WeTV iflix permulaan baharu bagi dunia kandungan hiburan Asia Tenggara

Langganan percuma, “tanpa sekatan” memanfaatkan peralihan pelanggan yang mahukan kandungan video mengikut permintaan (video-on-demand, VOD) dan secara dalam talian (over-the-top, OTT) setempat. 

WeTV iflix memanfaatkan pencipta kandungan generasi baharu dan pendigitalan yang pantas di rantau ini

 KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2020 – WeTV iflix, perkhidmatan penstriman luar negara daripada Tencent Video telah mewujudkan pembekal kandungan tempatan video mengikut permintaan (video-on-demand, VOD) dan secara dalam talian (over-the-top, OTT) yang utama di Asia Tenggara. Para penonton boleh memuat turun atau menstrim katalog kandungan antarabangsa, tempatan dan asli berkualiti tinggi dengan log masuk ke aplikasi yang dipasangkan melalui WeTV atau iflix di Google Play atau App store, untuk langganan percuma “tanpa sekatan”. 

Menerusi falsafah “Kelebihan untuk anda”, WeTV iflix akan terus mengukuhkan strategi kandungan tempatan dengan memberi tumpuan kepada filem tempatan tayangan pertama dan susunan program asli yang hebat. 

Portfolio rancangan asli tempatan, filem dan filem mikro pemenang anugerah, peraduan filem pendek dan rancangan TV akan menyaksikan penambahan Saluran Berjenama WeTV iflix untuk memberikan pelanggan dimensi baharu kepada penawaran yang sedia ada. Selain judul berasaskan Malaysia, penawaran lain termasuklah rangkaian kandungan bahasa Cina, Korea, Thailand, dan Indonesia asli premium. Ini terus meningkatkan daya tarikan platform yang luas dan produksi yang kaya dengan budaya. 

“Melalui penyatuan teknologi, bakat dan sumber, WeTV iflix dapat menyediakan ekosistem yang berkesan untuk mempercepat kemampuan masuk ke pasaran dan pengkomersialan. Sinergi ini membuka dunia kemungkinan yang baharu dengan memanfaatkan infrastruktur dan peranti penstriman iflix WeTV secara besar-besaran untuk filem dan televisyen Asia, syarikat penerbitan, studio, penulis, pelakon, kemudahan pasca produksi dan pengedar kandungan. Ekosistem ini juga memberi kuasa kepada pemain industri di Asia Tenggara untuk memanfaatkan peralihan penonton yang ketara ke VOD dan OTT serta meningkatkan pendigitalan dalam kalangan pencipta,” kata Aik Kuang Heng, Pengurus WeTV iflix Malaysia. 

Pendigitalan telah mewujudkan persekitaran bagi pencipta kandungan untuk berkembang, seterusnya menguji teknologi, format dan mekanisme atau platform penyampaian baru. Digabungkan dengan penggunaan teknologi digital yang meluas, kandungan pintar yang dijana oleh pengguna daripada generasi pengeluar kreatif yang cerdas, pencipta tempatan semakin diperkasakan untuk menghasilkan kandungan yang bertenaga dan menarik.

Tambah Heng lagi, “WeTV iflix berada pada kedudukan unik untuk membawa perubahan positif dalam ekosistem pengeluaran kandungan. Kami berhasrat untuk menghidupkan idea dan kisah yang diilhamkan oleh budaya tempatan, cerita rakyat, sejarah, budaya dan trend pop yang unik. Semua ini menunjukkan strategi kandungan kami. Lagipun, budaya keusahawanan kami tertumpu pada komitmen untuk penyetempatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap bakat tempatan – mencipta kandungan yang relevan dan berkesan yang mempunyai daya tarikan komersial, tetapi biasa dengan budaya kita.” 

Dibuktikan dengan pengalaman iflix yang menawarkan program asli, permintaan untuk kandungan asli sebagai alternatif kepada program Barat telah mengalami peningkatan yang luar biasa. Berdasarkan permintaan tersebut, para peminat siri KL Gangster Underworld bakal menyaksikan Musim Kedua yang akan ditayangkan pada suku keempat tahun 2020. 

“Secara jangka panjang, kami bertujuan untuk memperkenalkan lebih banyak kandungan secara sistematik dan memanfaatkan kepakaran WeTV dalam pembuatan kandungan asli tempatan yang premium, disokong oleh pemahaman mendalam tentang pasaran di mana kami beroperasi. Ini mencerminkan pendekatan kami yang mengutamakan bakat tempatan,” Heng menambah. 

WeTV iflix kini disediakan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan beberapa pasaran lain di Asia. Laman ini juga berfungsi sebagai platform hos dan pengedaran digital untuk rancangan TV dan filem Barat, Asia, dan Tempatan yang diperoleh menerusi perkongsian dengan studio dan pengedar kandungan di seluruh dunia.

Scroll to Top