Whoscall Dilantik Sebagai Rakan Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bagi Membanteras Penipuan Dalam Talian Dan Scam

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan nombor telefon scam terkini daripada pangkalan data proprietari Whoscall dengan lebih 1.6 bilion entri nombor telefon dalam masa nyata di seluruh dunia

Kuala Lumpur, 6 Januari 2023 – Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook, aplikasi yang mengenal pasti panggilan telefon yang mempunyai pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara dengan 100 juta muat turun, telah dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai rakan strategik untuk memerangi jenayah penipuan dalam talian yang serius di Malaysia. Kerjasama ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM ke sistem data Whoscall menjadikannya  aplikasi ID pemanggil yang terkini dan dipercayai untuk rakyat Malaysia bagi melindungi diri mereka daripada jenayah penipuan dalam talian dan scam.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut pada majlis pelancaran lagu tema baharu PDRM ‘Be Smart Stay Alert’, Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook berkata, “Ia merupakan kerjasama kelima Gogolook dengan jabatan polis global dalam mengukuhkan pakatan anti-penipuan terhadap scammer. Kami komited untuk menyokong JSJK PDRM dalam melindungi rakyat Malaysia daripada penipu dalam talian dan scammer, melalui teknologi AI dan pangkalan data proprietary kami yang mempunyai 1.6 bilion entri nombor telefon termasuk nombor yang digunakan oleh scammer. Selain itu, dengan perkongsian pangkalan data antara portal JSJK PDRM dan sistem data nombor Whoscall, kami yakin pengguna di Malaysia akan mendapatkan akses terhadap pangkalan data nombor penipuan dalam talian paling terkini dengan hanya memuat turun aplikasi Whoscall pada telefon mudah alih mereka.”

Malaysia menyaksikan penurunan kes jenayah komersial bagi tahun lepas. Menerusi statistik terkini yang disediakan oleh JSJK, sebanyak 30,536 kes dilaporkan antara Januari dan Disember 2022 berbanding 2021 dengan 31,490 kes. Pada 2021, kerugian yang dialami oleh rakyat Malaysia berjumlah lebih RM2.2 bilion dan pada 2022, ia berkurangan kepada RM1.7 bilion. Kerjasama antara Whoscall dan PDRM bakal meningkatkan lagi keberkesanan Kempen Anti Scam PDRM yang sedang berjalan dengan menawarkan tindakan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk melindungi daripada scammer dengan memanfaatkan teknologi pengenalan panggilan yang tidak diketahui oleh Whoscall, dengan tujuan untuk mengurangkan lagi kes jenayah komersial di Malaysia.

“Dibangunkan secara khusus dan bertindak sebagai barisan pertahanan utama, pengguna Whoscall dilengkapi dengan aplikasi teknologi anti-penipuan berkuasa yang mengemas kini nombor penipuan dalam talian daripada sistem kami bagi membantu pengguna mengelakkan diri dari mendapat panggilan scammer dan kekal berwaspada sepanjang masa. Dengan senarai nombor berkaitan penipuan Whoscall yang semakin meningkat ditambah ke dalam pangkalan data kami, Whoscall menyasarkan untuk membina rangkaian komunikasi yang boleh dipercayai buat semua dan di seluruh dunia. Perkhidmatan kami telah diperluaskan kepada pengesanan dan pencegahan penipuan untuk perniagaan dan individu bagi terus menyumbang kepada komuniti yang lebih selamat,” jelas Liew Voon Chang, Wakil Gogolook Malaysia.

Whoscall yang sebelum ini disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor, dan kini menjadi aplikasi ID pemanggil pertama dan satu-satunya yang disahkan oleh PDRM dengan perakuan dan pengiktirafan untuk sistem perlindungan data peribadi dalam aplikasi tersebut. Pengguna Whoscall juga boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui berdasarkan pangkalan data Whoscall yang semakin meningkat dan dapat mengenal pasti scammer menggunakan aplikasi percuma mereka. Memandangkan nombor berisiko ditambah secara berterusan ke dalam pangkalan data mereka, pengguna boleh mengemas kini secara manual dan juga menambah nombor tersebut dalam senarai nombor yang disekat.

Whoscall Dilantik Sebagai Rakan Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menghadiri pelancaran tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) YDH CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Bin Md Din, Timbalan Pengarah JSJK DCP Dato Muhammed Hasbullah Bin Ali dan DCP Dato’ Dr Mustafa Khan Bin Abdul Sa-mat, bersama rakan kongsi, Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook dan Gilbert Pang, Presiden Worldwide Wellness Club (WWC).

Selain dari perkongsian data, Whoscall dan PDRM CCID juga bekerjasama dalam menganjurkan lawatan ke seluruh negara ke sekolah dan universiti dalam usaha mendidik orang ramai tentang pencegahan penipuan dan memperkenalkan aplikasi Whoscall bagi menyekat panggilan spam. ‘Be Smart Stay Alert’ dengan memuat turun aplikasi Whoscall sekarang secara PERCUMA, https://whoscall.onelink.me/MQQa/PDRMAntiScam. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini siri jelajah seluruh negara, ikuti https://www.facebook.com/whoscall.malaysia/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts