Uniqbe Kumpul Lebih RM50,000, Penuhi Impian Kanak-Kanak Melalui Make-A-Wish Malaysia

Inisiatif CSR Dreame oleh Uniqbe melalui Make-A-Wish Malaysia Diteruskan Sehingga Hujung Bulan dengan Promosi Tahun Baru Cina

Kuala Lumpur, 21 Januari 2022 – Uniqbe (M) Sdn Bhd (Uniqbe), pengedar tunggal Dreame di Malaysia, telah berjaya mengumpul lebih RM50,000 setakat ini melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),  kolaborasi bersama Make-A-Wish Malaysia. Pengumpulan dana Make-A-Wish Malaysia melalui jualan rangkaian pembersih vakum H11 wet & dry akan diteruskan sehingga hujung bulan ini.

Uniqbe telah memperuntukkan 11 peratus hasil jualan rangkaian pembersih vakum H11 wet & dry untuk dana CSR bersempena dengan pelancaran Dreame di Malaysia pada hujung tahun lepas.  Melalui Make-A-Wish Malaysia, dana yang dikumpul digunakan untuk memenuhi impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit kritikal.

“Pengumpulan dana Make-A-Wish Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada para pelanggan kami. Oleh itu, kami ingin berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah membeli pembersih vakum H11 dan H11 Max wet & dry dan sekaligus menyokong inisiatif ini,” kata Edward Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies.

Beliau turut mengumumkan bahawa inisiatif ini akan diteruskan sehingga hujung bulan ini serentak dengan promosi Tahun Baru Cina, dan berharap jualan akan meningkat agar lebih banyak hasil dapat disumbangkan untuk memenuhi impian lebih ramai kanak-kanak.

Setakat ini Uniqbe telah berjaya memenuhi impian tiga kanak-kanak – Azhah, 11 dari Sandakan, Sabah yang mendapat sebuah telefon bimbit Realme, Fikri, 9, dari Serdang, Selangor yang menerima satu set permainan Playstation, manakala Mun Hei, 11 dari Klang, Selangor mendapat sebuah iPad. Melalui acara dan inisiatif yang diadakan, Uniqbe seterusnya akan memenuhi impian May Chell, 13 dari Keningau, Sabah untuk memiliki sepasang arnab kelabu. Lebih banyak impian kanak-kanak akan dipenuhi melalui program-program yang dikelolakan bersama Make-A-Wish Malaysia ini.

Uniqbe Kumpul Lebih RM50,000, Penuhi Impian Kanak-Kanak Melalui Make-A-Wish Malaysia
Azhah, 11, dari Sandakan, Sabah bersama telefon bimbit terbaru Realme

Menurut Make-A-Wish Malaysia, sumbangan dan impian kanak-kanak yang terlaksana ini turut memberi semangat kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut untuk terus kuat bersama mereka melawan penyakit yang dihidapi.

Harga jualan H11 adalah RM1,999, manakala harga jualan H11 Max adalah RM2,499 (termasuk cukai jualan). Kedua-dua produk boleh dibeli melalui e-store rasmi Dreame di Shopee. Bagi mempromosikan sokongan terhadap inisiatif ini, Uniqbe menawarkan baucar bernilai RM100 untuk pembersih vakum H11 dan H11 Max wet & dry. 100 pelanggan pertama yang membeli rangkaian H11 layak mendapat potongan RM100 dengan menggunakan kod baucar  “DREAME100”  semasa membuat pembayaran.

Tawaran menarik lain bersempena Tahun Baru Cina ini termasuk sampul duit edisi khas Dreame dan flask vakum bernilai RM89 untuk setiap pembelian, sementara stok masih ada.

Visi Dreame adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna sejagat dengan memudahkan kerja-kerja membersih rumah. Menggunakan pembersih vakum Dreame apabila melakukan aktiviti membersih, pastinya proses tersebut bukan lagi satu beban.

Untuk infomasi lebih lanjut tentang Dreame dan kempen CSR mereka, sila layari http://dreame.my/makeawish.

Uniqbe Kumpul Lebih RM50,000, Penuhi Impian Kanak-Kanak Melalui Make-A-Wish Malaysia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts