Tinjauan RinggitPlus Mendapati Rakyat Malaysia Berada di Ambang Krisis Kewangan

7 dari 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang RM500 sebulan, angka terendah dalam tempoh 5 tahun

Kuala Lumpur, 9 Disember 2022 – Di seluruh dunia, masyarakat kini bersiap sedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dan inflasi yang berterusan menjelang tahun 2023. Namun begitu, tahap kewangan rakyat Malaysia berada pada paras yang berbahaya untuk menghadapinya. Data kajian daripada RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) 2022 menunjukkan realiti pahit tentang keadaan kewangan semasa rakyat, seperti simpanan yang semakin berkurangan, isu aliran tunai, dan trend lain yang membimbangkan.

Rakyat Malaysia masih bergelut dengan kesan kewangan pasca-pandemik.

Rakyat daripada semua lapisan masyarakat kini menghadapi cabaran kewangan yang membarah yang menyebabkan mereka terdedah kepada kejutan kewangan, kerana pelbagai bantuan kewangan telah mengurangkan kesan ke atas mereka pada 2020 dan 2021. 70% daripada responden mengatakan mereka menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung. Ini merupakan hasil kajian RMFLS yang paling teruk dalam tempoh 5 tahun.

Sementara itu, bilangan rakyat Malaysia yang mampu menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan juga telah menurun dengan ketara, daripada 20% pada tahun 2020 kepada 5% pada tahun 2022, menandakan penurunan empat kali ganda lebih rendah.

Hasil kajian RMFLS 2022 menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia sedang bergelut dengan jumlah simpanan yang berkurangan apabila 63% responden mengatakan mereka hanya mampu bertahan selama 3 bulan atau kurang dengan hanya bergantung pada simpanan mereka (52% pada tahun lepas). Trend yang sama juga dilihat apabila 55% rakyat Malaysia membelanjakan keseluruhan atau lebih daripada apa yang mereka perolehi setiap bulan (44 peratus tahun lalu), pada asasnya bergantung dari gaji ke gaji untuk sara hidup.

Dengan kekurangan berjimat dan kos barangan yang kian meningkat, kajian menyerlahkan trend yang membimbangkan di mana lebih ramai pemegang kad kredit tidak dapat melangsaikan bayaran mereka sepenuhnya – hanya 55% pada tahun 2022 berbanding 70% pada tahun lepas.

Pemilihan pelepasan kewangan jangka pendek berbanding kestabilan kewangan jangka panjang.

Dengan cabaran aliran tunai dan simpanan, kajian menunjukkan rakyat Malaysia memilih penyelesaian kewangan jangka pendek daripada kestabilan kewangan jangka panjang. 66% responden di atas umur 21 tahun mengatakan mereka akan memohon untuk pengeluaran dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, tinjauan juga menunjukan 52% daripada rakyat Malaysia di atas usia 18 tahun juga belum membuat sebarang pelaburan. Sementara itu, majoriti daripada mereka yang mempunyai pelaburan pula mempunyai selera risiko rendah, tetapi memilih untuk membuat pelaburan jangka masa sederhana yang tidak optimum – pilihan ini mungkin dipengaruhi cabaran kewangan semasa dan prospek ekonomi dunia.

Keperluan tindakan segera daripada semua pihak

“Pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan yang membimbangkan dan pendapatan kajian kami pada tahun ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai cabaran kewangan yang ketara untuk dihadapi. Ini merupakan satu realiti pahit, bukan sahaja untuk rakyat, tetapi juga untuk pemain industri dan para penggubal dasar. Masyarakat kita menghadapi isu yang memerlukan penyelesaian jangka masa panjang, dan sokongan bersepadu yang berterusan daripada semua pihak. Kita tak boleh biarkan sesiapapun ketinggalan,” kata Hann Liew, Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus.

Selaras dengan matlamat ini, RInggitPlus memperkenalkan bahagian baru dalam vertikal Savings di RinggitPlus.com yang mengetengahkan pelbagai penyelesaian kewangan di pasaran untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan dan memperoleh pulangan terbaik dalam kelas. Pelbagai produk lain akan disenaraikan sepanjang tahun 2023, dan bahagian berikut juga mempunyai proses pendaftaran mudah melalui chatbot WhatsApp RinggitPlus.

Akhir sekali, sebagai tanda komitmennya untuk menyediakan akses lebih baik terhadap inisiatif literasi dan pendidikan kewangan bagi rakyat Malaysia, RinggitPlus akan mula menawarkan kandungan dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2023.

“Bahagian baru yang boleh didapati di vertikal Savings di RinggitPlus.com tiba pada masa yang tepat dengan mengetengahkan barisan produk serba baharu dalam industri. Ini akan membantu mereka yang sedang mengkaji dan membandingkan produk simpanan terbaik di pasaran. Sementara itu, kandungan kami dalam Bahasa Malaysia merupakan sebahagian daripada misi kami untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan dalam pelbagai bahasa lain supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Hann.

Literasi kewangan kekal sebagai langkah seterusnya untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kewangan dan mengawal kesihatan kewangan mereka. Pada sambutan ulang tahun ke-5 RMFLS kali ini, kajian tahunan RMFLS terus menunjukkan kepentingan literasi kewangan di kalangan rakyat Malaysia dan menyediakan data yang telah digunakan oleh pelbagai organisasi, badan pendidikan, dan sektor kerajaan untuk membantu rakyat mengawal kesihatan kewangan mereka.

Klik di sini untuk muat turun laporan penuh RMFLS 2022.

© 2023 BlackButterfly DesignArts