WCT Group Lancar Aplikasi Mudah Alih ‘WCT Buddy’ Baharu – Menawarkan Ganjaran Kepada Ahli Komuniti

Memberi akses kepada perkhidmatan gaya hidup yang selesa dan ganjaran eksklusif untuk ahli aplikasi WCT Buddy

Petaling Jaya, 1 November 2021 – WCT Holdings Berhad (“WCT” atau “Kumpulan WCT”), sebuah syarikat pemegangan pelaburan dengan perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, pembangunan dan pelaburan harta tanah, pengurusan pusat membeli-belah dan hotel memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu untuk mempertingkatkan gaya hidup komuniti iaitu WCT Buddy, yang memberikan faedah nilai tambah kepada para pelanggan, pemilik harta tanah dan ahli komuniti.

WCT Buddy, sebuah program kesetiaan utama WCT, diperkenalkan pada tahun 2018 yang direka untuk berhubung dengan ahli komunitinya dan memberi mata ganjaran Buddy secara serta-merta. Ahli-ahli Buddy yang berdaftar akan menerima mata ganjaran apabila membeli-belah dari kedai-kedai tertentu di seluruh WCT Malls, yang merangkumi, Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateway@klia2 dan SkyPark Terminal.

Kini, aplikasi mudah alih WCT Buddy telah dinaik taraf dan menawarkan perkhidmatan merentasi semua perniagaan WCT untuk kemudahan ahli-ahli Buddy. Ini termasuk harta tanah yang dibangunkan oleh WCT Land serta hotel di mana para ahli boleh menikmati ciri-ciri eksklusif seperti mengunjungi pameran harta tanah untuk pembeli rumah; akses ke pelancaran baharu; tawaran dan promosi terkini; notis ganjaran dan jemputan ke acara yang dianjurkan oleh WCT; sejurusnya meningkatkan gaya hidup ahli komuniti WCT. Dengan aplikasi WCT Buddy, para ahli boleh kekal berhubung, menerima maklumat yang berkaitan dan menikmati nilai hebat dengan setiap penggunaan aplikasi tersebut.

Dato’ Lee Tuck Fook, Pengarah Urusan Kumpulan WCT berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai portfolio yang pelbagai, dari pembangunan harta tanah hingga pusat beli-belah dan hotel, kami berhasrat untuk memperhebatkan perjalanan pelanggan serta mempertingkatkan pengalaman komuniti kami untuk menikmati faedah di seluruh perniagaan WCT. Dengan perkembangan transformasi digital dan agenda digitalisasi Nasional yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti perniagaan sebanyak 30% menjelang tahun 2030[1], WCT Group telah mengangkat teknologi sebagai sebahagian daripada perkembangan digitalisasi syarikat untuk memenuhi jangkaan pelanggan disamping kekal relevan”, hurai beliau.

“Aplikasi mudah alih WCT Buddy direka untuk menjadi pasaran perkhidmatan dan tawaran pilihan di mana kemudiannya ia akan dibuka sebagai platform komunikasi dan e-dagang yang efektif dalam rangkaian ekosistem WCT dikalangan ahli-ahli Buddy. Pada masa ini, terdapat lebih 20,000 ahli Buddy sedia ada yang telah berdaftar di dalam aplikasi WCT Buddy. Kami ingin berhubung dengan mereka pada setiap perjalanan pelanggan, oleh kerana kami menawarkan kemudahan dan kebolehan untuk berhubung dengan seluruh perniagaan kami”, tambahnya.

Ahli-ahli aplikasi mudah alih WCT Buddy yang dinaik taraf ini boleh menikmati faedah eksklusif serta mempertingkatkan pengalaman yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Terima & Tebus Mata Ganjaran Buddy

● Ahli Buddy boleh memperoleh mata ganjaran menerusi pembelian daripada lebih 300 kedai di WCT Malls yang mengambil bahagian dan pembeli rumah baharu WCT akan diberi mata ganjaran WCT Buddy berdasarkan nilai pembelian mereka.

● Ahli Buddy boleh memuat naik resit pembelian mereka dengan mudah untuk mendapatkan mata ganjaran dan menukar mata ganjaran kepada baucar wang tunai atau baucar produk.

● Ahli Buddy boleh melihat setiap mata ganjaran terkumpul dalam profil akaun mereka dan terima notis mengenai tarikh tamat tempoh baki mata ganjaran mereka.

Tawaran dan Keistimewaan Ahli

● Ahli-ahli baharu dan sedia ada akan diberi ganjaran sebanyak 500 mata ganjaran WCT Buddy bermula dari 1 – 30 November 2021. Ia boleh ditebus daripada lebih 300 kedai di WCT Malls yang mengambil bahagian.

● Ahli akan mendapat akses pantas ke tawaran & promosi yang ditawarkan oleh kedai di WCT Malls yang mengambil bahagian.

Baucar Bonanza Sales 5.0 – Diskaun 20% ditawarkan kepada ahli-ahli yang memuat turun aplikasi dan membeli E-Baucar WCT Malls bermula dari 1 – 30 November 2021. Terhad kepada RM5,000 bagi setiap ahli dan akaun WCT Buddy. E-Baucar WCT Malls boleh didapati dalam denominasi wang RM10, RM50, RM100 & RM500

Manfaat Ekstra 11.11 & 12.12 – Para ahli boleh menikmati mata ganjaran WCT Buddy tambahan sebanyak 11 kali ganda apabila mereka berbelanja pada 11 November 2021 dan 12 kali ganda pada 12 Disember 2021.

Aktiviti Terkini di Hujung Jari Anda

● Ahli Buddy boleh menyemak aktiviti & acara eksklusif dan berkongsi dengan keluarga & rakan.

● Ahli Buddy boleh mendaftarkan kehadiran mereka dalam acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh perniagaan yang berkenaan.

Semak Status Harta Tanah Anda

● Ahli yang juga merupakan pembeli rumah baharu boleh menyemak perkembangan pembangunan harta tanah pilihan mereka. Pengesahan ID diperlukan untuk melihat portfolio harta tanah.

Fungsi Sistem Pengurusan Residen (RMS), insentif mata ganjaran ahli iaitu Emas, Perak dan Gangsa serta ciri untuk perniagaan hotel WCT bakal dibuka pada Fasa 2 dalam masa terdekat. Pemilik harta tanah baharu boleh melihat berita dan perkembangan tentang acara komuniti di Papan Pemuka RMS, melihat papan kenyataan bagi urusan penyelenggaraan, tempahan kemudahan, bil, maklum balas, e-Borang, pengurusan kerosakan dan berkomunikasi dengan pejabat pengurusan harta tanah secara serta-merta tanpa sebarang penangguhan. Aplikasi WCT Buddy juga akan dilengkapi dengan ciri keselamatan dan sekuriti seperti pengurusan pelawat, butang bantuan dan nombor perkhidmatan untuk memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada pemilik rumah.

Semua ini boleh didapati di hujung jari anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa sebarang yuran keahlian, tamat tempoh dan kerumitan membawa kad fizikal.  Aplikasi WCT Buddy boleh dimuat turun secara PERCUMA melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery bermula 1 November 2021.

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=hyperqb.wct.buddy

Apple App Store: https://apps.apple.com/us/app/wct-buddy-2-0/id1583471057

Huawei AppGallery: https://appgallery.huawei.com/app/C104827217

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi mudah alih WCT Buddy dan keistimewaan para ahli, e-mel [email protected] untuk sebarang bantuan.


[1]  Teks Ucapan Pelancaran 4IR, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Julai 2021

© 2023 BlackButterfly DesignArts