Vinod Sekhar Foundation Sumbang Rm 200,000 Sebagai Tanda Sokongan Untuk Individu Yang Terlibat Dalam Bantuan Covid-19

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2020 – _Vinod Sekhar Foundation mengumumkan bahawa organisasi ini akan menyumbang RM200,000 untuk terus membantu kerja-kerja kebajikan yang diusahakan oleh sekumpulan individu yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula daripada Mac hingga Jun.

Datuk (Dr) Vinod Sekhar, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRA Group mengumumkan ketika majlis makan malam penghargaan yang diadakan di Cinchetti Restaurant and Wine Bar baru-baru ini kepada tujuh individu yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi kerja-kerja amal semasa tempoh PKP COVID-19. Yayasan ini juga telah menyumbang lebih RM 100,000 kepada individu-individu ini sejak Mac tahun ini.

“Ketika kebanyakan rakyat Malaysia berlindung di rumah, kumpulan individu ini mempertaruhkan nyawa mereka dan keluar bagi membantu mereka yang berada dalam kesulitan. Ini merupakan bukti semangat muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kehebatan itu bukanlah sesuatu yang anda mampu capai atau miliki tetapi apa yang anda boleh berikan. Apa yang telah dikorbankan individu-individu ini, telah membantu hidup ramai orang yang terus terkesan akibat COVID-19. Saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana telah memberi peluang kepada Vinod Sekhar Foundation untuk turut menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan mereka,” kata Datuk Vinod.

Semasa majlis berlangsung, tujuh individu yang diraikan itu telah dianugerahkan sijil penghargaan daripada Yayasan. Penerima-penerima yang berpusat di Kuala Lumpur adalah:

1. Sheila Phillip, For Goodness Cakes

2. Subhasree Vairamuthu, penyumbang bebas

3. Soh Sook Hwa, penyumbang bebas

4. Vinodt Apparao, Pusat Jagaan Kanak-Kanak WP & Pusat Kebajikan Warga Tua Wilayah Perseketuan

5. Hanim Seymore, Buku Jalanan Chow Kit

6. Siti Rahayu Bahrin, Buku Jalanan Chow Kit

7. Shankar Shanthiram, The Fire Grill

Vinod Sekhar Foundation akan terus membantu individu yang terlibat dengan kerja-kerja amal dan program yang dikendalikan mereka dengan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM 200,000 bermula dari Ogos sehingga Disember.

David Hashim, Pengasas dan Presiden Kumpulan VERITAS Design Group, berikrar untuk menyumbang sebanyak RM 20,000 kepada Vinod Sekhar Foundation bagi tujuan inisiatif ini. Inisiatif ini akan diuruskan Patrick Teoh, penyiar radio veteran dan pelakon, serta Hans Isaac, pelakon TV dan filem terkenal.

“Putus harapan, kegusaran dan pandemik ini tidak mengenal bangsa, agama dan fahaman politik. Tujuh individu ini telah memberi harapan kepada orang lain ketika mereka sudah hampir berputus asa. Individu-individu ini telah membuktikan walaupun berbeza latar belakang, mereka mampu menaikkan semula semangat orang yang telah putus harapan. Ini merupakan nilai murni yang paling kuat di dunia. Ini juga memberi inspirasi kepada kita yang berkemampuan ini untuk berbuat dengan

lebih baik. Usaha murni ini tidak seharusnya berakhir di sini dan kita akan terus menyokong golongan yang memerlukan,” kata Datuk Vinod.

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN SUMBANGAN KEPADA PENERIMA: 

Sheila Phillip, For Goodness Cakes, TTDI 

Sheila Phillip, pengasas For Goodness Cakes Café, ketika mengimbau pengalaman menyediakan lebih kurang 9000 hidangan semasa PKP, “Di penghujung bulan Mac, saya terserempak dengan dua orang lelaki dalam perjalanan mereka ke farmasi berdekatan dengan sisi jalan. Mereka memberhentikan saya dan bertanya jika saya dapat membantu mereka kerana sudah 3 hari tidak makan.” 

“Saya mempelawa mereka untuk bersama ke kafe, berikan mereka makanan dan kongsikannya di dalam Facebook. Saya mendapat puluhan ribu tatapan dan ramai yang menyatakan hasrat mahu menderma. Ketika saya hampir mahu berhenti kerana kekurangan dana, Vinod Sekhar Foundation tampil ke hadapan. Mereka memberikan kami wang yang cukup bukan sahaja untuk beberapa minggu malah untuk beberapa bulan,” katanya. 

