VITAGEN dan Universiti Kebangsaan Malaysia Meterai Kerjasama Strategik Dengan Pelantikan Prof. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar Sebagai Penasihat Perubatan

VITAGEN dan Universiti Kebangsaan Malaysia Meterai Kerjasama Strategik Dengan Pelantikan Prof. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar Sebagai Penasihat Perubatan

Kuala Lumpur, 6 November 2024 – VITAGEN, jenama susu kultur terkemuka di Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama terobosan yang dijalin dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Kerjasama strategik ini menyaksikan pelantikan Profesor Dr. Norfilza Mohd Mokhtar, seorang pelopor dalam bidang penyelidikan gastroenterologi dan perubatan genom, sebagai Penasihat Perubatan rasmi VITAGEN. Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara VITAGEN dan UKM, tetapi ia juga menetapkan penanda aras baharu dalam bidang penyelidikan kesihatan usus dan advokasi kesihatan awam di Malaysia.

Kerjasama ini terbina berdasarkan penyelidikan berkualiti tinggi yang dijalankan di UKM, diterajui bersama oleh Prof. Dr. Norfilza dan Prof Dr. Raja Affendi Raja Ali. Kajian perintis mereka yang diterbitkan dalam jurnal tersohor termasuk Frontiers in Psychology, Gut, Nutrients, dan Acta Gastro-Enterologica Belgica, mendemonstrasikan kepentingan paksi usus-otak serta bagaimana minuman susu kultur yang mengandungi lactobacillus boleh menambah baik kesihatan usus, meningkatkan imuniti, dan menangani simptom-simptom kemurungan bagi individu yang mengalami sindrom usus rengsa (Irritable bowel syndrome (IBS)). Baru-baru ini, penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports oleh Springer Nature terus memperlihatkan potensi probiotik dalam menambah baik kesihatan mental selain menangani stres dalam kalangan penghidap IBS.

Pengiktirafan Prof. Dr. Norfilza sebagai Tokoh Penyelidik Tahun 2024 baru-baru ini membuktikan sumbangan besar beliau dalam bidang penyelidikan perubatan. Kepakaran dan kerja perintis beliau di Fakulti Perubatan UKM kini dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan komitmen VITAGEN dalam mengintegrasikan pandangan saintifik terkini ke dalam produk dan inisiatif kesihatan mereka, dengan matlamat untuk meningkatkan kesihatan usus dan kesejahteraan umum para pengguna mereka.

Prof. Dr. Norfilza berkata, “Saya berasa amat teruja untuk berganding bahu dengan VITAGEN, jenama yang sinonim dengan kualiti dan inovasi. Pelantikan saya sebagai Penasihat Perubatan VITAGEN membuka peluang menarik untuk menjalinkan hubungan antara penyelidikan terkini dengan penyelesaian kesihatan yang praktikal. Kerjasama ini menawarkan platform yang unik untuk menterjemahkan penyelidikan terkini kami kepada penyelesaian praktikal yang dapat memberi manfaat kepada jutaan orang. Saya bersemangat untuk berkolaborasi secara rapat dengan rakan penyelidik saya dari Kumpulan Penyelidikan GUT UKM untuk menterjemahkan penyelidikan kami kepada sesuatu yang bermakna untuk para pengguna.”

MoU ini memperlihatkan kolaborasi strategik yang lebih luas antara VITAGEN dan UKM, yang memfokuskan kepada penyelidikan bersama, kempen kesihatan awam, dan perundingan pakar. Perkongsian ini akan memacu penyelidikan inovatif melibatkan probiotik dan kesihatan usus, menyokong inisiatif bagi kesedaran awam, dan melibatkan diri dalam program khidmat masyarakat untuk mempromosikan kesihatan pencernaan yang lebih baik.

En. Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN, menyatakan, “Pelantikan Prof. Dr. Norfilza membuktikan komitmen kami terhadap kecemerlangan saintifik dan juga inovasi. Kepakaran beliau yang tinggi akan memberi sumbangan yang besar dalam menambah baik produk yang kami tawarkan serta memperkukuhkan lagi kedudukan VITAGEN sebagai peneraju dalam pasaran. Kami teruja untuk menerokai lebih banyak inovasi menerusi usaha sama ini.”

Melalui kerjasama ini juga, VITAGEN sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai peneraju dalam inovasi kesihatan usus. Dengan memanfaatkan kepakaran Prof. Dr. Norfilza, VITAGEN berhasrat bukan sahaja untuk mengekalkan tetapi juga memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran dengan menawarkan produk yang dipercayai dan disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, bagi memastikan keberkesanan minuman kultur ini.

Yap Jay Queen, Ketua Pemasaran bagi Cotra Enterprises, berkata, “Kerjasama dengan Prof. Dr. Norfilza dan UKM ini merupakan detik penting bagi VITAGEN. Ia membolehkan kami meningkatkan penglibatan dengan pengguna dengan cara mengintegrasikan penyelidikan terkini ke dalam produk kami. Dengan memanfaatkan penemuan saintifik ini, kami bukan sahaja akan meningkatkan kedudukan kami dalam pasaran untuk kekal relevan, tetapi juga memacu misi kami ke hadapan dalam usaha untuk menawarkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada para pengguna.”

VITAGEN kekal komited untuk misinya untuk mempromosi kesihatan usus. Sebagai sebahagian daripada usaha ini,  syarikat akan terus mendidik dan memperkasa orang ramai untuk menjaga kesihatan usus mereka. Layari www.vitagen.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan mulakan perjalanan anda ke arah usus yang lebih sihat hari ini.

© 2024 BlackButterfly DesignArts