Tuntut eBeliaRahmah dan belanja di seluruh negara menggunakan aplikasi petrol No.1 Malaysia, dengan lebih banyak ganjaran bersama Setel

Kuala Lumpur, 26 Jun 2023 – Bagi menyokong inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban kewangan dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, Setel – penyedia perkhidmatan e-Dompet rasmi eBeliaRahmah – menawarkan individu yang layak berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia peluang untuk memohon dan menerima kredit RM200 secara ‘one-off’ melalui aplikasi Setel sehingga 31 Ogos 2023. Selain itu, peserta dalam program ini boleh bermanfaat daripada ganjaran pulangan tunai yang menarik, eBaucar eksklusif daripada rakan kongsi runcit kami, dan juga rebut peluang untuk memenangi tiket konsert!

Tuntut eBeliaRahmah dan belanja dengan aplikasi Setel

“Pengumuman Setel sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet eBeliaRahmah telah mencetuskan tahap penglibatan dan galakan yang luar biasa daripada orang ramai. Berdasarkan maklum balas yang positif, kami teruja untuk mengumumkan manfaat tambahan yang ditawarkan oleh Setel, selari dengan objektif utama inisiatif ini: untuk memenuhi keperluan harian individu muda sambil memacu perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan.” kata Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Dapatkan pulangan tunai tambahan sehingga RM105 dengan berbelanja di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara, di lebih 1,000 stesen PETRONAS, di cawangan Café Mesra, serta pembelian dalam talian di PETRONAS Shop, dan promosi selamat datang RM10 untuk semua pengguna yang baharu.

Tuntut eBeliaRahmah dengan Setel

Dapatkan sekumpulan eBaucar daripada rakan niaga Setel dengan pembelian minimum RM5 di mana-mana kedai yang menerima Setel QR atau DuitNow QR. Setel QR boleh didapati di semua stesen PETRONAS di seluruh negara. Tebus eBaucar ini dalam bahagian ‘Tawaran’ pada tab ‘Ganjaran’ di aplikasi Setel untuk pembayaran anda yang seterusnya. eBaucar ini adalah terhad, jadi siapa cepat dia dapat!

Tuntut eBeliaRahmah dengan Setel

Rebut peluang untuk memenangi sepasang tiket konsert di Singapura untuk 2 belia bertuah yang menuntut dan membelanjakan kredit eBeliaRahmah mereka dengan Setel dari 26 Jun hingga 31 Ogos 2023. Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan melalui aplikasi Setel dan media sosial.

Tuntut eBeliaRahmah dengan Setel

Untuk memohon RM200 kredit e-tunai mulai  26 Jun 2023, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC. Insentif ini akan dikreditkan ke Dompet eBeliaRahmah pengguna dalam aplikasi selepas permohonan berjaya, dan akan dimaklumkan melalui notifikasi semerta dan mesej peti masuk aplikasi. Insentif ini boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow, dan di stesen PETRONAS di seluruh negara. Insentif eBeliaRahmah perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023 dan tidak boleh dipindahkan ke akaun e-Dompet lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/etunai-rahmah.html

Tuntut eBeliaRahmah dengan Setel
© 2023 BlackButterfly DesignArts