Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

40 Kumpulan Finalis Rebut Peluang untuk Membawa Pulang Geran Projek Bernilai RM 150,000!

Tourism Selangor menerusi Jabatan Pembangunan Industri baru-baru ini telah mengumumkan senarai 40 kumpulan finalis bagi Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19.

Pertandingan “pitch”  ini juga telah membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelansungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor. Kertas Kerja yang dihantar juga perlu merangkumi aspek usaha mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor; serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pertandingan yang telah bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 31 Julai lalu ini menerima sebanyak 101 penyertaan Kertas Kerja. Dari jumlah ini, 34 adalah masing-masing dari kategori “Kreatif dan Inovasi Pelancongandan “Kelansungan Pelancongan atau Sustainable Tourism”, manakala baki 33 Kertas Kerja pula memfokuskan pada Digitalisasi Pelancongan.

Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

Dari 101 jumlah Kertas Kerja, 40 telah dihasilkan oleh universiti tempatan, 35 dari syarikat swasta, 16 dari syarikat berfokuskan sektor pelancongan, serta baki penyertaan datang dari Non-Profit Organization (NGO) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

40 kumpulan finalis ini akan membentangkan Kertas Kerja mereka pada sesi penilaian terakhir pada 9 dan 10 September ini bagi merebut peluang bagi membawa pulang hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM 150,000 untuk 20 pemenang utama! 10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 5,000 setiap seorang.

Kesemua para pemenang akan diumumkan pada 15 September ini. Mereka juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021; sebuah Konvensyen yang menampilkan penyertaan Badan dan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi dan penggiat industri pelancongan dari seluruh Negara serta orang awam dan  dijadualkan berlangsung pada bulan November ini, tertakhluk kepada SOP semasa.

Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh ikuti kemas-kini pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi; Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube channel.

© 2023 BlackButterfly DesignArts