Menang iPhone 13 Dan Barangan Ekslusif Menerusi Peraduan IG Reels Yoodo!
Kuala Lumpur, 15 November 2021 – Dalam usaha untuk menggalakkan industri seni dan kebudayaan di Malaysia, Yoodo – penyedia perkhidmatan mudah alih boleh diubahsuai dan digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia – mengumumkan usahasama dengan bahagian ekonomi kebudayaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (Cultural Economy Development Agency, CENDANA) untuk menyokong program seni tahunan, Art In The City (AITC) sebagai Telco Rasmi.
Untuk menghangatkan lagi AITC, Yoodo turut menganjurkan #WhatYooWant di #ArtInTheCity 2021, satu peraduan Instagram (IG) Reels. Mereka yang menghadiri dua acara festival AITC berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone 13 dan juga barangan eksklusif Yoodo! Untuk menyertai peraduan tersebut, warga Malaysia hanya perlu memuat naik momen terbaik mereka ketika berada di KLWKND (25 – 28 November 2021) dan Sensorii (1 – 28 Disember 2021) ke IG Reels mereka dengan tanda pagar #youdoitbetter serta menanda atau tag @yoodomy. Para peserta juga perlu memastikan akaun IG mereka disetkan kepada tetapan umum.
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo menyatakan bahawa beliau berasa gembira melihat komuniti seni dan kebudayaan tempatan kembali ‘bernyawa’ setelah mengharungi tahun yang mencabar bukan sahaja bagi komuniti tersebut, malahan seluruh rakyat Malaysia. “Kita bergantung kepada seni dan hiburan untuk menghiburkan kita sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini tiba giliran kita pula untuk membalas jasa komuniti tersebut. Yoodo berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada usaha KKMM dalam menyokong industri seni tempatan dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyertai dan merasakan sendiri pengalaman seni Malaysia.”
Dengan sokongan Yoodo serta entiti-entiti lain, program tersebut membawakan pelbagai persembahan artistik ke Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain di Malaysia sehingga 28 Disember 2021, sekaligus mentransformasikan bandar Kuala Lumpur sebagai hab kreatif bagi seni, muzik, rekaan dan banyak lagi.
Art In The City yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2018 merupakan program utama CENDANA dengan tujuan mempromosikan seni tempatan kepada masyarakat. Edisi tahun ini menawarkan pilihan program artistik meluas yang dijalankan secara talian dan fizikal yang merangkumi pelbagai forum, kelas seni, penerbitan teater, festival, pameran serta banyak lagi yang menggalakkan penyertaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Selain memberikan pengalaman yang unik, kami juga memfokuskan usaha untuk menyediakan pentas bagi bakat tempatan untuk menyerlah, baik dalam muzik, hiburan, seni dan banyak lagi. Kami gembira bahawa visi kami selari dengan usaha KKMM, membolehkan kami bekerjasama dalam menyampaikan satu persembahan artistik yang istimewa buat rakyat Malaysia melalui gabungan ini. Maka, jika anda masih belum melihat program AITC, pastikan anda berbuat demikian dan anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik dengan Yoodo!” ujar Tuck Mun.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, sila layari www.yoodo.com.