Kuala Lumpur, 22 Januari 2019 – Sebagai salah satu usaha untuk menjadikan teknologi lebih inklusif, TNG Digital mengumumkan kerjasama dengan Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi, dengan memperbaharui cara orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Para jemaah masjid tersebut kini boleh menghulurkan sumbangan serta derma dengan hanya menekan butang pada telefon pintar mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin ketika ditemui di majlis tersebut berkata, “Kami mahu menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu ahli komuniti di Kampung Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat.”
Kerjasama ini turut menandakan permulaan program selama setahun yang merangkumi beberapa aktiviti seperti berikut:
Wakil Masjid Ar-Rahah, Ustaz Khairul Hafiz berkata, “Kita perlu belajar menerima penggunaan teknologi dengan hati yang terbuka kerana ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta ahli masyarakat di sekeliling kita. Menerusi program bersama-sama TNG Digital, kami dapat membentuk pemimpin pelapis yang lebih seimbang”.
Penggunaan QR di Masjid Ar-Rahah bakal membuka peluang kepada masjid-masjid lain di seluruh negara untuk menggunakan teknologi yang sama bagi membantu menyelaraskan operasi harian serta kutipan derma mereka.
“Setiap sumbangan sama ada kecil atau besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi, kutipan derma kini mudah dan selamat,” kata Syahrunizam.
Touch ‘n Go eWallet merupakan antara aplikasi e-Dompet yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan 2.3 juta pengguna berdaftar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi https://www.tngdigital.com.my/ dan log ke www.facebook.com/touchngoewallet/. Aplikasi e-Dompet ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.