Vinodt Apparao, Pusat Jagaan Kanak-kanak WP & Pusat Kebajikan Warga Tua Wilayah Persekutuan 

Vinodt Apparao dan isterinya Bawani telah menguruskan Pusat Jagaan Kanak-Kanak WP and Pusat Kebajikan Warga Tua Wilayah Perseketuan di Kepong selama 23 tahun. 

“Semasa PKP, kami menghadapi pelbagai cabaran terutamanya berkenaan barang-barang keperluan kerana kami tidak menerima sebarang sumbangan. Kami berasa amat lega selepas menerima bantuan dari Vinod Sekhar Foundation untuk meringankan beban. Pada Ketika ini, saya juga telah membantu menguruskan dua program derma darah dan memberi bantuan kepada warga rumah pangsa kerajaan,” kata Vinodt. 

Siti Rahayu Bahrin and Hanim Seymore, Buku Jalanan Chow Kit 

Buku Jalanan Chow Kit – merupakan sebuah inisiatif yang bermatlamat untuk memberikan pendidikan kepada warga yang tidak mempunyai kewarganegaraan dan kanak-kanak B40 di sekitar Kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur untuk mengelakkan mereka terjebak dengan gejala sosial dan mengintegrasikan mereka kembali ke dalam masyarakat. 

“Semasa PKP, kami mengubahsuai kawasan tersebut menjadi sebuah gudang dan pusat pengumpulan barang di mana kami menyediakan barang keperluan untuk keluarga yang memerlukan, serta memasak serta menyediakan makanan kepada 93 orang kanak-kanak di bawah inisiatif kami. Sewaktu Hari Raya Aidilfitri, kami memuatnaik di media sosial yang kami memerlukan RM12,000 untuk meneruskan kegiatan kami. Vinod Sekhar Foundation telah tampil menyumbangkan jumlah wang tersebut,” kata Siti Rahayu atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rahayu, pengasas bersama Buku Jalanan Chow Kit. 

Soh Sook Hwa & Subhasree Vairamuthu, penyumbang persendirian 

Pendatang asing dan pelarian adalah antara komuniti yang paling terkesan semasa PKP. Kebanyakan mereka kehilangan pekerjaan serta tinggal di Kawasan Zon Merah dengan kawalan keselamatan ketat serta perintah berkurung. Penyunting buku kanak-kanak, Soh Sook Hwa dan pelakon wanita Malaysia, Subashree Vairamuthu memberikan sumbangan dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. 

“Saya telah terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan dengan pelbagai badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini. Oleh sebab itu, ia telah membiasakan saya dengan komuniti tersebut. Komuniti pelarian dan pendatang asing telah terkesan teruk kerana kebanyakan mereka kehilangan pekerjaan semasa PKP. Semasa saya dan sahabat saya mencari dana, Vinod Sekhar Foundation telah tampil memberikan sumbangan untuk inisiatif kami. Kami mampu membantu 120 keluarga termasuk pelarian Somali di Gombak, pekerja pendatang asing Bangladesh dan India, termasuk pelarian warga Burma di Serdang. Ia mengambil sedikit masa untuk komuniti ini untuk pulih tetapi kami percaya usaha ini akan dapat memberikan faedah jangka panjang,” kata Soh. 

“Setiap kali saya membantu orang yang memerlukan, saya selalu merasa yang saya perlu melakukan lebih lagi. Semasa PKP, sebuah keluarga Pakistan yang pernah saya bantu dua tahun lepas, telah menghubungi saya kerana mereka dan 19 keluarga lain memerlukan bantuan kewangan. Dengan jumlah keluarga sebanyak itu, saya tidak pasti apa yang dapat saya lakukan, maka saya bermula dengan mencari dana melalu sebuah video yang saya paparkan dalam media sosial. Dengan dana awam, saya telah mampu membantu 120 buah keluarga termasuk pekerja warga asing, pelarian dan warga Malaysia. Semasa saya ketandusan sumber kewangan serta hampir mengalah, Vinod Sekhar Foundation telah membantu. Dengan sumbangan mereka, saya telah berjaya membantu 250 buah keluarga setakat ini,” kata Subhasree.

© 2023 BlackButterfly DesignArts