Belum Conservation Malaysia meraikan 10 tahun kerja pemuliharaan di hutan hujan tertua di Malaysia

[fusion_builder_container hundred_percent=”no” equal_height_columns=”no” menu_anchor=”” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” class=”” id=”” background_color=”” background_image=”” background_position=”center center” background_repeat=”no-repeat” fade=”no” background_parallax=”none” parallax_speed=”0.3″ video_mp4=”” video_webm=”” video_ogv=”” video_url=”” video_aspect_ratio=”16:9″ video_loop=”yes” video_mute=”yes” overlay_color=”” video_preview_image=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” padding_top=”” padding_bottom=”” padding_left=”” padding_right=””][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ layout=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” border_position=”all” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” center_content=”no” last=”no” min_height=”” hover_type=”none” link=””][fusion_text]

Artis-artis terkenal menjadi Rakan Hutan Belum atau Belum Forest Friend (BFF)

Pulau Banding, 9 Julai 2018 – Belum Conservation Malaysia (BCM), sebuah anak syarikat Kumpulan EMKAY, telah meraikan ulang tahun ke-10nya di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Gerik, Perak dengan upacara menanam pohon gaharu di mana beberapa artis-artis terkemuka termasuk Datuk Yasmin Yusoff, Jaclyn Victor, Vince Chong, Elvira, Art Fazil dari Singapura dan lain-lain telah memulihkan kawasan Pulau Banding dengan menanam pokok masing-masing.

Para selebriti yang hadir telah mengesahkan sokongan mereka terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui inisiatif Rakan Hutan Belum atau “Belum Forest Friends” (BFF) yang dilancarkan awal tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan lebih banyak rakyat Malaysia secara aktif terlibat dalam pemuliharaan hutan hujan ini.

Sejak penubuhannya sedekad lalu, BCM telah terlibat dalam banyak projek untuk mempromosikan ekopelancongan, pemulihan hutan hujan dan pemuliharaan, dan bantuan sosial kepada masyarakat pribumi Kompleks Hutan Hujan Belum-Temengor, melalui dua program, satu di bawah Yayasan EMKAY dan satu lagi di bawah Yayasan Pulau Banding. Kedua-dua yayasan ini yang ditubuhkan oleh Pengerusi Kumpulan EMKAY, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal Hj Abu Bakar.

Inisiatif Rakan Hutan Belum (BFF) ini menawarkan dua pilihan penajaan dan ahlinya boleh terdiri dari mana-mana pihak, syarikat atau individu. Dengan bayaran minima RM100, BFF boleh memilih untuk menyokong sama ada program penanaman pokok gaharu yang diuruskan oleh Yayasan Pulau Banding (PBF) atau menyumbang kepada program menjahit pakaian seragam sekolah untuk anak-anak Orang Asli di kawasan Hutan Belum-Temengor di bawah Yayasan EMKAY.

Pokok gaharu, atau agarwood, adalah antara pokok yang paling dicari di hutan hujan Malaysia kerana kulit dan damar mereka sangat digemari untuk industri farmaseutikal dan kosmetik. Pada upacara menanam pokok itu, selebriti-selebriti atau BFFs telah menanam sebahagian daripada 300 batang pokok gaharu yang dibiayai oleh seorang dermawan yang hanya ingin dikenali sebagai Hamba Allah.

Pemandu utama untuk aktiviti ini adalah Yayasan Pulau Banding, sebuah pertubuhan yang menggalakkan ekopelancongan dan pembiayaan mampan untuk pemuliharaan hutan hujan. PBF telah mendapat sambutan dengan Sidang Kemuncak Belum Rainforest peringkat nasional (BRainS) yang telah diadakan pada tahun 2016. BRainS mengumpulkan lebih dari 100 ahli konservasi dan penggubal dasar untuk memulakan perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar yang kemudiannya telah mengakibatkan BRainS untuk menjadi sidang kemuncak tahunan. BRainS kedua dijadualkan akan berlaku pada sebelum akhir tahun ini pada bulan September.

