Tune Protect dan AirAsia mengumumkan pelan insurans perjalanan dipertingkat: AirAsia Comprehensive Travel PLUS dengan perkhidmatan masuk hospital tanpa tunai

Melancong tanpa risau dengan kemudahan masuk hospital tanpa tunai

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 – Kumpulan Tune Protect Berhad (“Tune Protect”) dan AirAsia Aviation Group Limited (“AirAsia”) mengumumkan pelancaran insurans perjalanan terkini yang telah dipertingkatkan, iaitu AirAsia Comprehensive Travel PLUS, yang menampilkan tambahan praktikal perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai bagi polisi yang diterbitkan oleh Tune Protect Malaysia dan Tune Protect Thailand. Bermula 19 Oktober 2023, ciri inovatif ini menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar dan bebas daripada masalah apabila memerlukan bantuan perubatan di luar negara.

Pelan AirAsia Comprehensive Travel PLUS, yang menampilkan perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai, menawarkan premium permulaan serendah RM 74 untuk pelan perjalanan pergi balik. Pilihan ini terbuka untuk dibeli oleh pelancong yang berlepas dari Malaysia dan Thailand, dan boleh diakses dengan mudah melalui semua platform tempahan dalam talian dan luar talian AirAsia, termasuk ciri Manage My Booking dan Daftar Masuk Dalam Talian melalui aplikasi airasia MOVE.

Janet Chin, Ketua Pegawai Rakan Kongsi Tune Protect berkata, “Kerjasama dengan AirAsia ini bertujuan untuk menambahbaik pengalaman perjalanan bagi penumpang dengan menyediakan perlindungan insurans yang komprehensif kepada mereka dan juga memudahkan proses mendapatkan rawatan perubatan di negara asing. AirAsia Comprehensive Travel PLUS dengan perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai adalah ciri praktikal untuk pengembara. Penambahan baru ini, dapat melegakan kesulitan membayar kemasukan hospital semasa melancong ke luar negara, yang boleh memberi kesan terhadap kewangan mereka. Ini mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan perlindungan terbaik dan ketenangan fikiran kepada pelanggan kami semasa perjalanan mereka.”

Selain penambahan baharu perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai, faedah lain AirAsia Comprehensive Travel PLUS adalah seperti pembatalan perjalanan, kelewatan penerbangan, kehilangan atau bagasi rosak, kehilangan wang peribadi serta dokumen perjalanan, dan lain-lain.

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata, ‘Di AirAsia, kami percaya kepada peningkatan berterusan pengalaman perjalanan pelanggan kami. Kami komited untuk menawarkan faedah produk yang bernilai tambah dan perkhidmatan yang memberikan kemudahan dan ketenangan minda kepada pelanggan sepanjang perjalanan mereka. Kami juga faham bahawa melancong boleh menjadi pengembaraan yang menyeronokan namun ia juga tidak dapat diramalkan, oleh yang demikian, kami berusaha gigih untuk menyediakan pelbagai perlindungan yang meliputi keperluan penumpang kami yang pelbagai. Pelanggan kami kini boleh menjelajah dunia tanpa kebimbangan, mengetahui bahawa keperluan perubatan mereka akan dibantu dengan cekap semasa kecemasan dengan AirAsia Comprehensive Travel PLUS. Lebih banyak masa untuk menjelajah, sedikit masa untuk kerisauan.”

Ciri utama produk yang baru dipertingkatkan ini ialah perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai yang tidak memberi kesan kepada premium insurans, atau sebarang manfaat dan had jumlah lain yang dinyatakan dalam polisi. Penumpang AirAsia yang telah membeli pelan pergi balik Insurans Perjalanan untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia atau Thailand akan mendapat akses kepada ciri-ciri ini secara automatik.

Untuk mengaktifkan perkhidmatan Kemasukan Hospital Tanpa Tunai semasa di luar negara, penumpang hanya perlu mengikuti proses yang mudah:

  1. Hubungi Talian Kecemasan Tune Protect – AirAsia di +603 2302 0033 dan berikan nombor tempahan penerbangan untuk pengesahan.
  1. Selepas pengesahan, Ejen Perubatan akan memaklumkan Pembekal Perubatan / Hospital berdekatan dan jika perlu mengatur pengangkutan.
  2. Surat Jaminan akan dikeluarkan terus kepada Pembekal Perubatan / Hospital untuk memastikan rawatan perubatan dapat diteruskan.
  3. Pemegang polisi dijamin bahawa bil perubatan mereka akan diuruskan, tiada keperluan untuk menyerahkan dokumen tuntutan.

AirAsia Comprehensive Travel PLUS menawarkan akses penjagaan kesihatan kepada lebih 5,000 hospital di seluruh dunia dengan kerjasama penyedia penjagaan dan mobiliti terkenal di dunia, Europ Assistance. Ciri tambahan ini menghapuskan perbelanjaan luar jangka yang tidak diduga dan memberikan ketenangan fikiran yang muktamad untuk perjalanan tanpa bimbang. Gabungan pengalaman perjalanan yang lancar dengan perlindungan insurans yang komprehensif, Tune Protect dan AirAsia mentakrifkan semula pengalaman pengembara semasa mengelilingi dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai AirAsia Comprehensive Travel PLUS dengan Perkhidmatan Masuk Hospital Tanpa Tunai, sila layari https://www.tuneprotect.com/airasia/en/product/comprehensive-travel-insurance-plus-plan/

© 2023 BlackButterfly DesignArts