan peliharaan mereka tetapi mereka juga mahukan jenama yang melakukan perubahan positif. Dengan itu, kami menggalakkan pemilik haiwan peliharaan untuk menonton dan berkongsi The Film That Grows Coral di YouTube di mana setiap tontonan membantu mengumpul dana untuk pemulihan terumbu melalui rakan kempen kami, The Nature Conservancy. Dan sempena Hari Lautan Sedunia, SHEBA® juga telah melancarkan aplikasi iOS pertamanya – SHEBA Hope Grows yang memberikan pengalaman 3D; menjadikan terumbu itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja, dari mana-mana lokasi! Hanya muat turun aplikasi ini dan pulihkan terumbu anda sendiri dengan memasang Reef Star maya dan melihat bagaimana ruang itu bertukar daripada dataran puing tandus kepada persekitaran laut yang pelbagai dan pesat berkembang,” katanya. 

Untuk memainkan peranan dalam pemulihan terumbu ini, supaya kita akan mempunyai lebih banyak batu karang pada masa sekarang dan lebih banyak ikan pada masa hadapan, tontonlah dan kongsikanlah video ini #hopegrows: The Film That Grows Coral yang boleh didapati di halaman YouTube SHEBA®.


[1] IPPC. 2018. Global Warming of 1.5°C. Retrieved from https://report.ipcc.ch/sr15/pdf/sr15_spm_final.pdf, accessed on 5 May 2021.

© 2023 BlackButterfly DesignArts