Yoodo Alliance Menghangatkan Arena PUBG Mobile Tempatan Dengan Barisan Pemain Baharu

Kuala Kumpur, 9  Julai 2022 – Yoodo – perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital menerusi kerjasamanya dengan Alliance, memperkenalkan barisan pemain baharu bagi pasukan Yoodo Alliance PUBG Mobile.

Kerjasama dengan organisasi e-sukan terkenal yang berpangkalan di Sweden itu telah terjalin sejak Ogos 2021 dan akan berterusan sepanjang 2022.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, “Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang komited dalam membangunkan bakat-bakat di Malaysia, kami benar-benar teruja kerana dapat menyokong generasi pemain e-sukan baharu dengan kerjasama rakan kongsi yang sememangnya mantap seperti Alliance. Kami yakin bahawa kerjasama ini mampu mengangkat arena e-sukan tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi, dan mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan para pemain permainan video mudah alih.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance, Jonathan Berg berkata, “Kami bangga kerana dapat meneruskan kerjasama dengan Yoodo yang berkongsi banyak persamaan dengan kami, yang mana salah satunya ialah komitmen dalam usaha melahirkan juara dan mengasah bakat. Kami sememangnya teruja dengan barisan pemain baharu kami dan yakin bahawa mereka mempunyai semangat juang untuk berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.”

Berikut adalah barisan pemain baharu untuk Yoodo Alliance:

  • Repoboy – Muhammad Arif bin Mohd Zaidi (In Game Leader)
  • AdikLuq – Muhammad Luqman Hakim bin Hasan (Rusher)
  • Helton – Muhammad Abbas Bin Saufi (Support)
  • Luppy – Syameer Aidil Bin Omar (Support/Rusher)
  • Oliyo – Mohamad Azli bin Amran (Fragger)
  • Syamil – Muhammad Syamil Najmi Bin Mohd Ghazali (Fragger)

Para pemain tersebut pernah beraksi bersama-sama sebelum ini dan berada dalam tiga pasukan terbaik PUBG Mobile Professional League Spring MY/SG/PH 2022 yang lalu. Mereka juga bakal mewakili Malaysia semasa temasya Sukan Asia 2022 yang akan diadakan di Hangzhou, China pada September ini.

“Prestasi pasukan setakat ini sememangnya sangat menarik untuk disaksikan, dan kami yakin bahawa kombinasi sokongan daripada Yoodo dan Alliance akan dapat membantu pasukan itu untuk terus berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi,” ujar Tuck Mun lagi. “Kami berharap semoga para peminat akan terus menyokong Yoodo Alliance dalam perjuangan kami untuk terus mendominasi arena e-sukan.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Yoodo di  www.yoodo.com atau ikuti platform khusus milik Yoodo untuk segala yang berkaitan dengan e-sukan dan permainan video di www.facebook.com/yoodoesports.

© 2023 BlackButterfly DesignArts