Mengapa kesihatan usus penting untuk kebahagiaan anda?
Mungkin anda pernah mendengar tentang kepentingan kesihatan usus untuk tubuh kita – dari melindungi badan daripada penyakit hingga membantu tubuh menyerap nutrien. Tetapi tahukah anda, ia juga memainkan peranan penting untuk kesihatan minda? Jutaan bakteria dalam usus kita berperanan dalam menentukan mood atau perasaan seseorang. Usus kita mengandungi satu ekosistem yang kompleks dikenali sebagai mikrobiota usus, yang menghasilkan sebahagian besar serotonin, hormon yang membuatkan kita gembira. Ini bermakna apabila usus kita sihat dengan nutrien yang baik, mood atau perasaan kita turut gembira. Jadi, tidak menghairankan jika perasaan lapar seringkali membawa perasaan marah, yang kita sebut “hangry”!
Hubungan Antara Usus dan Otak
Kesihatan usus dan kesihatan minda kita berkait rapat melalui apa yang dipanggil paksi usus-otak– satu saluran komunikasi antara sistem pencernaan dan otak. “Usus kita juga dikenali sebagai “otak kedua” kerana ia mempunyai jutaan bakteria yang bekerja sama dengan otak. Usus kita menggunakan sistem saraf yang sama dengan otak untuk membantu mencerna makanan dan memberi isyarat ke otak bila ada yang tidak kena,” kata Cynthia Jetan yang merupakan pakar pemakanan bertauliah daripada LAC Malaysia.
Sistem antara usus dan otak membolehkan komunikasi berterusan, termasuk sistem saraf, sistem pertahanan badan, dan sistem endokrin. Sistem terakhir ini adalah penting untuk kesihatan minda kita, di mana mikrobiota usus kita membantu dalam penghasilan neurotransmitter penting. Misalnya, mereka membantu penghasilan serotonin, neurotransmitter yang membantu mengawal mood, selera makan, dan tidur kita. Begitu juga dengan asid gamma-aminobutyric (GABA), sejenis neurotransmitter yang membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan kecemasan. Kemudian, ada dopamin, neurotransmitter yang kebiasaannya dikaitkan dengan keseronokan – sebahagian daripadanya juga dihasilkan di dalam usus kita.
Memastikan Keseimbangan!
Kehidupan bergantung pada keseimbangan, dan kesihatan usus anda tidak terkecuali. Ketidakseimbangan dalam komposisi bakteria usus anda, boleh mengganggu penghasilan neurotransmitter penting yang berpotensi menyumbang kepada gangguan mood seperti kegelisahan dan kemurungan. Pernahkah anda merasakan perasaan berdebar-debar di perut ketika berasa gugup? Itu adalah usus anda memberi isyarat kepada otak anda, menunjukkan hubungan yang mendalam antara kesihatan usus dan kesejahteraan mental.
Apabila seseorang itu mengabaikan kesihatan usus mereka, ia menyebabkan ketidakseimbangan, sekali gus mengakibatkan usus anda gagal menghasilkan neurotransmitter penting. “Ketidakseimbangan mikrob usus mengakibatkan tahap serotonin dan dopamine yang rendah dalam sistem anda. Dengan lebih banyak bakteria buruk daripada baik dalam usus, ia juga boleh menyebabkan keradangan, mengganggu komunikasi antara usus dan otak anda. Keradangan melepaskan bahan kimia yang mempengaruhi fungsi otak, termasuk pengawalan mood.
“Paksi usus-otak menghasilkan simptom-simptom ini. Apabila kita berasa gelisah, takut, teruja, atau gugup, kita rasakan dahulu di dalam perut kita. Itulah sebabnya ada pepatah yang menggambarkan bahawa kita boleh rasakan sesuatu akan berlaku mengikut rasa di perut. Paksi usus-otak berfungsi dua hala. Apabila kita stres dan gelisah, otak menghantar isyarat ke usus. Kemudian, seseorang itu akan mengalami tekanan pencernaan seperti masalah perut, mual, dan sembelit. Dan apabila kita mengalami tekanan pencernaan, usus kita menghantar isyarat kepada otak. Ini akan mempengaruhi mood di mana seseorang itu akan berasa gelisah dan tertekan,” jelas Cynthia.
