Zip through the boring dengan Cadbury Zip serba baharu!

Cadbury Malaysia melancarkan semula konfeksi kegemaran ramai dengan lebih rasa coklat, lebih rangup dan menceriakan!

Kuala Lumpur, 05 Mac 2021– Setelah sekian lama menjadi jenama yang amat dikenali di kalangan rakyat Malaysia, Cadbury, jenama konfeksi No. 1 di bawah Mondelēz International (Mondelez) kini melancarkan semula snek ikonik Cadbury Zip dengan wajah baharu dan resipi yang ditambahbaik. Bagi membantu generasi muda yang bertenaga, bercita-cita tinggi dan ceria menangani detik-detik yang membosankan, jenama ini ingin menginspirasikan Gen Z untuk Zip Through The Boring dengan Cadbury Zip serba baharu.

Sebagai wafer coklat kegemaran rakyat Malaysia, Cadbury telah menambahbaik snek klasik tersebut dengan resipi dan formula coklat berganda yang lebih lazat. Cadbury Zip baharu kini diperbuat daripada coklat kegemaran ramai, Cadbury Dairy Milk. Ianya mengandungi 20% lebih coklat berbanding sebelum ini dan resipi terbaharunya diperkaya dengan lebih kenikmatan coklat. Di samping itu, Cadbury juga telah memperhalusi resipi tersebut bagi memastikan wafer Cadbury Zip kekal rangup lantas menjamin kepuasan.

Ramai rakyat Malaysia pasti teringat memori ketika di bangku sekolah, apabila mereka menuju ke kantin yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan makanan dan snek ketika waktu rehat dan selepas kelas tamat. Sejak pelancarannya, Cadbury Zip telah menjadi snek pilihan semasa berkongsi saat-saat menggembirakan dan penting bersama rakan-rakan zaman remaja. Wafer coklat ikonik ini amat sentimental bagi ramai rakyat Malaysia dan menerusi pelancaran semulanya, Cadbury berharap ia dapat mencetuskan kembali keceriaan tersebut di kalangan generasi muda hari ini.

Cabaran dalam menangani detik suram dan bosan pastinya dihadapi oleh segenap peringkat usia, namun bagi generasi muda yang sentiasa bertenaga, saat tersebut dirasakan teramat lama. Oleh itu, Cadbury berharap untuk menginspirasikan Gen Z agar keceriaan dapat dicetuskan  dalam setiap momen, dan mereka mampu Zip through the boring dengan cara tersendiri.

“Cadbury Zip telah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia sejak sekian lama. Malahan peminat coklat telah menyatakan kepada kami bahawa produk yang terbaik sentiasa berkembang dan harus tampil lain daripada yang lain, sama rentaknya seperti generasi muda hari ini. Sebagai jenama yang berinovasi dan tekad untuk memperbaiki produk demi memenuhi cita rasa dan trend terkini, Cadbury telah menambahbaik konfeksi klasik ini dengan kelazatan coklat Cadbury Dairy Milk serta resipi yang lebih baik, justeru menjadikannya snek yang ideal bagi membendung kebosanan,” menurut James Kane, Pengarah Urusan Mondelez International, Malaysia dan Singapura.

Dengan wajah dan resipi baharu, Cadbury berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia menemukan semula keriangan Cadbury Zip pada harga yang berpatutan. Ia boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar utama di seluruh negara menerusi gedung rasmi Mondelez Cadbury di Shopee dan Lazada pada harga yang disyorkan berikut:

Zip through the boring dengan Cadbury Zip serba baharu

RM1.00 untuk 16.2g

RM1.90 untuk 31.7g

Zip through the boring dengan Cadbury Zip serba baharu

RM4.70 untuk 95.1g (3 x 31.7g)

Zip through the boring dengan Cadbury Zip serba baharu

RM4.70 untuk 95.1g (3 x 31.7g)

Zip through the boring dengan Cadbury Zip serba baharu

RM9.90 untuk 162.5g (20pc)

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial Cadbury Zip di Facebook https://www.facebook.com/cadburyzip, Instagram https://www.instagram.com/cadburyzip/ serta YouTube https://www.youtube.com/channel/UCjr5B4PdwDX9AHagwJniOVw.

© 2023 BlackButterfly DesignArts