Pakaian seragam sekolah untuk anak-anak Orang Asli dijahit oleh ibu-ibu Orang Asli sendiri di bawah program menjahit yang dimulakan oleh Yayasan EMKAY di Kg Semelor untuk memberi peluang pendapatan kepada kaum menyediakan rawatan yang berpatutan di pusat-pusat dialisis yang ditubuhkan oleh Yayasan itu sendiri. Melalui pemacu seragam sekolah ini, diharapkan lebih ramai anak Orang Asli akan digalakkan untuk menghadiri serta terus bersekolah kerana isu-isu logistik merupakan suatu penghindaraan kepada anak-anak untuk tidak ke sekolah.

Sejak pelancaran inisiatif BFF ini pada bulan Februari yang lalu, BCM telah menerima 46 selebriti, individu, pemimpin perniagaan dan organisasi sebagai Rakan Hutan Belum (Belum Forest Friend/ BFF). Yayasan Pulau Banding telah menepati sasaran awal sebanyak 1,000 pokok gaharu di mana sejumlah 1,500 pokok gaharu telah berjaya ditanam, sehingga Julai 2018. Yayasan Pulau Banding telah menetapkan sasaran baru yang perlu ditanam sebanyak 2,000 pokok gaharu sebelum penghujung tahun 2018. Inisiatif BFF ini juga telah mendapat tajaan 40 seragam sekolah melalui Yayasan EMKAY. Yayasan EMKAY mensasarkan sebanyak 600 set pakaian seragam sekolah untuk anak-anak Orang Asli sebelum penghujung tahun 2018. Setiap sokongan yang diterima untuk inisiatif BFF ini sangat bernilai dan akan dikurniakan kebaikan Insha Allah. “Kami menggalakkan orang ramai untuk mengambil langkah untuk mendaftar sebagai BFF dengan bayaran minimum RM100 – sedikit sebanyak kita dapat meninggalkan legasi kita sebagai khalifah di bumi ini, Insha Allah,” kata Dato ‘Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan EMKAY.

Aktiviti- aktiviti yang telah dilakukan oleh BFF di sana termasuk penandaan ikan, pengembaraan malam, melawat bengkel berasaskan kemahiran dan perpustakaan permainan i-Play di Kampung Orang Asli Kg Semelor, yang hanya boleh disampai melalui bot atau memandu selama satu jam melalui trek pembalakan, serta banyak aktiviti-aktiviti lain. Melalui lawatan ini, BFF dapat memperoleh pengetahuan yang mendalam mengenai usaha yang dijalankan oleh BCM serta kedua-dua Yayasan dan memahami mengapa organisasi-organisasi ini bersemangat tentang pemuliharaan hutan hujan khazanah Malaysia ini.

“Selama 10 tahun, pihak kami dan agensi-agensi peringkat daerah serta negeri telah memperjuangkan pembangunan mapan di Belum-Temengor berserta rakan-rakan NGO kami seperti WWF dan MNS dan dengan pihak berkepentingan tempatan seperti Jabatan Orang Asli. Kami berdoa agar usaha kami di sini akan sekurang-kurangnya memberi masa depan yang lebih baik untuk generasi ini dan seterusnya. Saya sangat berharap semua rakyat Malaysia akan bersama-sama kami dan menyumbang demi masa depan mereka-mereka yang tidak mempunyai suara, terutama haiwan dan pokok yang diancam oleh kemusnahan yang dibawa oleh manusia,” kata Dato’ Fazwinna.

Untuk menanam pokok gaharu anda sendiri dan menaja seragam untuk seorang anak Orang Asli di Belum-Temengor, lawati www.brainsfeed.org dan klik pada pautan BFF di bahagian atas halaman. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Nadiah Raha melalu e-mel [email protected] atau di talian 012 316 0970 .

[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

© 2023 BlackButterfly DesignArts