Top – 5 Tempat Pelancongan Menarik Untuk Dikunjungi Ketika Cuti Sekolah Di Johor

Top – 5 Tempat Pelancongan Menarik Untuk Dikunjungi Ketika Cuti Sekolah Di Johor

Sempena cuti sekolah, ibu bapa mestilah membuat perancangan untuk bercuti dan membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat pelancongan. Percutian semestinya mempunyai rancangan yang rapi. Ini bermaksud lokasi, pengangkutan, tarikh dan masa. Ini kerana sesetengah kanak-kanak pasti mempunyai tempat dan aktiviti yang diinginkan.

Pakar dari Maxim E-hailing telah menyediakan beberapa tempat tarikan pelancong yang terbaik untuk memenuhi percutian berdasarkan pilihan pengguna.

Pantai Desaru 

Terkenal dengan pantai yang bersih serta berkonsep pantai di bandar. Desaru ialah tempat terbaik untuk melarikan diri dari bandar yang sibuk dan jadual yang padat. Selain daripada penginapan mewah seperti One&Only Desaru Coast, The Westin Desaru Coast dan banyak lagi, bandar ini juga terkenal dengan aktiviti mesra keluarga dan tarikan semula jadi.

Istana Bukit Serene

Istana Bukit Serene ialah istana diraja dan kediaman rasmi bagi Sultan Johor. Ia boleh dilihat dari tepi pantai Johor yang dikenali sebagai Teluk Danga. Ia telah siap pada tahun 1998 dan semenjak itu telah menjadi salah satu mercu tanda terkenal. Ia mempunyai menara yang tinggi, berukuran setinggi 35m. Dindingnya penuh dengan ukiran yang unik dan menarik. Masa terbaik untuk melawat istana adalah pada waktu petang, apabila ahli keluarga boleh berkelah dan menempah penghantaran makanan.

Taman Tema

Taman Tema yang terletak di Johor menjadi tarikan antarabangsa, pelancong berkunjung ke Johor untuk merasai pengalaman sendiri di taman tema tersebut. Legoland, Wet World, Rock World dan Taman Tema Desaru merupakan taman tema utama yang biasa dikunjungi pelancong. Ia sesuai untuk keluarga bergembira dan menikmati percutian. Ini akan menjadi tarikan utama untuk kanak-kanak kerana mereka suka menikmati aktiviti di sini.

Membeli-belah

Johor Premium Outlets terletak hanya 1 jam memandu dari Johor Bahru dan salah satu pusat membeli-belah terbaik untuk jenama terkenal. Pelancong boleh mengunjungi pusat beli-belah dan mempunyai peluang membeli-belah dengan harga diskaun dan lebih murah daripada harga di cawangan.

Bandar Mersing

Bandar Mersing dikenali sebagai tempat persinggahan bagi pelancong yang ingin melawat pulau di Johor, terdapat banyak kemudahan yang menjadi panduan kepada pelancong untuk pergi ke pulau-pulau, tempat peranginan dan aktiviti pantai. Dua pulau utama yang terkenal ialah Pulau Rawa dan Pulau Tioman yang diliputi hutan tropika dengan laut biru.

“Johor adalah di antara bandar membangun di Malaysia, dengan tarikan istimewa tersendiri. Ramai pengunjung datang melawat bandar ini dan ada juga penduduk tempatan yang lebih gemar menghabiskan percutian mereka di Johor. Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengalu-alukan semua orang untuk menikmati perjalanan mereka di sini, dengan banyak kemudahan yang boleh dipercayakan oleh pengunjung dengan aplikasi Maxim. Muhammad Anas, Ketua Maxim Johor

© 2024 BlackButterfly DesignArts