Tinjauan Herbalife Nutrition Merungkai Majoriti Warga Malaysia Ingin Lebih Banyak Nasihat Pemakanan daripada Profesional Penjagaan Kesihatan

Profesional penjagaan kesihatan menyeru syarikat-syarikat pemakanan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam menyampaikan ilmu pemakanan kepada umum

Kuala Lumpur, 7 Mei 2021 – Syarikat pemakanan global bertaraf perdana, Herbalife Nutrition telah menyiarkan bahagian kedua bagi Tinjauan Mitos Pemakanan Asia Pasifik 2020* yang dijalankan olehnya, ia merungkai bahawa 73% rakyat Malaysia berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pemakanan daripada profesional penjagaan kesihatan (HCP) masing-masing untuk membantu mereka mengecapi matlamat kesihatan yang disasarkan. Pada masa yang sama, HCP tempatan menyatakan bahawa hanya 16% pengguna yang arif dalam bab pemakanan, dan hampir 4 dalam 5 HCP menyeru syarikat-syarikat pemakanan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam menyampaikan maklumat pemakanan yang betul dan tepat kepada warga umum. 

Berkenaan dengan inisiatif ini, Pengurus Besar dan Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia, Steven Chin mengulas, “Sebagai syarikat pemakanan, kami membekalkan maklumat pemakanan yang tepat secara aktif kepada golongan umum. Kami berbesar hati untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam perihal pendidikan pemakanan awam dengan berganding bahu bersama Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), iaitu organisasi tersohor yang menjulang kepentingan pendidikan dan kesedaran mengenai pemakanan sejak 35 tahun yang lalu. Dengan cara ini, kami dapat melanjutkan sokongan ke atas HCP serta inisiatif-inisiatif berkaitan dengan pemakanan buat warga komuniti.” Tambah beliau lagi, “Menerusi tinjauan ini, kami dapat mengenal pasti dan memahami halangan yang dihadapi oleh HCP dalam usaha untuk menawarkan nasihat pemakanan yang lebih baik kepada pesakit mereka.”

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 68% daripada HCP di Malaysia mengongsikan nasihat mengenai pemakanan secara proaktif dengan pesakit mereka kebanyakan masanya. Antara sebab utama yang menghalang mereka daripada melakukannya lebih kerap ialah kekangan masa bersama pesakit dan kurangnya minat dalam kalangan pesakit. HCP telah menyatakan bahawa hanya 40% daripada pesakit yang akan meminta nasihat pemakanan secara proaktif daripada mereka.

Sungguhpun demikian, tiga nasihat pemakanan yang paling kerap diminta oleh pesakit adalah:

  • Cara untuk menyembuhkan penyakit/kondisi melalui pemakanan (74%)
  • Mengurus berat badan melalui pemakanan (72%)
  • Cara untuk mengecapi pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian (40%)

Berkenaan dengan bab pemakanan yang pesakit paling berminat untuk tanyakan ialah:

  • Karbohidrat (36%)
  • Vitamin (28%)
  • Lemak (14%)

Ia tidak menghairankan kerana penularan trend yang menyaksikan warga Malaysia bersikap lebih peka terhadap kesihatan masing-masing ketika masa kini, di mana orang ramai cuba memperbaiki sistem imun masing-masing. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, satu dalam dua orang dewasa di Malaysia adalah obes atau mempunyai berat badan berlebihan. Diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi pula merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) utama yang paling berleluasa dalam kalangan warga Malaysia, yang turut menjadi faktor risiko besar bagi penyakit kardiovaskular (CVD) – penyebab kematian yang utama di Malaysia.  Ia turut menunjukkan bahawa 1.7 juta individu di Malaysia hidup dengan tiga faktor risiko utama ketika ini, manakala 3.4 juta individu hidup dengan dua faktor risiko tersebut.[1]

Sepanjang beberapa bulan yang akan datang, Herbalife Nutrition akan menggiatkan inisiatif kolaborasinya dengan komuniti HCP melalui siri pendidikan pemakanan awam serta aktiviti-aktiviti gaya hidup sihat di pelbagai platform. Syarikat tersebut juga akan bekerjasama dengan erat bersama pihak-pihak berkepentingan yang lain serta rakan penaung di peringkat tempatan untuk membekalkan maklumat pemakanan yang betul, relevan dan tepat pada masanya kepada warga-warga komuniti di seluruh rantau ini. *Tinjauan ini telah dijalankan di 11 buah negara – Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam – yang melibatkan 5,500 pengguna serta 250 profesional penjagaan kesihatan, di antara bulan Mac – Mei 2020.


1 National Health and Morbidity Survey 2019

© 2023 BlackButterfly DesignArts