Pelanggan Kini Boleh Membeli Produk Dreame, Yeelight dan Amazfit di Saluran Membeli-belah Dari Rumah
Kuala Lumpur, 8 April 2022 – Uniqbe (M) Sdn Bhd (Uniqbe Malaysia), pengedar tunggal jenama Dreame, Yeelight di Malaysia serta pengedar Amazfit, kini sedang meningkatkan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan kepada pelanggan dengan menawarkan produk Dreame, Yeelight dan Amazfit melalui SUKE TV, saluran membeli-belah dari rumah.
SUKE TV menawarkan pelbagai segmen menghiburkan yang bersiaran sepanjang hari untuk menarik penonton dan meningkatkan jualan dengan kandungan unik. Didorong oleh ‘kuasa pengaruh’, kelainannnya adalah pada kelompok jenama di SUKE Shop yang disokong oleh usahawan selebriti.
Disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu di televisyen dan peranti mudah alih di seluruh Malaysia, SUKE TV menyediakan peluang unik kepada selebriti, tokoh masyarakat, influencer, usahawan serta pengusaha mikro untuk memperkenalkan produk mereka. Penonton boleh menonton program melalui platform digital dan dalam talian serta membuat pembelian segera.
Dengan meluaskan rangkaian ini, Uniqbe Malaysia berharap dapat meluaskan jangkauan untuk Dreame, Yeelight dan Amazfit, dan mengakses demografi pengguna yang lebih luas, terutamanya mereka yang mungkin belum mengenali produk mereka.
“Memandangkan trend membeli-belah dalam talian yang semakin meningkat di Malaysia, ini adalah masa yang sesuai untuk meluaskan liputan ke platform lain seperti SUKE TV kerana pengalaman membeli-belah yang ditonjolkan tampak menarik kepada pengguna pelbagai peringkat umur.” kata Encik Fitzrie Baharom, Pengarah Pemasaran Kumpulan Syarikat Uniqbe.
“Visi kami adalah menyediakan proses e-dagang yang mudah untuk pengguna kami dan mengembangkan rangkaian jualan kami ke pasaran yang lebih luas,” tambahnya.
Ditubuhkan pada 2007, Uniqbe Malaysia adalah sebahagian daripada Uniqbe Limited yang berkembang pesat, sebuah syarikat jualan, peruncitan dan pengedaran antarabangsa di Hong Kong, Sepanyol, Indonesia dan Malaysia.
Dengan reputasi semakin kukuh sebagai salah satu pemain utama dalam industri logistik pihak ketiga (3PL), ia menawarkan perkhidmatan borong dan dropship untuk pelbagai jenis produk elektronik baharu dan tulen seperti telefon bimbit dan aksesori, peralatan pintar rumah dan lampu, serta gajet audio visual.
Antara produk yang akan ditampilkan di saluran beli-belah dari rumah tersebut ialah Pembersih Vakum Dreame H11 Max Wet and Dry, Pembersih Vakum W10 Self-Clean Wet & Dry Robot , Pembersih Vakum Tanpa Kord Dreame T30, Pembersih Vakum Dreame Z10 Pro Robot; Lampu Sisi Katil LED Yeelight Staria Pro dan Amazfit BIP-U dan Amazfit GTR 3 Pro.
Pengguna boleh mendapatkan produk ini apabila disiarkan mulai 4 April 2022.
Dreame Technology, yang ditubuhkan pada 2017, ialah syarikat berteknologi maju yang menawarkan inovasi perintis untuk produk robotik, peranti berdaya IoT, motor digital berkelajuan tinggi dan teknologi LiDAR. Perkakas pembersihan mewahnya memanfaatkan teknologi astrodinamik.
Salah satu jenama terkemuka dunia dalam lampu pintar, produk Yeelight direka lebih pintar, dengan reka bentuk industri dan pengalaman pencahayaan yang ditambahbaik. Amazfit ialah jenama aksesori berteknologi canggih yang menggabungkan gaya fesyen unik dengan teknologi inovatif.
Kesemua produk didatangkan dengan waranti pengeluar:
Dengan setiap pembelian, pelanggan turut berpeluang menyertai cabutan bertuah SUKE TV. Pelanggan yang ingin mencuba terlebih dahulu produk sebelum membelinya boleh berbuat demikian di bilik pameran dan pusat servis Uniqbe Malaysia yang terletak di Wisma Uniqbe, No 149, Jalan Maharajalela, Kampung Attap, Kuala Lumpur.