Zurich General Insurance Melancarkan Pelan Insurans Motosikal Pertama di Pasaran dengan Jaminan Lanjutan Percuma

Zurich General Insurance Melancarkan Pelan Insurans Motosikal Pertama di Pasaran dengan Jaminan Lanjutan Percuma

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024Zurich General Insurance Malaysia Berhad (ZGIMB) melancarkan dua pelan insurans motosikal baharu, Z-Rider (EW) dan Z-Rider (Plus). Pelan-pelan inovatif ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan komprehensif dan ketenangan fikiran kepada penunggang motosikal di Malaysia.

Dengan lebih 16 juta motosikal di Malaysia, ZGIMB menyedari keperluan untuk penyelesaian insurans motosikal yang disesuaikan dengan kehendak pelanggan. Siri Z-Rider memenuhi keperluan ini dengan menawarkan ciri-ciri  yang memberi manfaat khusus kepada penunggang motosikal. Ini sejajar dengan etos jenama Zurich Malaysia ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ yang menekankan inovasi, kemudahan dan empati.

“Pelancaran Z-Rider (EW) dan Z-Rider (Plus) merupakan langkah yang signifikan dalam insurans motosikal di Malaysia,” kata Junior Cho, Ketua Pengawai Eksekutif/Ketua Zurich Malaysia. “Kami bangga menjadi syarikat insurans pertama yang menawarkan jaminan lanjutan percuma, memberikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami. Pelan-pelan ini menawarkan perlindungan komprehensif dan manfaat berharga, menjadikan ZGIMB rakan kongsi ideal untuk pengalaman menunggang motosikal yang selamat dan yakin.”

Z-Rider (EW): Pertama di Pasaran

Pelan Z-Rider (EW) adalah pelan perintis kepada pasaran. Ia menawarkan jaminan lanjutan percuma, yang merupakan manfaat unik yang pertama dalam pasaran, memastikan perlindungan optimum untuk penunggang motosikal. Manfaat* utama adalah seperti berikut:

  • Jaminan Lanjutan Percuma: Terpakai untuk motosikal baharu sehingga 200cc (tidak termasuk motosikal elektrik) yang disertakan dengan jaminan dua tahun pengeluar menerusi ejen sah ZGIMB yang merupakan pengedar motosikal
  • Servis Tunda Kerosakan: Perlindungan sehingga 60 km
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi: RM5,500 setiap pemegang polisi

Z-Rider (Plus): Perlindungan Komprehensif Untuk Pelbagai Keperluan

Di samping Z-Rider (EW), ZGIMB menawarkan Z-Rider (Plus), yang direka untuk motosikal di bawah 250cc. Pelan komprehensif ini menawarkan pilihan manfaat yang disesuaikan untuk keperluan penunggang yang pelbagai. Manfaat* utama adalah seperti berikut:

  • Servis Tunda Kerosakan: Perlindungan sehingga 60 km
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi: RM5,500 setiap pemegang polisi
  • Elaun Banjir: RM1,000
  • Tunda Kemalangan: RM100

Maklumat lanjut mengenai pelan perlindungan Z-Rider boleh diperolehi di laman web rasmi di https://www.zurich.com.my/insurance-products/protection/for-my-vehicle/z-rider dan https://www.zurich.com.my/takaful-products/protection/for-my-vehicle/z-rider-takaful.

* Tertakluk pada terma dan syarat.

© 2024 BlackButterfly DesignArts