Keputusan strategik itu dibuat bagi merapatkan jurang antara bekalan dan permintaan untuk teknologi sanitasi air di Vietnam dan negara-negara Asia Tenggara.
Kuala Lumpur, 4 Januari 2023 – Waterco, penyedia penyelesaian sehenti terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, telah mengembangkan jejak global mereka ke Vietnam dengan penubuhan pusat jualan dan perkhidmatan di Ho Chi Minh yang telah beroperasi sepenuhnya mulai Disember 2022. Pembukaan pusat jualan dan perkhidmatan baharu ini menandakan pencapaian Waterco dalam usaha mereka untuk meluaskan akses kepada air bersih bagi penduduk di Asia Tenggara melalui sokongan teknikal yang lebih maju untuk pelanggan B2B dan B2C, pengedar dan peniaga.
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam industri air, Waterco mempunyai kedudukan yang kukuh di negara-negara Asia Tenggara termasuk Vietnam, Thailand, dan Indonesia di mana Vietnam merupakan salah satu pasaran terbesar syarikat tersebut. Vietnam merupakan hab ekonomi yang pesat berkembang di rantau ini dan menurut ramalan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Vietnam dijangka mencecah 6.5% tahun ini. Industri infrastruktur air di Vietnam dijangka meningkat 7% setiap tahun antara 2017 dan 2026 dengan potensi peluang pelaburan yang besar disebabkan kadar perindustrian yang pesat, pembandaran dan perubahan iklim. Berikutan pemulihan ekonomi akibat pandemik COVID-19, permintaan untuk penapisan air dan peralatan sanitasi terbukti meningkat dalam industri perhotelan, pembuatan dan pembinaan.
Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco (Far East) Sdn Bhd mengulas bahawa pusat jualan dan perkhidmatan di Vietnam berfungsi sebagai cabang untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian penapis air dan sanitasi untuk kegunaan industri dan isi rumah.
“Vietnam ialah pasaran yang paling menjanjikan bagi teknologi rawatan air dan sanitasi disebabkan potensinya yang kukuh dalam sektor pelancongan, pembuatan dan pembinaan. Kedudukannya yang kukuh dalam industri infrastruktur air dan tenaga kerja akan membolehkan Waterco menyediakan penyelesaian inovatif bukan sahaja kepada pelanggan di Vietnam, malah juga menyokong pasaran yang lebih besar di Asia Tenggara. Kami yakin dengan kejayaan industri ini merupakan hasil permintaan yang semakin meningkat untuk bekalan air bersih, rawatan air kumbahan, dan kualiti hidup. Dengan akses yang diperluaskan kepada teknologi penapisan air dan sanitasi yang inovatif dalam pasaran, kami menjangkakan pertumbuhan dua digit dalam hasil jualan untuk 12 bulan akan datang,” ulas Encik Koo.
Selain produk inovatif dan perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan, Waterco berharap dapat mendidik pengguna tentang sistem penapisan air berikutan perkembangan perniagaannya. Menyasarkan pelanggan B2B dan B2C, Waterco telah melancarkan Waterco Advance, platform e-pembelajaran yang menyediakan maklumat, seminar dan bengkel mini untuk menyampaikan ilmu mengenai kepentingan penggunaan air bersih dan selamat serta pemilihan peralatan bagi membantu pelanggan membuat pembelian termaklum.
“Para pelanggan masa kini mementingkan penambahbaikan dari segi kualiti produk dan inovasi yang kekal relevan dan berdaya saing dalam industri. Namun itu, masyarakat umum mungkin masih tidak begitu berpengetahuan untuk membuat pemilihan sistem penapisan air dan sanitasi yang sesuai untuk keperluan mereka dan impak yang akan dihadapi akibat pemilihan yang dibuat. Selain nasihat dan bantuan profesional daripada kakitangan kami yang terlatih, kami berharap dapat mendidik pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan kami tentang maklumat yang diperlukan untuk membantu mereka memilih produk yang bersesuaian supaya mereka dapat menikmati penjimatan kos dan kekerapan penyelenggaran yang mininum untuk jangka masa yang panjang,” kata Encik Koo.
Waterco berusaha untuk meluaskan akses kepada air bersih dan selamat melalui produk dan perkhidmatan yang mesra alam bagi kegunaan industri dan isi rumah. Untuk maklumat lanjut mengenai Waterco (Far East) Sdn Bhd dan inisiatifnya, sila layari: https://www.waterco.com.my/