Türkiye bersedia untuk musim panas 2021 dengan langkah-langkah keselamatan yang tinggi

KHAMIS, 27 Mei 2021 – Salah sebuah peneraju dalam bidang Pelancongan Selamat, Türkiye (Turki) telah bersedia untuk ketibaan musim panas 2021 dengan langkah-langkah keselamatan yang diperketatkan. Dilancarkan oleh Türkiye pada bulan Jun 2020, Sijil Pelancongan Selamat (Safe Tourism Certificate) mengiktiraf entiti-entiti yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan yang mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, termasuk lapangan terbang, tempat penginapan, restoran, kafe, tempat kebudayaan, kemudahan seni dan persidangan, kemudahan pelancongan dan pengangkutan marin, taman tema dan kemudahan lif ski. Lebih daripada 9,800 syarikat perniagaan telah mendapat pensijilan tersebut yang telah memasuki tahun kedua pelaksanaannya. Bemula tahun 2021, Türkiye telah mewajibkan pensijilan ini untuk semua tempat penginapan dengan kapasiti katil berjumlah 30 buah dan ke atas. Türkiye juga telah mengutamakan warga kerja sektor pelancongan dalam skop program vaksinasi kebangsaannya dan telah bersedia untuk musim panas 2021 dengan piawaian-piawaian keselamatan yang tinggi.

Türkiye bersedia untuk musim panas 2021 dengan langkah-langkah keselamatan yang tinggi 5
“Türkiye was one of the first countries to launch a Safe Tourism Certification Program in June 2020,” said Mr. Mehmet Nuri Ersoy, Minister of Culture and Tourism for Turkey, at the Safe Tourism event held in Antalya in May.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Türkiye, Encik Mehmet Nuri Ersoy, turut memaklumkan tentang persediaan untuk ketibaan musim panas 2021 di satu majlis yang dihadiri oleh duta-duta negara asing ke Türkiye pada 21 – 23 Mei 2021.”Türkiye adalah salah sebuah negara pertama di dunia yang melancarkan Program Pensijilan Pelancongan Selamat pada bulan Jun 2020,” kata Encik Ersoy.” Pada tahun 2020, kami telah mengalu-alukan ketibaan 16 juta pelancong ke negara kami. Keselamatan dalam sektor pelancongan telah diberi keutamaan tahun lalu dengan pelancaran program pensijilan yang telah menjadi salah satu amalan yang terbaik di dunia. Dengan mengamalkan langkah-langkah yang selamat, efektif dan berdisiplin, program pensijilan kami telah menjadi salah satu pelaksanaan yang paling berjaya di dunia dan mendapat hasil yang cemerlang pada musim yang lalu. Pertama sekali, kami telah mewajibkan pensijilan bagi tempat-tempat penginapan dengan bilangan katil berjumlah 30 buah dan ke atas, serta meningkatkan kekerapan pemeriksaan bagi memastikan syarikat-syarikat perniagaan yang telah medapat pensijilan dapat mengekalkan pensijilan mereka. Di bawah program vaksinasi kebangsaan kami, lebih daripada 27 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Turki sehingga hari ini. Program vaksinasi ini yang mengutamakan warga kerja pelancongan  akan terus dipertingkatkan pada bulan Jun tahun ini.

Türkiye bersedia untuk musim panas 2021 dengan langkah-langkah keselamatan yang tinggi 5
Mr. Mehmet Nuri Ersoy, Turkish Minister of Culture and Tourism, at the Safe Tourism Event held in Antalya from May 21 to May 23 2021.

“Tahun 2021 bakal menjadi tahun yang selamat untuk musim pelancongan” kata Encik Ersoy, “Türkiye adalah negara peneraju dalam pelancongan selamat tahun lalu. Keselamatan akan dipertingkatkan pada tahun 2021. Kami sudah bersedia untuk musim panas 2021 dengan lebih daripada 10,000 kemudahan pelancongan yang telah mendapat pensijilan di serata Türkiye.”

Wakil Duta Besar alami sendiri langkah-langkah keselamatan yang disediakan di lapangan

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki dan Agensi Promosi dan Pembangunan Pelancongan Türkiye (TGA) telah menjadi tuan rumah kepada duta-duta wakil Duta Besar dalam sebuah majlis Pelancongan Selamat yang dianjurkan di Antalya. Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Encik Mehmet Nuri Ersoy, menyatakan dalam ucapan beliau di majlis tersebut bahawa kementerian akan memastikan semua langkah-langkah keselamatan pelancongan selamat dapat dialami secara langsung oleh wakil-wakil kedutaan negara asing ke Türkiye.

Türkiye bersedia untuk musim panas 2021 dengan langkah-langkah keselamatan yang tinggi 5
Safe Tourism event was attended by the ambassadors of foreign missions to Türkiye from May 21 to 23, 2021.
© 2023 BlackButterfly DesignArts