Keluaran Musim Sejuk 2022: Memperkenalkan Airbnb Setup, cara baharu dan mudah untuk menjadikan rumah anda sebuah Airbnb

Digabungkan dengan lebih banyak AirCover untuk Hos, inilah masanya untuk menyenaraikan penginapan anda di Airbnb

Kuala Lumpur, 17 November 2022 – Pada bulan Mei, Airbnb telah memperkenalkan Kategori Airbnb yang membolehkan jutaan orang mencari penginapan yang mereka tidak pernah tahu kewujudannya. Hari ini, Airbnb memperkenalkan Airbnb Setup untuk memudahkan jutaan orang untuk menjadikan rumah mereka sebuah Airbnb. Airbnb juga menyediakan lebih banyak AirCover untuk Hos dan menambah enam Kategori Airbnb baharu.

  • Memperkenalkan Airbnb Setup – Cara yang baharu dan mudah untuk menjadikan rumah anda sebuah Airbnb, dengan panduan peribadi percuma daripada Superhost.
  • Lebih banyak AirCover untuk Hos – Kini merangkumi perlindungan yang lebih menyeluruh, dengan pengesahan identiti tetamu, saringan tempahan dan perlindungan kerosakan sebanyak USD3 juta, termasuk perlindungan untuk kereta, bot, seni dan barangan berharga.
  • Kategori Airbnb Baharu – Airbnb menambah enam kategori penginapan baharu, serta menambah baik cara Kategori Airbnb dipaparkan.

“Airbnb dilahirkan semasa kemelesetan ekonomi. Saya dan Joe tidak mampu untuk membayar sewa, maka kami mengembungkan tiga tilam angin dan mencipta AirBed & Breakfast. Tidak lama kemudian, kami disertai ramai orang dari seluruh dunia,” kata Brian Chesky, CEO dan Pengasas Bersama Airbnb. “Hari ini, sama seperti waktu krisis ekonomi pada tahun 2008, ramai yang terutamanya berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi hos. Sebab itulah kami memperkenalkan cara mudah bagi jutaan orang untuk menjadikan rumah mereka sebuah Airbnb. Dengan Airbnb Setup, setiap hos baharu, daripada soalan pertama hingga tempahan pertama mereka, boleh mendapatkan panduan peribadi daripada Superhost secara percuma. Digabungkan dengan lebih banyak AirCover untuk Hos, inilah masanya untuk menyenaraikan penginapan anda di Airbnb.”

Penginapan baharu di Airbnb kini mendapat tempahan hampir serta-merta. Separuh daripada penyenaraian yang diaktifkan dan ditempah pada S3 2022 menerima tempahan pertama mereka dalam masa tiga hari. Airbnb juga telah melihat kadar pertumbuhan hos baharu yang kukuh, terutamanya di negara-negara tertentu yang mengalami kadar inflasi yang tinggi.

Memperkenalkan Airbnb Setup

Sepanjang tahun lepas, lebih daripada 30 juta orang telah melawat Airbnb untuk belajar bagaimana untuk menjadi hos. Kini, Airbnb memudahkan jutaan orang untuk mengambil langkah pertama mereka. Memperkenalkan Airbnb Setup, cara yang baharu dan mudah untuk menjadikan rumah anda sebuah Airbnb. Airbnb Setup termasuk:

  • Panduan peribadi daripada Superhost – Apabila seseorang hos mula menggunakan Airbnb Setup, Airbnb akan memadankan mereka dengan Superhost yang akan memberi panduan peribadi secara percu bagi soalan pertama mereka hingga tetamu pertama mereka, secara percuma. Hos baharu boleh bersembang dengan Superhost mereka melalui audio, video atau mesej. Airbnb akan melancarkan 1,500 Superhost di lebih dari 80 negara yang berdedikasi untuk membantu hos baharu.
  • Tetamu berpengalaman untuk tempahan pertama anda Untuk tempahan pertama Hos baharu, mereka boleh memilih untuk mengalu-alukan tetamu berpengalaman yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga penginapan dan rekod prestasi yang baik di Airbnb.
  • Sokongan khusus daripada Airbnb – Sebagai hos baharu, anda mendapat akses satu ketik kepada pasukan ejen Sokongan Komuniti yang terlatih khas. Mereka boleh membantu dalam semua isu termasuk isu yang melibatkan akaun dan pembayaran. Mereka boleh dihubungi melalui telefon, mesej, atau e-mel dalam lebih daripada 42 bahasa.

