Vietjet meraih gelaran 10 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia 2022

Kuala Lumpur, 18 Julai 2022 – Vietjet mencapai prestasi yang cemerlang dalam enam bulan pertama tahun 2022 ini dan terbukti Vietjet sebagai sebuah syarikat penerbangan kos rendah yang terbaik dalam industri, dengan penganugerahan Syarikat Penerbangan Nilai Terbaik Tahun 2022 (Value Airline of the Year) daripada AirlineRatings, sebuah laman web penilaian keselamatan dan produk penerbangan yang terkenal di dunia. Vietjet juga telah disenaraikan antara10 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik 2022 oleh AirlineRatings.

Sebagai bukti kepada kejayaan syarikat ini dan reputasinya yang mantap dari segi keselamatan, Vietjet telah mengekalkan penarafan tujuh bintang yang dianugerahkan oleh AirlineRatings untuk tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2018, satu pengiktirafan tertinggi dalam keselamatan udara di dunia. Vietjet juga telah meraih gelaran Syarikat Penerbangan Kos Rendah Paling Selamat di Dunia (World’s Top 10 Safest Low-Cost Airlines) bagi tahun 2022 melalui perbandingan dengan 385 buah syarikat penerbangan lain di dunia.

Anugerah-anugerah tersebut mengiktiraf Vietjet dalam rangkaian penerbangannya yang luas, tambang yang murah, strategi promosi unik, kepelbagaian perkhidmatan serta kepelbagaian pilihan yang mengikut citarasa peribadi pelanggan, sama ada bagi mereka yang menjalani kehidupan yang sibuk, yang mementingkankesempurnaan, atau yang lebih santai.

Vietjet meraih gelaran 10 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia 2022

“Vietjet mendapat sanjungan ke atas strateginya yang mengutamakan pelanggan dalam usaha meluaskan rangkaian penerbangan yang berterusan, penawaran pelbagai pilihan jadual penerbangan dan sentiasa berusaha untuk mengatasi para saingannya. Syarikat tersebut turut diiktiraf atas pelaburannya untuk memperoleh armada pesawat baharu dan moden, pelaksanaan teknologi baharu, peningkatan perkhidmatan pra serta dalam penerbangan yang diuruskan dan disediakan dengan unik bagi memenuhi tuntutan pelanggan yang sentiasa berubah,” kata Geoffrey Thomas, Ketua Pengarang AirlineRatings.

Selain daripada Vietjet, syarikat penerbangan kos rendah lain yang disenaraikan antara 10 Terbaik AirlineRatings termasuk Ryanair, Fly Dubai, Southwest dan EasyJet. Syarikat-syarikat ini telah dinilai berdasarkan kecemerlangan prestasi dan sumbangan penerbangan syarikat tersebut dalam usaha menawarkan kadar tambang udara lebih mampu dibeli di fasa pemulihan pasca-pandemik Covid-19.

Semua penilaian oleh AirlineRatings dilaksanakan berdasarkan ciri keselamatan, produk dalam penerbangan serta pematuhan SOP COVID-19 yang merangkumi 385 syarikat penerbangan dari serata dunia, dengan menggunakan sistem penilaian tujuh bintang yang unik. Ia telah digunakan oleh jutaan pelanggan dari 195 negara dan telah menjadi standard bagi industri penerbangan dalam penilaian keselamatan, produk dan COVID-19.

© 2023 BlackButterfly DesignArts