Menang Hadiah Istimewa Melalui Kempen Yoodo Unlimited

Yoodo Menawarkan iPhone 13, Gajet Samsung dan Banyak Lagi Kepada Pengguna Baru

Kuala Lumpur, 2 November 2021 – Yoodo – perkhidmatan mudah alih 100% digital pertama di Malaysia – telah melancarkan kempen Unlimited Theory, yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna baharu yang melanggan pelan Unlimited.

Kempen Unlimited Theory memberikan peluang khusus kepada para pengguna Yoodo untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa daripada 1 November sehingga 31 Disember 2021. Para pengguna baharu yang telah pindah masuk (port-in) ke Yoodo atau mengaktifkan talian baharu dan kemudian melanggan pelan Unlimited dalam tempoh kempen ini berpeluang untuk memenangi Apple iPhone 13; Samsung Galaxy Z Flip 3, TV Pintar LED 4K UHD Samsung 65” dan banyak lagi hadiah-hadiah hebat dan kredit Yoodo.

“Kami sangat gembira untuk melancarkan Yoodo Unlimited, pada tahun 2020 yang merupakan satu-satunya pelan tanpa had di Malaysia yang membenarkan penyesuaian sepenuhnya,” kongsi Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Para pengguna boleh menyesuaikan setiap aspek pelan tanpa had mereka termasuk kelajuan internet dan kuota data hotspot selain daripada minit panggilan suara dan sistem pesanan ringkas (SMS) sambal menikmati  layaran internet tanpa had.”

Selain itu, pelanggan Yoodo Unlimited baharu juga boleh menikmati data berkelajuan tinggi 5GB PERCUMA apabila mereka mengaktifkan kad SIM Yoodo masing-masing, serta minit panggilan suara dan kuota hotspot percuma 6GB yang merupakan sebahagian daripada pakej Unlimited.

“Apa yang berlaku dalam masa dua tahun lepas telah membuktikan betapa pentingnya sambungan internet untuk kekal berhubung dan berhibur. Kami ingin menunjukkan kepada para pengguna bahawa sama ada anda bermain mainan mudah alih sepanjang malam, berbual bersama orang tersayang atau hanya menonton rancangan TV dan filem kegemaran melalui peranti mudah alih anda, Yoodo sentiasa ada di samping anda,” akhiri Tuck Mun.

Untuk maklumat lanjut termasuk pertanyaan soalan serta terma dan syarat mengenai kempen Yoodo Teori Tanpa Had, sila layari www.yoodo.com/unlimitedtheory.

© 2023 BlackButterfly DesignArts