Resepi Untuk Usus Yang ‘Gembira’
Berita baiknya, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk menyokong kesihatan usus anda dan meningkatkan kesejahteraan mental anda. Dengan beberapa minggu penjagaan usus yang teliti dengan makanan yang kaya probiotik dan tambahan makanan tambahan ke dalam rutin harian anda serta perubahan gaya hidup, mikrobiota usus anda akan memberi reaksi positif.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan usus anda tempat yang lebih gembira:
#1 – Makan makanan yang kaya antioksidan
Buah beri, sayur kale, dan telur – semua ini tidak hanya menyokong usus anda tetapi juga menyumbang kepada perasaan hati yang gembira. Makanan-makan ini juga berfungsi dengan mengurangkan tekanan oksidatif di dalam usus anda. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi sifat melawan penyakit yang membantu mengurangkan keradangan usus. Buah beri terutamanya kaya dengan prebiotik– mampu menjaga dinding usus, meningkatkan penyerapan nutrien, dan memberikan perlindungan dari toksin tertentu.
#2 – Makan makanan kaya serat
Makanan kaya serat memberi makan bakteria baik jadi buat sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin penuh menjadi sebahagian daripada pengambilan harian anda. Sebagai balasan atas penyediaan makanan yang baik, mikrobiota usus anda akan memberi kembali dengan menghasilkan pesanan yang membantu menguruskan keradangan, menyokong kesihatan penghalang usus anda, mensintesis vitamin, dan membekalkan tubuh anda dengan banyak serotonin gembira!
Anda juga boleh mempertimbangkan makanan yang difermentasikan untuk menggalakkan pertumbuhan mikrob yang sihat. Yogurt, kimchi, tempe, kombucha – ini mengandungi mikrob sihat yang baik untuk usus anda. Sementara anda berada di situ, kurangkan makanan proses dan fast food. Kurangkan pengambilan gula tinggi dan juga alkohol.
#3 – Makan dengan penuh perhatian
Jangan tergesa-gesa waktu makan! Dengan memperlambatkan waktu makan anda, anda membenarkan usus anda berfungsi dengan betul dan juga mencipta ruang pemulihan di mana tubuh anda bertukar ke mod rehat dan mencerna. Ini juga membantu mengurangkan gejala seperti kembung dan gas refluks– yakni perkara yang tidak diingini untuk berlaku pada usus anda.
#4 – Kurangkan tahap stres anda
Stres sering menjadi bahagian tidak dapat dielakkan dari kehidupan seharian– terutamanya apabila menyeimbangkan beberapa tugas sekaligus. Walaupun stres kadang-kadang dapat membantu meningkatkan perhatian dan ketelitian, stres kronik boleh mengganggu keseimbangan bakteria usus, menyebabkan peningkatan bakteria buruk dan penurunan bakteria baik.
Untuk menguruskan stres dengan lebih baik, cuba pernafasan dalam perut untuk meningkatkan kesedaran. Ini boleh membantu mengurangkan stres iaitu pemicu besar bagi individu dengan masalah usus. Menarik nafas dengan dalam selama satu hingga lima saat dalam kiraan satu hingga lima dan tahan selama lima saat sebelum bernafas keluar selama lima saat.
Ingat untuk berehat, terutama jika anda mengalami hari yang sukar. Senaman secara berkala dan tidur yang berkualiti juga akan menjaga usus dan otak anda dalam harmoni yang sempurna.
#5 Ambil suplemen prebiotik dan probiotik
Fikirkan ini sebagai pelaburan dalam kebahagiaan usus anda! Prebiotik adalah seperti serat makanan yang memberi makan kepada bakteria baik dalam usus anda, manakala probiotik pula merupakan mikroorganisma hidup, membantu mengekalkan mikrobiota usus yang sihat.
