Oura Asia Memperkenalkan Pelitup Muka Kanak-Kanak Yang Pertama Dan Satu-Satunya Di Malaysia Yang Disematkan Dengan Bahan Antimikrob Secara Kekal

Jenama dari Amerika Syarikat itu melancarkan Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0 yang menggabungkan keupayaan membunuh kuman dan kebolehnafasan yang tiada tandingannya.

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2021 Syarikat sosial teknologi, OURA, memperkenalkan dua pelitup muka terbaharu dalam rangkaian pelitup muka antimikrob, sanitasi kendiri keluaran mereka iaitu Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0. Bagi memenuhi kelompangan dalam pasaran Asia Tenggara, pelitup muka kanak-kanak OURA Asia menawarkan teknologi sanitasi kendiri yang revolusioner, kebolehnafasan yang unggul serta keselesaan kepada kanak-kanak, dan pada masa sama berupaya menapis 90% partikel bakteria dan virus.

Perlindungan

Setiap pelitup muka OURA Jr. diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun rapi dan disematkan dengan partikel oksida perak dan titanium dioksida secara kekal agar menapis dan membunuh kuman dan patogen. Digabungkan pada tahap molekul, bahan-bahan tersebut mengekalkan ciri sanitasi kendiri mereka walaupun selepas dicuci ratusan kali, tidak sama dengan lapisan pelindung pada pelitup muka jenama lain yang akan hilang selepas hanya beberapa cucian. Selain daripada itu, pelitup muka OURA Jr. telah direka bentuk bagi menghapuskan molekul dan bakteria yang menjadi punca bau busuk, memastikan kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang selamat, tanpa tekanan ketika mereka bergerak aktif.

Kebolehnafasan & Keselesaan

Menggunakan fabrik ultra-ringan dan berupaya menyerap lembapan yang 30% lebih ringan berbanding fabrik biasa, kedua-dua pelitup muka itu mengurangkan lembapan dan haba secara aktif, memberikan keselesaan yang tiada tandingannya kepada anak-anak anda. Fabrik berteknologi tinggi ini memastikan anak-anak anda boleh bernafas dengan mudah berbanding sebelumnya. Menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, pelitup muka OURA menutup rapi bahagian tepi muka dan mempunyai klip hidung boleh laras yang menghalang udara keluar daripada bahagian atas pelitup muka itu.

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021. Kini, lebih penting berbanding sebelumnya, untuk memastikan bahawa anda memilih pelitup muka yang tepat untuk anak-anak anda.

(https://services.aap.org/en/pages/2019-novel-coronavirus-covid-19-infections/children-and-covid-19-state-level-data-report/).

OURA Active Mask Jr. Dan Air Mask Jr. 2.0 boleh dibeli di laman sesawang ouragami.com.my  serta di Shopee dan Lazada.

ProdukHarga
OURA Active Mask Jr.RM150
OURA Air Mask Jr. 2.0RM135


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti OURA di  Facebook, Instagram atau layari laman sesawang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts