Tinjauan ‘Perihal Yang Penting 2021’ Agoda: Rakyat Malaysia paling menantikan untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang yang disayangi, dan melakukan sesuatu yang membawa kepada perubahan dalam tahun 2021

MALAYSIA, 8 JANUARI 2021 – Tahun 2021 adalah tahun untuk menumpukan perhatian kepada orang yang disayangi dan melalukan sesuatu yang membawa kepada perubahan. Menurut tinjauan global platform percutian digital, Agoda, dalam kita menyambut kehadiran 2021, satu di antara tiga orang paling menantikan saat untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang yang disayangi tahun ini. Ini diikuti dengan keinginan untuk membuat perjalanan tanpa sekatan (24%) dan melakukan perkara-perkara penting atau yang boleh membawa kepada perubahan (21%).

Satu pemerhatian yang menarik – responden yang berumur 55 tahun dan ke atas paling menantikan untuk membuat perjalanan tanpa sekatan, manakala mereka yang berumur di antara 25 hingga 54 lebih berminat untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, dan golongan belia (18 hingga 24) merasa paling teruja untuk melakukan perkara yang membawa kepada perubahan pada tahun 2021.

Tinjauan ‘Perihal Yang Penting 2021’ Agoda

Tinjauan ‘Perihal Yang Penting 2021’ Agoda telah mendapati bahawa secara global, orang ramai komited untuk mengubah cara mereka melakukan perjalanan pada tahun 2021. Tiga perihal yang menjadi keutamaan dalam perjalanan tahun baharu ini adalah melakukan (i) lebih banyak perjalanan bersama rakan-rakan dan keluarga, (ii) lebih banyak perjalanan yang tidak dirancang dan juga (iii) memilih perjalanan yang lebih mesra alam.

“2020 merupakan tahun yang memerlukan ikhtiar bagi kelangsungan hidup dengan menggunakannya dengan sebaiknya.  Walaupun dunia masih bergelut dengan kesukaran, tinjauan kami telah menunjukkan secara global, terdapatnya keinginan untuk melancong, saling berhubungan, dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Pelancongan akan diteruskan pada akhirnya, kerana keinginan orang ramai untuk melancong adalah sesuatu yang tidak dapat dihentikan,” kata Tim Hughes, Naib Preseiden Pembangunan Korporat, Agoda.

“Di Agoda, kami yakin dengan masa depan sektor pelancongan. Ini disokong oleh tinjauan kami yang mengesahkan pelancongan merupakan suatu perkara utama yang dinanti-nantikan dalam tahun 2021. Malahan lebih daripada itu – orang ramai komited untuk melakukan perubahan, melancong bersama orang yang penting bagi mereka, terbuka kepada perjalanan yang tidak dirancang, perjalanan saat akhir, dan menimbangkan impak kepada alam sekitar dalam perjalanan mereka.”

Gambaran Keseluruhan Data Global

Perihal-perihal penting yang paling dinantikan dalam tahun 2021:

  • Meluangkan masa yang berkualiti bersama orang yang disayangi adalah perihal yang paling dinantikan oleh rakyat United Kingdom (UK), Thailand, Amerika Syarikat (AS), Filipina, Malaysia dan China dalam tahun 2021.
  • Perihal yang paling dinantikan oleh rakyat Singapura, Korea Selatan dan Jepun adalah melakukan perjalanan tanpa sekatan.
  • Perihal yang paling dinantikan oleh rakyat Indonesia, Taiwan, dan Vietnam adalah melakukan perkara-perkara penting yang boleh membawa kepada perubahan.
  • Mendekati alam semula jadi dan melakukan kegiatan luar rumah tersenarai di tempat kedua bagi rakyat Thai, dan ketiga bagi Jepun.
  • Tidak ramai yang menantikan masa untuk pulang ke pejabat dalam tahun 2021. Responden dari China (1.2%), Jepun (1.5%) dan UK (2%) mempunyai peratusan yang kecil yang menantikan berakhirnya kerja dari rumah, manakala Filipina (9%), Vietnam (7%) and Indonesia (7%) menantikan saat untuk pulang semula ke pejabat.
  • Menghadiri acara secara langsung, sukan atau yang berskala besar adalah di tempat kedua paling tidak popular, tetapi rakyat AS (8%), UK (8%) dan Jepun (7%) berkecenderungan untuk menantikannya.

