Sama ada anda mengubah suai kediaman anda dari titik permulaan ataupun memberi nafas baru kepada ruang anda, ia boleh menjadi satu pengalaman yang mencabar. Bermula dengan jubin adalah lebih baik kerana secara relatif ianya agak mudah untuk dilaksanakan, disamping menawarkan pelbagai jenis corak untuk menepati setiap citarasa, juga mudah untuk diselenggarakan dengan sempurna. Jika anda mahukan tempat tinggal menjadi sebuah ruang ekspresi diri anda, pemadanan jubin adalah cara terbaik supaya anda boleh mencipta gabungan yang benar-benar lain dari yang lain. Pada masa yang sama, kombinasi jubin yang berbeza untuk bilik yang berbeza akan memberikan setiap ruang identiti yang tersendiri.
Beberapa petua yang boleh membantu anda menguasai seni mencampur dan memadan jubin.
Sama Tapi Tak Serupa
“Sama tapi tak serupa” mungkin hanya pepatah popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk pemadanan jubin. Untuk tata atur yang klasik tetapi menarik perhatian, pertimbangkan penggunaan jubin yang sama warna dalam dua reka bentuk berbeza. Natural & Abstract series by Niro Granite dicipta untuk membolehkan campur dan padan dengan mudah. Gabungan bahan, corak & warna jubin, apabila digabungkan menghasilkan reka bentuk penentu arah aliran(“trendsetter”)untuk lantai atau dinding, dan boleh digunakan untuk dapur atau bilik mandi.
Berpijak di Bumi Nyata
Dinding atau lantai seringkali menjadi bahagian utama yang menarik pandangan mata apabila melangkah masuk sesuatu bilik, jadi dengan sebab itu ia sangat menarik untuk menjadikan lantai anda sebagai bahagian tarikan utama. Untuk menghindari ruang daripada kelihatan terlalu besar, pastikan dinding anda polos dan monokromatik, sebaliknya gunakan warna dan bentuk untuk bahagian lantai. Menyerupai komposisi rawak batu tertanam dalam konkrit, koleksi Terra-Arte by Niro Granite mempamerkan permukaan yang menakjubkan yang boleh digarap sebagai karya seni.
Ketahui Geometri Anda
Sebelum anda bertanya, tidak, anda tidak perlu untuk lulus ujian geometri sekolah menengah untuk mencuba tip ini dengan jayanya. Untuk sentuhan tambahan yang benar-benar unik di kediaman, anda perlu berfikir di luar kotak minda bersegi tepat ataupun bersegi sama. Pilih bentuk geometri seperti hexagon atau bayangan semula bentuk segi empat tepat/segi empat seperti herringbone atau bentuk berlian. Hidupkan imaginasi dan kreativiti anda dengan Muzze Da – The Essence of Tiles, mozek yang dihasilkan secara unik melalui bahan yang berbeza, ton warna, bentuk dan saiz untuk memenuhi konsep reka bentuk dan suasana yang anda idamkan untuk menghidupkan ruang kediaman anda.
Ekspresikan diri anda dengan yakin bersama Niro Ceramic Group.
Memandangkan anda telah dilengkapi dengan tip-tip yang sangat berguna, langkah seterusnya ialah mencari satu pusat sehenti yang boleh dipercayai untuk memilih dan memasang jubin. Niro Ceramic Group, yang merupakan salah satu pengeluar jubin terkemuka di Malaysia, bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang pelbagai malahan juga kepakaran. Rangkaian reka bentuk yang sentiasa berkembang memenuhi keperluan pemilik rumah dari setiap jalur, jadi anda pasti akan menemui sesuatu yang mencerminkan keperibadian anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari Facebook Niro Granite di https://m.facebook.com/nirogranite.niroceramicgroup/ atau laman web mereka https://www.nirogranite.com untuk maklumat tambahan mengenai produk dan perkhidmatan Niro Granite.