
squirrly-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121Digabungkan dengan lebih banyak AirCover untuk Hos, inilah masanya untuk menyenaraikan penginapan anda di Airbnb
Kuala Lumpur, 17 November 2022 – Pada bulan Mei, Airbnb telah memperkenalkan Kategori Airbnb yang membolehkan jutaan orang mencari penginapan yang mereka tidak pernah tahu kewujudannya. Hari ini, Airbnb memperkenalkan Airbnb Setup untuk memudahkan jutaan orang untuk menjadikan rumah mereka sebuah Airbnb. Airbnb juga menyediakan lebih banyak AirCover untuk Hos dan menambah enam Kategori Airbnb baharu.
“Airbnb dilahirkan semasa kemelesetan ekonomi. Saya dan Joe tidak mampu untuk membayar sewa, maka kami mengembungkan tiga tilam angin dan mencipta AirBed & Breakfast. Tidak lama kemudian, kami disertai ramai orang dari seluruh dunia,” kata Brian Chesky, CEO dan Pengasas Bersama Airbnb. “Hari ini, sama seperti waktu krisis ekonomi pada tahun 2008, ramai yang terutamanya berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi hos. Sebab itulah kami memperkenalkan cara mudah bagi jutaan orang untuk menjadikan rumah mereka sebuah Airbnb. Dengan Airbnb Setup, setiap hos baharu, daripada soalan pertama hingga tempahan pertama mereka, boleh mendapatkan panduan peribadi daripada Superhost secara percuma. Digabungkan dengan lebih banyak AirCover untuk Hos, inilah masanya untuk menyenaraikan penginapan anda di Airbnb.”
Penginapan baharu di Airbnb kini mendapat tempahan hampir serta-merta. Separuh daripada penyenaraian yang diaktifkan dan ditempah pada S3 2022 menerima tempahan pertama mereka dalam masa tiga hari. Airbnb juga telah melihat kadar pertumbuhan hos baharu yang kukuh, terutamanya di negara-negara tertentu yang mengalami kadar inflasi yang tinggi.
Memperkenalkan Airbnb Setup
Sepanjang tahun lepas, lebih daripada 30 juta orang telah melawat Airbnb untuk belajar bagaimana untuk menjadi hos. Kini, Airbnb memudahkan jutaan orang untuk mengambil langkah pertama mereka. Memperkenalkan Airbnb Setup, cara yang baharu dan mudah untuk menjadikan rumah anda sebuah Airbnb. Airbnb Setup termasuk:
Lebih banyak AirCover untuk Hos
November lalu, Airbnb telah memperkenalkan AirCover untuk memberikan perlindungan menyeluruh yang tiada tandingan untuk setiap hos di Airbnb. Hari ini, Airbnb menaik taraf AirCover bagi Hos:
Kategori Airbnb Baharu
Pada bulan Mei, Airbnb memperkenalkan cara baharu untuk membuat carian berdasarkan Kategori Airbnb. Hari ini, Airbnb memperkenalkan enam kategori baharu:
Airbnb juga menambah baik kategori yang ditunjukkan kepada tetamu. Contohnya, apabila anda melancarkan aplikasi, anda akan menemui kategori Kebun Anggur jika anda baru-baru ini mencari penginapan di Napa. Selain itu, lebih banyak butiran akan ditunjukkan dalam hasil carian apabila melihat kategori. Contohnya, penginapan dengan pemandangan yang menakjubkan akan menyenaraikan jenis pemandangan, dan penginapan yang berhampiran taman negara akan menunjukkan jarak ke pintu masuk taman.
Dilancarkan di seluruh dunia bermula hari ini Airbnb Setup, naik taraf kepada AirCover untuk Hos, dan naik taraf kepada Kategori Airbnb akan dilancarkan di seluruh dunia minggu ini.