“Probiotik membantu mengembalikan keseimbangan bakteria baik versus buruk. Ia juga membantu memecahkan makanan, meningkatkan penyerapan nutrien, dan mengatur pergerakan usus untuk pencernaan yang lebih baik. Ia juga telah terbukti mengurangkan gejala gangguan pencernaan seperti sindrom usus yang sensitif (IBS), penyakit usus inflamasi (IBD), cirit-birit, dan sembelit. Pada masa yang sama, probiotik membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat yang akan menghalang pertumbuhan patogen berbahaya dalam usus. Ini pula membina kekebalan lebih kuat.
“Probiotik memberi faedah untuk meningkatkan kesihatan usus dan kesejahteraan, dan ia terutamanya baik untuk mereka yang mempunyai keadaan tertentu seperti masalah pencernaan, pengambilan antibiotik, mempunyai gangguan imun serta alergi, dan juga faktor gaya hidup lain yang mungkin menyebabkan ketidakseimbangan seperti diet buruk, stres kronik, merokok atau pengambilan alkohol,” tambah Cynthia.
Untuk memilih probiotik yang betul, Cynthia mencadangkan untuk mengenal pasti keperluan anda sama ada untuk penyelenggaraan atau untuk menangani isu tertentu. Banyak suplemen probiotik mengandungi strain yang biasa seperti lactobacillus dan bifidobacterium, dan garis panduan umumnya adalah untuk mengambil antara satu bilion hingga 30 bilion unit pembentukan koloni (CFUs) setiap hari.
“Walau bagaimanapun, dengan peningkatan usia, komposisi bakteria usus juga berubah, menyebabkan pengurangan dalam bilangan bakteria usus yang bermanfaat. Itulah sebabnya disyorkan untuk mempertimbangkan suplemen probiotik yang mengandungi pelbagai strain
yang disesuaikan dengan keperluan individu untuk menerima jumlah bakteria yang mesra bagi usus,” kata Cynthia.
LAC menawarkan pelbagai probiotik yang mengandungi pelbagai strain– bermula dari 6 hingga 14 strain, dengan CFUs sehingga 100 bilion. Ini memberi individu pelbagai pilihan yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan mereka. Tambahan pula, Probiotik LAC adalah bebas peti sejuk dan menawarkan kekuatan yang dijamin sehingga tarikh luput, memastikan kestabilan suhu dan memberikan probiotik yang efektif. Pilihan seperti Kompleks Probiotik LAC 25 Bilion CFUs menawarkan 25 bilion CFUs probiotik aktif setiap hidangan, termasuk enam strain yang terkenal efektif dalam mengekalkan kesihatan usus dan imun yang baik. Ia juga diperkayakan dengan ragi terfermentasi dan esen buah zaitun, serta maltodekstrin yang tidak boleh dicerna bertindak sebagai prebiotik untuk membantu perkembangan bakteria baik dalam salur usus anda. Satu paket dengan makanan setiap hari akan membantu mengurangkan ketidakselesaan pencernaan, menyokong pengisian semula bakteria baik, meningkatkan penyerapan nutrien, dan menguatkan imuniti anda untuk mencegah anda jatuh sakit dengan jangkitan biasa.
Apabila mempertimbangkan suplemen probiotik, anda perlulah bijak untuk berunding dengan doktor/pakar terlebih dahulu– terutamanya untuk menentukan strain probiotik paling bermanfaat untuk anda.
Dengan merawat usus, anda boleh menyokong mikrobiota usus yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan mental optimum. Ingat ya, usus yang gembira membawa kepada fikiran lebih ceria, jadi utamakan kesihatan usus anda hari ini untuk masa depan lebih cerah.
Listicle ini dikaitkan dengan Cynthia Jetan, seorang pakar pemakanan bertauliah daripada LAC Malaysia.