Lebih banyak AirCover untuk Hos

November lalu, Airbnb telah memperkenalkan AirCover untuk memberikan perlindungan menyeluruh yang tiada tandingan untuk setiap hos di Airbnb. Hari ini, Airbnb menaik taraf AirCover bagi Hos:

  • Pengesahan identiti tetamu – Airbnb memperluaskan pengesahan identiti kepada semua tetamu yang mengembara ke 35 negara dan rantau paling popular di Airbnb yang mewakili 90% daripada semua tempahan. Airbnb akan memperluaskan pengesahan identiti tetamu ke seluruh dunia pada musim bunga 2023.
  • Teknologi penyaringan tempahan – Airbnb melancarkan teknologi penyaringan tempahan proprietarinya di Amerika Syarikat dan Kanada, yang membantu mengurangkan kemungkinan pihak yang mengganggu. Airbnb akan memperluaskan teknologi penyaringan tempahannya ke seluruh dunia pada musim bunga 2023.
  • Perlindungan kerosakan USD3 juta -Airbnb meningkatkan perlindungan kerosakan sebanyak tiga kali ganda daripada USD1 juta kepada USD3 juta yang meliputi kediaman Hos dan kandungannya.
  • Perlindungan auto & bot -Airbnb kini memberikan perlindungan kerosakan untuk kereta, bot dan kenderaan air lain yang Hos letak atau simpan di penginapan mereka.
  • Perlindungan seni & barang berharga -Seni halus, barang kemas dan barang koleksi kini akan dibaiki atau diganti mengikut nilainya.
  • Lebih mudah untuk memfailkan tuntutan -Hos kini boleh memfailkan tuntutan untuk perlindungan kerosakan dalam beberapa langkah mudah dan dengan mudah menjejaki progresnya, daripada penyerahan hingga pembayaran.

Kategori Airbnb Baharu

Pada bulan Mei, Airbnb memperkenalkan cara baharu untuk membuat carian berdasarkan Kategori Airbnb. Hari ini, Airbnb memperkenalkan enam kategori baharu:

  • Puncak dunia – Penginapan sekitar 10,000 kaki di atas paras laut, yang selalunya didampingi pemandangan yang menakjubkan.
  • Disesuaikan – Rumah yang boleh diakses dengan kerusi roda, dengan laluan tanpa anak tangga ke dalam rumah, bilik tidur dan bilik mandi yang disahkan.
  • Baharu – Penginapan yang ditambah ke Airbnb dalam tempoh 10 minggu yang lepas.
  • Trending – Penginapan berpenarafan tinggi yang mendapat lebih banyak tinjauan penyenaraian berbanding minggu sebelumnya.
  • Main -Penginapan dengan gelanggang bola keranjang, bilik permainan, golf miniatur, slaid air dan banyak lagi.
  • Hanok – Rumah tradisional Korea yang dibina daripada bahan semula jadi.

Airbnb juga menambah baik kategori yang ditunjukkan kepada tetamu. Contohnya, apabila anda melancarkan aplikasi, anda akan menemui kategori Kebun Anggur jika anda baru-baru ini mencari penginapan di Napa. Selain itu, lebih banyak butiran akan ditunjukkan dalam hasil carian apabila melihat kategori. Contohnya, penginapan dengan pemandangan yang menakjubkan akan menyenaraikan jenis pemandangan, dan penginapan yang berhampiran taman negara akan menunjukkan jarak ke pintu masuk taman.

Dilancarkan di seluruh dunia bermula hari ini Airbnb Setup, naik taraf kepada AirCover untuk Hos, dan naik taraf kepada Kategori Airbnb akan dilancarkan di seluruh dunia minggu ini.

© 2023 BlackButterfly DesignArts