Cellapy, Rangkaian Penjagaan Kulit Sensitif Hasil Formulasi Pakar Dermatologi Terkemuka Korea Selatan Kini Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2020 – Dengan kepercayaan bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat, jenama penjagaan kulit terkemuka yang dimajukan oleh pakar dermatologi di Korea Selatan, Cellapy, kini tiba di Malaysia. Dirumuskan khusus untuk menyihatkan kulit dari dalam, rangkaian produk penjagaan ini menggalakkan pembaharuan semula kulit, pada masa yang sama merawat masalah kulit sensitif pada tahap selular. Cellapy telah dimanfaatkan di lebih daripada 2,500 pusat dermatologi di Korea Selatan dan kini berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah kulit sensitif.

Diasaskan oleh pakar dermatologi Dr. JH Kim, Cellapy menggabungkan 17 tahun pengalaman klinikal, 10 tahun pengalaman dalam bioteknologi dengan lebih daripada 150,000 jam khusus untuk penyelidikan dan pembangunan, untuk menghasilkan rangkaian produk perawatan kulit kosmetik yang lebih selamat dan berkaedah. Pada dasarnya, Cellapy mengandungi Nano-liposom DDS, sebuah revolusi teknologi yang memberikan penyerapan yang berkesan ke dalam kulit, dilengkapi dengan pelbagai peptida dan gabungan kultur sel stem tumbuhan dan liposom, bagi menawarkan manfaat antioksida, antikeradangan dan juga antipenuaan.

“Kesemua produk Cellapy dihasil berdasarkan kepakaran ahli-ahli dermatologi terkemuka di Korea Selatan yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan yang mendalam. Mereka telah merumuskan sebuah rangkaian penjagaan kulit yang menggunakan ramuan yang selamat dan tidak memudaratkan. Kesemua produk ini telah menjalani pelbagai ujian klinikal yang teliti bagi memastikan ia mematuhi standard industri. Dengan matlamat untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang terbukti berkesan di pasaran tempatan, kami amat teruja untuk memperkenalkan kehebatan Cellapy kepada pelanggan di Malaysia, khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif akibat faktor-faktor luaran seperti haba dan pendedahan kepada pendingin hawa yang berpanjangan,” kata Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd.

Terdiri daripada lima rangkaian unik: Cellapy A.Repair, Cellapy A.Repair Light, Cellapy Red Cica, Cellapy Agi Toning danCellapy Dr. Moist, produk Cellapy ditawarkan pada harga RM39.90 hingga RM149.90. Kesemua produk boleh didapatkan di Watsons serta Lazada.

Rangkaian Cellapy A.Repair merupakan siri paling popular kerana ia mengandungi kultur sel stem tumbuh-tumbuhan dan pelbagai ramuan aktif yang membantu memberikan kelegaan pada kulit yang sensitif akibat iritasi luaran, pada masa sama menggalakkan pertumbuhan sel dan meningkatkan keanjalan kulit. Sesuai bagi kulit sensitif dan kering, Cellapy A.Repair Cream (Harga Biasa RM89.90) memberikan kelegaan pada kulit dan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Untuk tekstur yang lebih ringan, individu berkulit sensitif juga boleh memilih rangkaian Cellapy A.Repair Light yang turut menguatkan lapisan pelindung kulit namun dengan manfaat penghidratan ultra serta kandungan PH yang rendah untuk mengurangkan kerengsaan. Sementara itu, A.Repair Light Cream (Harga Biasa RM89.90) mengandungi 4 jenis seramida dan 5 jenis asid hialuronik yang memberikan penghidratan mendalam dan menguatkan pelindung kulit yang lemah.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, siri Cellapy Red Cica memiliki formulasi unik Red Cica Complex™ yang mengawal keseimbangan minyak dan air bagi kulit berminyak. Sementara rangkaian Cellapy Agi Toning pula sesuai bagi mereka yang menginginkan manfaat antipenuaan serta rawatan terhadap tona kulit tidak sekata dan masalah kulit sensitif.

Menawarkan kulit kelembapan yang lengkap, Cellapy Dr. Moist mengandungi pelbagai ekstrak tumbuh-tumbuhan dan seramida untuk menghasilkan kesan penghidratan tiga lapisan yang meninggalkan kulit terasa sejuk dan segar, mengekalkan kelembapan di dalam lapisan kulit.

Ketahui lebih lanjut tentang Cellapy dengan mengunjungi www.cellapy.com.my. Bagi berita terkini dan promosi-promosi menarik, layari laman Facebook Cellapy Malaysia di https://www.facebook.com/Cellapy.MY.

© 2023 BlackButterfly DesignArts