100 gerai, permainan, persembahan menarik, dan banyak lagi di “Bersama Satu Bazaar”
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2024 – Hari Merdeka akan disambut tidak lama lagi dan rakyat Malaysia boleh menantikan satu acara yang sangat menarik dari peruncit kesayangan Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.].
MR D.I.Y. menjemput rakyat Malaysia ke bazar Merdeka pertamanya – ‘Bersama Satu Bazaar’ – di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil dari 30 Ogos hingga 1 September 2024, untuk meraikan Hari Merdeka yang ke-67 nanti.
Bazar ini menampilkan lebih daripada 100 gerai yang menghidangkan makanan dan produk popular Malaysia, serta gerai yang menampilkan rangkaian produk MR D.I.Y. daripada jenama-jenama di bawah naungannya – MR D.I.Y., MR. TOY, EMTOP, dan MR. DOLLAR. Antara pilihan makanan yang tersedia termasuklah nasi lemak, laksa, burger, mi, snek, pencuci mulut, dan minuman menyegarkan, serta aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik, dan kraftangan.
Acara selama tiga hari ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai permainan dan bengkel kreatif yang menyeronokkan, hasil karya seni tempatan, serta persembahan kebudayaan dan kontemporari. Acara kemuncak adalah persembahan secara langsung lagu patriotik ‘Bersama Satu Suara’ oleh selebriti Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby pada 31 Ogos 2024 mulai jam 8:30 malam.
Mengulas mengenai inisiatif ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Ini adalah bazar Merdeka pertama MR D.I.Y., dan kami sangat teruja untuk menjemput semua orang memeriahkannya. Acara selama tiga hari ini akan meraikan kebanggaan, perpaduan, dan kegembiraan kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan mengumpulkan perniagaan, usahawan, persembahan budaya dan kontemporari serta artis, kami meraikan kepelbagaian dan warisan budaya yang kaya di tanah air kita ini. Kami berbangga menjadi jenama Malaysia yang asli dan salah satu peruncit terbesar di negara ini; ini adalah salah satu cara kami merayakan identiti Malaysia yang sebenar.”
“Bazar ini akan menjadi tempat di mana rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dapat berkumpul untuk makan, membeli-belah, bermain permainan, dan menikmati hiburan Malaysia sambil menyokong perniagaan, usahawan, dan bakat tempatan. Kami teruja untuk meraikan acara ini bersama pelanggan kami, dan saya menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam bazaar yang bersejarah dan bermakna ini yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia,” kata Alex.
Untuk memeriahkan lagi acara ini, MR D.I.Y. akan memberikan beg tote percuma kepada 1,000 pelawat pertama setiap hari apabila mereka melengkapkan cabaran Pasport Bazaar, satu inisiatif inovatif untuk membantu pelawat menikmati segala yang ditawarkan di bazar tersebut. Selain itu, pelawat juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM12,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Bersama Satu Bazaar’ MR D.I.Y. yang akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September 2024, layari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-bersama-satu-bazaar-2024.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, dan TikTok.