Usaha Grab Untuk Membantu Penjaja Medan Selera Dan Peniaga Barangan Pasar Terus Kekal Melalui Digitalisasi

  • ‘Food Courts by GrabFood’ menawarkan pelbagai pilihan makanan kegemaran medan selera dengan hanya satu bayaran penghantaran.
  • ‘Pasar by GrabMart’ diperluas ke Kota Kinabalu dengan menyediakan akses mudah untuk produk segar.
  • Grab memperluas model ‘mix & match’ untuk menghasilkan permintaan lebih tinggi bagi perniagaan tradisional sambil mendorong kemampuan para pengguna.

PETALING JAYA, 29 SEPTEMBER 2020 – Walaupun Malaysia menuju ke arah pemulihan ekonomi secara perlahan-lahan, tidak dapat dinafikan masih terdapat komuniti di seluruh negara yang mengalami kesulitan untuk mengatasi kesan pandemik dan tempoh kawalan pergerakan ke atas mereka. Ini terutamanya untuk perniagaan kecil dan tradisional yang tidak mempunyai peluang untuk terus kekal sendiri dan masih mengalami penurunan dalam kedatangan jumlah pelanggan akibat keterbatasan kapasiti.

Oleh itu, sebagai peneraju dan penyokong ekonomi digital, Grab memperkenalkan ‘Food Courts by GrabFood’ dan memperluaskan ‘Pasar by GrabMart’ ke beberapa bandar lain, untuk membantu peniaga tradisional mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan mengembangkan perniagaan mereka di samping menyediakan pelbagai pilihan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia ketika iklim ekonomi kini.

Usaha ini akan membantu digitalisasi dan meningkatkan penjualan untuk lebih banyak perniagaan kecil dan tradisional di seluruh negara. Di samping itu, ini juga akan membantu Grab untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara dengan pelbagai makanan tempatan yang lebih berpatutan.

“Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga akhir tahun ini, ianya ketara bagi organisasi di sektor awam dan swasta untuk membantu mereka yang sedang bergelut untuk kembali pulih. Medan selera dan pasar tradisional merupakan sebahagian besar daripada masyarakat kita yang menjadikan budaya kita yang unik dan walaupun sekatan pergerakan telah dilonggarkan, ramai perniagaan kecil masih terkesan dan mengalami kerugian dalam kedatangan pelanggan dan mata pencarian mereka. Inilah sebabnya kami menumpukan usaha kami untuk mewujudkan platform inklusif yang boleh digunakan oleh perniagaan tradisional bagi meningkatkan jualan mereka dalam keadaan normal baharu. Dengan rangkaian penghantaran yang boleh dipercayai dan komuniti pengguna yang besar di seluruh negara, kami berharap dapat memainkan peranan dalam membantu melestarikan budaya Malaysia yang dekat di hati kami,” kata Sean Goh Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Menjana permintaan untuk perniagaan kecil dan tradisional.

Ciri ‘Mix & Match’ Grab dibangunkan oleh jurutera-jurutera teknologinya supaya pengguna dapat membuat pesanan dari beberapa gerai dengan bayaran penghantaran sekali sahaja. Ciri ini diperkenalkan ketika tempoh Kawalan Pergerakan dengan inisiatif seperti ‘Pasar by GrabMart’ dan juga ‘Grab e-Kitchen Bazar’ yang menyaksikan lebih daripada 66,000 pesanan yang dipenuhi oleh 133 vendor semasa bulan Ramadan.

Dalam usaha untuk membantu lebih banyak perniagaan tradisional di seluruh negara, Grab telah memperluas ciri ini dengan penjaja makanan di medan selera. Dengan ‘Food Courts’ by GrabFood, pelanggan kini boleh memesan daripada beberapa vendor yang berbeza di satu medan selera dan membayar hanya sekali bayaran penghantaran.  Ini membolehkan para pengguna menyokong kedai makanan tempatan dengan harga yang berpatutan di samping masih mengamalkan penjarakan sosial. Kini, perkhidmatan ini terdapat di medan selera di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Ipoh.

Pada bulan pertama ‘Pasar’ dilancarkan di Pasar TTDI, vendor yang menyertainya mendapat kenaikan purata dalam pesanan harian sebanyak 20%. Oleh itu, Grab memperluas perkhidmatan ‘Pasar’, berikutan kejayaannya di Lembah Klang dan Chowrasta (Pulau Pinang) ke Kota Kinabalu bermula dengan Pemborong Sayur 333. Di samping itu, pengguna Pulau Pinang kini dapat mencari beberapa pasar lain di GrabMart, iaitu, Pasar Batu Lanchang dan Pasar Bayan Baru, dengan Pasar Seberang Jaya dan Pasar Bagan Ajam akan tersedia di GrabMart pada awal Oktober ini.

“Selain membantu perniagaan tradisional memperluas pangkalan pelanggan mereka kepada lebih ramai rakyat Malaysia di aplikasi ini, inisiatif ini juga memberi pilihan yang lebih berpatutan kepada keperluan seharian orang ramai. Pada masa hadapan, kami akan terus menginovasi ekosistem perkhidmatan kami bagi terus menyokong semua rakyat Malaysia, dari pelbagai jenis perniagaan, untuk mencari peluang bagi berkembang kepada para pelanggan kami melalui teknologi membolehkan kemudahan,” kata Goh.

© 2023 BlackButterfly DesignArts