Jamu Selera Lebih Lama

Waktu Operasi foodpanda Dilanjutkan Selaras Dengan Pengumuman Kerajaan

Malaysia, Jan 23,  2021 – Raikan kelanjutan waktu operasi! Anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mengejar waktu pesanan terakhir. foodpanda, peneraju platform atas talian ingin membantu rakyat Malaysia menjamu selera lebih lama dengan waktu operasi yang dilanjutkan mulai hari ini.

Pengumuman ini selaras dengan arahan terbaharu kerajaan Malaysia yang membenarkan restoran, gerai makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi sehingga 10.00 malam.

“Kami faham bahawa ramai rakyat Malaysia telah mengalami banyak kesukaran pada minggu lepas, terutamanya bagi mereka yang harus bergegas untuk membuat pesanan sebelum waktu tutup setelah berkerja keras sepanjang hari. Itulah sebabnya kami sangat berpuas hati dengan keputusan ini. Kami gembira dapat melanjutkan waktu peniagaan kami untuk memberikan lebih banyak kepuasan dan kemudahan kepada pelanggan kami,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda.

Mulai hari ini, 23 Januari 2021, penghantaran makanan di foodpanda akan beroperasi sehingga 10.00 malam di seluruh Malaysia. panda shops dan pandamart akan kekal beroperasi seperti sebelumnya, selaras dengan garis panduan PKP.

Sila rujuk jadual di bawah:

LokasiWaktu BukaPesanan TerakhirWaktu Tutup
Sarawak8.00am9.30pm10.00pm
Johor8.00am9.30pm10.00pm
Kedah8.00am9.30pm10.00pm
Kelantan8.00am9.30pm10.00pm
Sabah8.00am9.30pm10.00pm
KL / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya7.00am9.30pm10.00pm
Melaka8.00am9.30pm10.00pm
Negeri Sembilan8.00am9.30pm10.00pm
Pahang8.00am9.30pm10.00pm
Penang8.00am9.30pm10.00pm
Perak8.00am9.30pm10.00pm
Perlis8.00am9.30pm10.00pm
Terengganu8.00am9.30pm10.00pm

© 2023 BlackButterfly DesignArts