#KitaTeguhBersama : Astro Menyumbangkan Pek Makanan kepada 800 Keluarga Yang Memerlukan

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2021 – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang ini, Astro telah bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan atau NGO, seperti Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0 untuk menyumbangkan pek makanan keperluan kepada 800 keluarga golongan B-40 di Lembah Klang sebagai sebahagian dari program #KitaTeguhBersama. Antara barang-barang makanan yang disediakan adalah seperti beras, tepung, gula dan banyak lagi. Barangan keperluan yang berjumlah 8 tan ini merupakan sumbangan ikhlas dari kakitangan Astro sebagai sebahagian dari inisiatif program sukarelawan yang dianjurkan syarikat. Terdahulu, pada awal bulan lalu, kakitangan Astro turut memainkan peranan masing-masing dengan menjayakan kempen #KitaTeguhBersama apabila mengambil bahagian dengan menjadi sukarelawan di salah satu pusat vaksinasi nasional (PPV) di Lembah Klang.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Kumpulan Astro, Tammy Toh, berkata: “Ini merupakan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat kami, dan tema yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan baik bersama. Ia mencerminkan segala nilai murni yang kita nampak di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini. Kami begitu teruja kerana dapat bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0 untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan di kalangan masyarakat kita.”
Astro telah melaksanakan beberapa inisiatif seiring dengan semangat #KitaTeguhBersama, dan ia termasuklah:

  • Membantu dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma darah bersama Pusat Darah Negara
  • Menyokong kempen imunisasi kebangsaan dengan memperbanyakkan pengumuman khidmat masyarakat atau PSA, menjadi sukarelawan di pusat-pusat PPV dan menyediakan perkhidmatan Astro dan TV di pusat-pusat kuarantin seluruh negara
  • Membantu golongan yang memerlukan menerusi program komuniti ‘KamiCare’
  • Membantu golongan SME menerusi kempen ‘KamiCare MBiz’
  • Menyumbang peralatan perubatan di hospital dan komputer riba kepada para pelajar dari kelompok B40
  • Terus menyampaikan informasi-informasi terkini, menghiburkan dan mengangkat semula semangat di kalangan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan di saluran-saluran komplimentari sepanjang PKP, dengan seleksi drama tanpa henti, program-program ‘signature’ terkini, dan siri-siri original premium
  • Memperbanyakkan kandungan berbentuk akademik bagi membantu kanak-kanak belajar dari rumah
#KitaTeguhBersama : Astro Menyumbangkan Pek Makanan kepada 800 Keluarga Yang Memerlukan
Neoh Kean Soon – Food Aid Foundation Operation Director

Pengarah Operasi Food Aid Foundation, Neoh Kean Soon berkata: “Kami gembira apabila Team Astro turut serta dalam menjayakan program kami untuk menyumbangkan barang-barang makanan kepada masyarakat yang memerlukan. Kami bersyukur kerana rakyat Malaysia dilihat amat prihatin dan menzahirkan empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Kami berharap agar lebih banyak syarikat akan tampil kehadapan untuk turut sama membantu kerana masih terdapat banyak lagi keluarga di luar sana yang memerlukan bantuan.”

#KitaTeguhBersama : Astro Menyumbangkan Pek Makanan kepada 800 Keluarga Yang Memerlukan
Law Gin Kye – MakanKongsi2.0 Chairman

Pengarah MakanKongsi2.0, Law Gin Kye berkata: “Setiap hari menerusi jaringan bantuan makanan nasional kami, kami akan menghulurkan bantuan kepada lebih dari seribu penerima yang rata-ratanya memerlukan bantuan berbentuk makanan. Melalui pek sumbangan makanan Astro, ia membantu kami untuk membantu mereka yang memerlukan.”

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana anda boleh menderma dan membuat sumbangan berbentuk makanan kepada komuniti yang terkesan, sila layari laman Facebook dan Instagram Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0.

© 2023 BlackButterfly DesignArts