Yoodo Sekali Lagi Mencipta Sejarah Sebagai Telco Pertama di Malaysia Jalin Kerjasama dengan The Pokémon Company

Memperkenalkan Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022 pertama yang menawarkan hadiah terkumpul USD20,000!

Kuala Lumpur, 19 Julai 2022 Yoodo – perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubahsuai sepenuhnya dan 100% digital hari ini mengumumkan kerjasama dengan The Pokémon Company. Ini merupakan kerjasama pertama sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dengan syarikat gergasi daripada Jepun tersebut. Kerjasama tersebut memperkenalkan pertandingan rasmi Pokémon UNITE pertama di Malaysia – Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022 yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah USD 20,000.

Pengumuman hari ini juga memperkukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telco peneraju yang menceburi e-sukan. Selain itu, Pokémon UNITE menambahkan senarai jalinan kerjasama dengan permainan berjudul terkemuka dengan Yoodo.

Sehingga April 2022, Pokémon UNITE telah dimuat turun lebih daripada 70 juta kali dari serata dunia melalui semua platform yang menawarkan permainan itu. Kerjasama dan pertandingan yang dianjurkan bersama Yoodo juga merupakan kali pertama permainan popular tersebut menceburi pasaran Malaysia secara rasmi.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, “Sememangnya kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan The Pokémon Company yang dikenali serata dunia. Kebanyakkan dari kita membesar dengan Pikachu dan Charmander, dan Yoodo sebagai syarikat telco Malaysia yang pertama untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama global terkemuka yang penuh nostalgia amatlah penting bagi kami. Kami berharap pertandingan yang bakal dianjurkan ini juga akan menjadi platform untuk lebih ramai lagi bakat-bakat e-sukan Malaysia untuk mempamerkan kemahiran mereka dan ini menunjukkan bahawa kami amat berdedikasi dalam menyokong bakat tempatan daripada tahap akar umbi.

Yoodo telah membawakan pelbagai pertandingan dan menawarkan pelbagai produk yang bertumpukan kepada e-sukan. Malah, jenama itu juga mempunyai dua pasukan e-sukan. Kesemuanya telah menjadikan Yoodo sebagai telco tempatan paling dominan dalam arena

e-sukan negara. Jenama tersebut juga sentiasa memperkenalkan inisiatif serta menawarkan produk yang membantu dalam pembangunan arena e-sukan tanah air.

Selain daripada Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022, Yoodo juga mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Add-on permainan Pokémon UNITE pada Ogos 2022. Penambahan ini adalah salah satu daripada pelbagai add-on bertemakan permainan mudah alih yang ditawarkan kepada pelanggan Yoodo dan ini akan membolehkan mereka untuk bermain sepanjang hari melalui tambahan data 20GB.

Pendaftaran untuk Kejohanan Terbuka Pokemon UNITE Malaysia 2022 akan dibuka dari 27 Julai sehingga 30 Ogos, dan Grand Finals akan mengambil tempat pada 10 September.

Untuk mengetahui tentang Yoodo dengan lebih lanjut, ikuti Yoodo di www.facebook.com/yoodoMY atau layari www.yoodo.com.my. Dapatkan berita terkini e-sukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook atau @yoodoesportsmy di Instagram.

© 2023 BlackButterfly DesignArts