Data Kumpulan Umur

  • Meluangkan masa bersama orang yang disayangi adalah perihal utama yang dinantikan oleh kumpulan umur 25 hingga 34, 35 hingga 44 dan 45 hingga 54, manakala mereka yang berumur 18 hingga 24 adalah lebih cenderung kepada melakukan perkara yang penting, dan responden berumur 55 dan ke atas paling menantikan saat untuk “dapat melakukan perjalanan tanpa sekatan”.
  • Mendekati alam semula jadi dan melakukan kegiatan luar rumah adalah perihal ketiga popular yang dinantikan oleh responden berumur 55 dan ke atas.

Komitmen Perjalanan Utama:

  • Melakukan perjalanan bersama orang yang disayangi adalah komitmen paling utama bagi responden di semua pasaran dalam tahun 2021, kecuali di United Kingdom (UK) dan Taiwan, di mana responden lebih cenderung untuk mengembara dan melakukan lebih banyak perjalanan tanpa dirancang, dan rakyat Jepun berkomitmen untuk melakukan perjalanan dengan lebih santai.
  • Melakukan perjalanan yang lebih santai adalah komitmen kedua paling popular bagi rakyat Singapura dan Malaysia.
  • Rakyat Vietnam, Korea Selatan, Filipina, Thai dan Indonesia adalah lebih cenderung untuk membuat komitmen bagi melakukan perjalanan dengan lebih lestari. Komitmen untuk membuat pilihan yang lebih mesra-alam dalam perjalanan menduduki tempat kedua dalam pasaran tersebut.
  • Rakyat Indonesia (16%), Thai (14%) dan Jepun (13%) komited untuk menyokong destinasi yang kurang tarikan pelancong dalam tahun baharu ini.

Data Kumpulan Umur

  • Melakukan perjalanan bersama orang yang disayangi merupakan komitmen paling utama dalam tahun 2021 bagi semua kumpulan umur.
  • Mereka yang dalam kumpulan umur 25 hingga 34, 35 hingga 44, 45 hingga 54 adalah lebih cenderung untuk membuat komitmen kepada pilihan perjalanan yang lebih mesra-alam, yang merupakan komitmen kedua paling utama mereka untuk tahun baharu.
  • Melakukan perjalanan dengan lebih santai adalah kedua paling penting bagi mereka yang berumur 55 dan ke atas.
  • Melakukan perjalanan yang tidak dirancang adalah ketiga paling utama dalam semua kumpulan umur (24-34, 35-44, 45-54, 55+) kecuali mereka yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 24 di mana ia merupakan komitmen kedua paling utama, dan keempat paling popular bagi kumpulan umur 45 hingga 54 tahun.

Malaysia

  • Seperti trend global, rakyat Malaysia ingin meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama orang yang disayangi (26%), melakukan perkara-perkara yang penting/ membawa perubahan (25%), dan boleh melakukan perjalanan tanpa sekatan (23%).
  • Golongan yang lebih muda (18-24) mengutamakan perkara yang boleh membawa kepada perubahan, manakala mereka yang dalam lingkungan 25 hingga 44 ingin meluangkan masa bersama orang yang mereka sayangi. Rakyat Malaysia dalam lingkungan untuk 45 hingga 54 dan 55+ mempunyai keinginan untuk mengembara dan paling menantikan untuk melakukan perjalanan tanpa sekatan dalam tahun 2021.
  • Dalam perjalanan mereka di tahun 2021, rakyat Malaysia berkomitmen untuk melakukannya bersama rakan-rakan/keluarga (37%), selaras dengan keinginan untuk meluangkan masa dengan orang yang disayangi, diikuti dengan perjalanan yang lebih santai (25%) dan membuat pilihan perjalanan yang lebih mesra-alam (15%).
© 2023 BlackButterfly DesignArts