Waktu Operasi foodpanda Dilanjutkan Selaras Dengan Pengumuman Kerajaan
Malaysia, Jan 23, 2021 – Raikan kelanjutan waktu operasi! Anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mengejar waktu pesanan terakhir. foodpanda, peneraju platform atas talian ingin membantu rakyat Malaysia menjamu selera lebih lama dengan waktu operasi yang dilanjutkan mulai hari ini.
Pengumuman ini selaras dengan arahan terbaharu kerajaan Malaysia yang membenarkan restoran, gerai makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi sehingga 10.00 malam.
“Kami faham bahawa ramai rakyat Malaysia telah mengalami banyak kesukaran pada minggu lepas, terutamanya bagi mereka yang harus bergegas untuk membuat pesanan sebelum waktu tutup setelah berkerja keras sepanjang hari. Itulah sebabnya kami sangat berpuas hati dengan keputusan ini. Kami gembira dapat melanjutkan waktu peniagaan kami untuk memberikan lebih banyak kepuasan dan kemudahan kepada pelanggan kami,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda.
Mulai hari ini, 23 Januari 2021, penghantaran makanan di foodpanda akan beroperasi sehingga 10.00 malam di seluruh Malaysia. panda shops dan pandamart akan kekal beroperasi seperti sebelumnya, selaras dengan garis panduan PKP.
Sila rujuk jadual di bawah:
Lokasi | Waktu Buka | Pesanan Terakhir | Waktu Tutup |
Sarawak | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Johor | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Kedah | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Kelantan | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Sabah | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
KL / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya | 7.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Melaka | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Negeri Sembilan | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Pahang | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Penang | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Perak | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Perlis | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |
Terengganu | 8.00am | 9.30pm | 10.00pm |