Zurich Takaful Malaysia Melancarkan MediAfya+: Pelan Perubatan Komprehensif dengan Takaful Term 80 untuk Perlindungan Jangka Panjang

Zurich Takaful Malaysia Melancarkan MediAfya+ Pelan Perubatan Komprehensif dengan Takaful Term 80 untuk Perlindungan Jangka Panjang
[Tiga dari kanan] Nur Fatihah Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif, Zurich Takaful Malaysia Berhad, dan [tiga dari kiri] Dina Sallehudin bersama pasukan Zurich Malaysia semasa pelancaran MediAfya+

Kuala Lumpur, 11 November 2024 – Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) dengan sukacitanya memperkenalkan MediAfya+, pelan perubatan berinovatif yang direka untuk menawarkan perlindungan komprehensif, memastikan rakyat Malaysia bersedia menghadapi masalah kesihatan yang tidak dijangka. Pelan ini, apabila digabungkan dengan Takaful Term 80, menyediakan perlindungan jangka panjang dan ketenangan fikiran dengan had perlindungan tahunan sehingga RM1,000,000.

Sempena pelancaran tersebut, ZTMB telah menganjurkan acara “Power Up Hidupmu dengan MediAfya+” pada 2 November 2024 di Marina Putrajaya. Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi tinju kardio, gerai interaktif, dan nasihat oleh pakar kesihatan, menjadikannya menyeronokkan dan berinformasi buat para hadirin. Tetamu juga berpeluang memenangi kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 menerusi cabutan rezeki.

Dalam landskap penjagaan kesihatan yang pesat berubah hari ini, MediAfya+ menangani kebimbangan rakyat Malaysia dengan menyediakan perlindungan yang merangkumi rawatan kecemasan dan keperluan penjagaan jangka panjang, memastikan pelanggan bersedia menghadapi apa jua situasi. Dengan Takaful Term 80, pelanggan akan diberikan perlindungan perubatan yang lebih panjang sehingga 80 tahun, menjadikannya ideal untuk individu yang mencari keseimbangan antara kemampuan dan perlindungan komprehensif.

Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB, Fatihah Mustafa berkata, “Perlindungan penjagaan kesihatan bukan sekadar menampung bil perubatan. ia adalah kunci untuk menikmati kehidupan dengan yakin, dengan mengetahui mereka bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka. MediAfya+ mencerminkan komitmen Zurich Malaysia untuk menyediakan penyelesaian yang benar-benar melindungi segala perkara yang bermakna, menawarkan perlindungan komprehensif dengan fleksibiliti yang diinginkan oleh pelanggan hari ini.”

Ciri-ciri Utama* MediAfya+:

  • Perlindungan Komprehensif: Termasuk sebelum dan selepas kemasukan ke hospital, penjagaan pesakit luar, dan Bantuan Kecemasan Global, meliputi bantuan perubatan, perjalanan, kereta dan rumah.
  • Had Tahunan yang Tinggi: Perlindungan sehingga RM1,000,000 setahun, tanpa had seumur hidup, menawarkan perlindungan kewangan jangka panjang.
  • Kemasukan Hospital yang Mudah: Proses kemasukan segera di hospital panel memastikan rawatan yang tepat pada masanya dan cekap.
  • Fleksibiliti: Pilih antara dua pelan dengan Deduktibel RM500 atau RM5,000, yang disesuaikan mengikut bajet dan keperluan perlindungan yang berbeza.
  • Pengecualian dan Deduktibel: Rawatan kecemasan dan kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan layak untuk pengecualian, mengurangkan kos yang perlu ditanggung semasa rawatan.

Disebabkan permintaan yang tinggi, ZTMB dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Kempen Akhir Tahun – ‘Cashback Syok’ sehingga 30 Disember 2024. Kempen ini menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mendapat manfaat daripada MediAfya+ dengan Takaful Term 80. Sebagai insentif tambahan, pelanggan akan menerima pulangan tunai sehingga 2 bulan bergantung pada mod sumbangan. Tawaran ini membuktikan komitmen ZTMB ke arah meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan para pelanggannya dengan menyediakan manfaat tambahan bersama perlindungan kewangan.

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai MediAfya+, sila layari laman sesawang kami di https://www.zurich.com.my/takaful-products/protection/for-my-health/mediafya-plus.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

© 2024 BlackButterfly DesignArts