Yoodo Meredakan Tekanan ‘Lockdown’ Melalui Video Khas Merdeka

25 OGOS 2021, KUALA LUMPUR – Dalam keadaan semasa di mana ramai masih kekal berada di rumah dan mungkin terpisah secara fizikal dari keluarga atau rakan-rakan, Yoodo – perkhidmatan mudah alih digital 100% pertama di Malaysia ingin menyatakan bahawa anda tidak pernah bersendirian.

Untuk kempen Merdeka Yoodo tahun ini, syarikat telekomunikasi tersebut telah melancarkan Bila Larut Lockdown, sebuah video yang menengahkan perasaan terasing yang menyelubungi rakyat Malaysia, kesan daripada lockdown yang berpanjangan.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang tinggal bersendirian berkali-kali menolak cubaan rakannya untuk bertanya khabar dan bersembang melalui telefon. Kemudiaanya dia dilihat mula berbual-bual dengan perabut di rumahnya. Apa yang menyusul adalah mesej mengenai betapa pentingnya untuk kita terus berhubung bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkata, Bila Larut Lockdown sedikit berbeza daripada video perayaan Yoodo sebelum ini yang biasanya lebih ceria dan lucu. “Tahun ini, kami ingin menyampaikan mesej berempati dan tentang kebersamaan kepada penonton melalui video Merdeka yang kami hasilkan ini. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berkongsi dan menikmati budaya masing-masing melalui perlbagai cara termasuk makanan, perayaan dan juga hiburan. Melalui video ini kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan bertanya khabar antara satu sama walaupun kita menghadapi masa yang sukar.

“Kami sangat berempati dan faham akan perasaan terasing yang dirasai rakyat Malaysia ketika ini – ada di antara mereka yang tidak berjumpa dengan orang tersayang dalam tempoh jangka masa yang lama,” sambung Tuck Mun. “Ianya amatlah penting untuk kita terus berhubung dengan orang tersayang terutamanya dalam situasi semasa dan Yoodo komited untuk membantu pelanggan kami kekal berhubung bersama orang yang mereka sayangi.”

Pada masa yang sama, Yoodo juga ingin meraikan pengguna baharu dan sedia ada dengan hadiah istimewa melalui kempen Merdeka From Home. Pengguna baharu yang berbelanja sekurang-kurangya sebanyak RM20 untuk pelan mudah alih yang boleh diubah suai mereka serta mereka yang beralih daripada rangkaian sedia ada kepada Yoodo dalam tempoh kempen ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti televisyen 65-inci Samsung 4K UHD Smart TV, Nintendo Switch, Samsung Galaxy Tab S7 dan banyak lagi!

Kempen Merdeka From Home berakhir pada 30 September dan pemenang mingguan dipilih secara rawak. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi laman sesawang https://www.yoodo.com.my/merdekafromhome/. Untuk menonton video Bila Larut Lockdown, kunjungi laman YouTube atau media sosial Yoodo.

Yoodo Meredakan Tekanan ‘Lockdown’ Melalui Video Khas Merdeka
© 2023 BlackButterfly DesignArts