Warnai Kediaman Anda dengan Pilihan Warna Ceria Coway NeoN

Coway Malaysia memperkenalkan Coway NeoN, rangkaian penulen air kompak pertamanya yang terdapat dalam pelbagai warna dengan pilihan penyelenggaraan sendiri

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution, dengan bangganya memperkenalkan rangkaian penulen air kompak berwarna-warni pertama yang menggabungkan kefungsian dengan gaya. Penulen air ini memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengekspresikan gaya peribadi mereka, menambahkan sentuhan warna ke kediaman mereka sambil menikmati air tulen yang bersih pada harga yang berpatutan.

Warnai Kediaman Anda dengan Pilihan Warna Ceria Coway NeoN

Tersedia dalam lima pilihan warna menarik, warna Putih Porselin menawarkan gaya yang bersih dan cerah yang sesuai dipadankan di mana-mana ruang dapur, manakala warna Kelabu Grafit menambahkan sentuhan moden dengan tona neutral yang versatil. Warna Hijau Pudina membawakan sentuhan yang menyegarkan, manakala warna Merah Jambu memancarkan kemesraan dan keceriaan, menjadikan mana-mana ruang lebih mengalu-alukan. Buat mereka yang mahukan sentuhan ketenangan, warna Biru Langit memberi daya tarikan yang dingin serta klasik yang sempurna untuk sebarang hiasan.

Di samping reka bentuknya yang menarik perhatian, Coway NeoN dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif yang direka bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Sistem penapisan air Coway Nanotrap ™ yang dinaik taraf menjamin air minuman yang lebih bersih serta selamat dengan saiz membran yang lebih besar untuk meningkatkan keberkesanan penapisan air. Penapis canggih ini berkesan dalam menyingkirkan logam berat seperti merkuri, plumbum, besi dan aluminium, serta virus dan bakteria berbahaya, termasuk norovirus dan E.coli. Selain itu, Penapis Coway Plus

Inno-Sense menghapuskan bahan berbau, sisa-sisa klorin, pencemar terlarut dan banyak lagi, menghasilkan air yang lebih enak untuk rutin minum harian anda.

Warnai Kediaman Anda dengan Pilihan Warna Ceria Coway NeoN

Kemudahan adalah ciri utama Coway NeoN, yang dilengkapi dengan satu sentuhan isipadu serta suhu pra-tetapan untuk akses segera kepada air panas, sejuk atau suhu bilik. Para pengguna boleh memilih daripada isipadu pra-tetapan 250ml atau 500ml, atau jumlah air yang diingini dengan tetapan pintar My Cup, memastikan jumlah air pada suhu pilihan mereka tersedia hanya dengan satu sentuhan.

Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia berkongsi, “Direka khas untuk mereka yang menghargai kefungsian serta gaya, Coway NeoN menawarkan penyelesaian yang bergaya dan berpatutan yang sesuai dengan gaya hidup anda. Kami percaya sebuah kediaman harus mencerminkan keperibadian pemiliknya. Dengan pilihan warna ceria Coway NeoN, kami mengubah cara penulen air boleh menjadi sebahagian daripada keperibadian tersebut, membolehkan rakyat Malaysia mencipta ruang hidup yang diperibadikan unik buat mereka.”

Coway NeoN juga  dikenali sebagai pilihan yang berpatutan, menjadikannya mampu milik buat rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia menawarkan sokongan penyelenggaraan yang fleksibel, membolehkan pelanggan memilih antara Heart Service di mana kakitangan Coway yang prihatin menyediakan penyelenggaraan profesional berkala di lokasi atau servis sendiri (Self Service)yang sesuai untuk mereka yang mengutamakan privasi atau mempunyai gaya hidup yang sibuk. Dengan Coway NeoN, pelanggan dapat menikmati air yang menyegarkan dalam pilihan warna yang menawan tanpa berbelanja besar, sambil menggabungkan gaya dan manfaat dalam setiap hirupan.

Merupakan rangkaian pertama dalam barisan penulen air Coway Malaysia yang menampilkan pelbagai pilihan warna, Coway NeoN menetapkan standard yang berani dalam menggabungkan ekspresi yang berwarna-warni dengan kefungsian. Dengan saiz yang kompak dan reka bentuk yang anggun, ia menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan personaliti unik dan gaya peribadi mereka yang tersendiri, merubah produk dengan fungsi untuk mencerminkan keperibadian masing-masing. Untuk maklumat lanjut mengenai penulen air Coway NeoN, sila layari  www.coway.com.my/neon.

© 2024 BlackButterfly DesignArts