Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 – UGREEN, peneraju inovasi dalam elektronik pengguna, melancarkan Siri UGREEN Uno, rangkaian penyelesaian pengecasan yang comel dan cekap bagi memenuhi segala keperluan pengecasan anda. Ia merangkumi pelbagai produk pengecasan serba boleh yang direka khusus untuk peminat teknologi serta profesional muda di Malaysia, tidak kira untuk menikmati permainan digital, bekerja, atau kekal berhubung, sekali gus memperkaya gaya hidup digital mereka.
Siri UGREEN Uno menawarkan pelbagai produk pengecasan pantas seperti bank kuasa berwayar, bank kuasa tanpa wayar magnetik, pengecas berwayar dan tanpa wayar, hub USB-C 6-dalam-1, serta kabel USB-C ke USB-C. Setiap produk menampilkan reka bentuk robot yang ceria dan menarik, menjadikan pengalaman pengecasan lebih seronok sambil memastikan anda kekal terhubung dalam dunia digital.
Ketua Pemasaran Global UGREEN, Hailey Peng berkongsi:“Siri Uno UGREEN bukan sekadar tentang fungsi, tetapi juga menetapkan piawaian baharu dalam gaya dan kelajuan. Kami mahu pengguna mengalami gabungan teknologi dan gaya yang sempurna, serta menikmati pengalaman kreatif dengan reka bentuk robot yang menarik, lengkap dengan emoji pintar yang menunjukkan status pengecasan, menambah lagi elemen interaksi yang menyeronokkan. Melalui siri ini, kami berhasrat untuk menyokong gaya hidup digital pengguna dengan cara yang lebih inovatif dan menghiburkan.”
Setiap produk dalam siri ini mempunyai keunikannya tersendiri. Contohnya, UGREEN Uno Charger 100W mampu memberikan kuasa sehingga 100W melalui satu port, membolehkan MacBook Pro 16″ dicas dari 0% hingga 43% dalam masa hanya 30 minit. Malah, ia juga boleh mengecas empat peranti serentak, membolehkan telefon, komputer riba, fon telinga, dan jam tangan anda dicas pada masa yang sama. Dilengkapi dengan cip proprietari GaNInfinity™ UGREEN, pengecas ini meningkatkan kecekapan pertukaran tenaga, membolehkan pengecasan lebih pantas dengan saiz yang lebih kompak.
Sementara itu, UGREEN Uno 2-in-1 Magnetic Wireless Charger tampil dengan output 15W yang diperakui Qi2. Ia mampu mengecas bateri iPhone 15 Pro dari 0% hingga 41% dalam hanya 30 minit, serta mengecas 3 peranti secara serentak. Penutup magnetiknya kukuh dan mampu menampung berat telefon pintar, serta boleh dilipat untuk memberikan sudut penglihatan sehingga 70°, memudahkan pengguna menikmati K-drama atau permainan penstriman langsung sambil mengecas peranti dengan selesa.
Keselamatan juga menjadi keutamaan dalamreka bentuk Siri UGREEN Uno. Setiap pengecas dilengkapi teknologi ThermalGuard™ UGREEN yang secara automatik melaraskan kuasa dan mematikan pengecasan sekiranya terlalu panas. Dengan lapan lapisan perlindungan keselamatan, termasuk perlindungan daripada voltan berlebihan hingga litar pintas, pengguna boleh mengecas dengan yakin, tenang dan selamat.
Siri UGREEN Uno mencetuskan revolusi dalam aksesori teknologi di Malaysia, menggabungkan fungsi canggih, kelajuan tinggi, rekaan yang menyeronokkan serta tahap keselamatan yang optimum. UGREEN kini menetapkan piawaian baharu dalam penyelesaian pengecasan untuk pengguna moden.
Untuk maklumat lanjut tentang Siri UGREEN Uno atau untuk membuat pembelian, layari kedai rasmi UGREEN di Shopee, Lazada, atau Tiktok Shop.