“The French Festival” Kini Kembali!

Le French Film Festival 2022 yang dinantikan kini kembali dengan filem-filem yang memenangi anugerah dan diselitkan juga dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan!

Kuala Lumpur, 18 MEI 2022 – Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22)! Bermula dari bulan Jun hingga Julai, LFFF22 akan memberikan anda satu pengalaman yang mengasyikkan melalui pelbagai acara menarik yang akan mengetengahkan filem-filem Perancis yang memenangi anugerah, aktiviti gastronomi yang menyelerakan, disamping memberikan pendedahan kepada budaya Perancis yang mempersonakan dan banyak lagi.

Sejak dua tahun menyepi, LFFF22 ini akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Festival ini sesuai kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berkeluarga dan kanak-kanak, peminat-peminat Perancis, penggemar filem dan juga penggemar makanan. Semestinya Festival ini akan meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada semua.

Edisi tahun ini dengan bangganya dianjurkan oleh Alliance Française Malaysia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Kedutaan Perancis di Malaysia, dengan sokongan dari dua Penaja Emas utama, Cartier dan Martell, dan tidak lupa dengan sokongan kerjasama selama bertahun-tahun oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang turut mengalu-alukan kemunculan semula French Film Festival tahun ini.

Kemunculan LFFF22 kali ini akan menayangkan 21 Filem Perancis yang telah memenangi anugerah. Para penonton akan disajikan dengan filem-filem yang menyentuh hati sehingga mengundang air mata, selain adegan-adegan lucu sehingga membuatkan anda tertawa! Selain itu, buat pertama kalinya, LFFF22 kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik, iaitu “Le Petit Festival”, dimana kanak-kanak (dan juga orang dewasa!) boleh menikmati barisan filem yang menarik agar mereka  tidak terkecuali dalam festival ini.

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI, dimana 10 filem Perancis yang bertemakan “Bewitching Outsiders” akan dipilih untuk tayangan. Dari filem Nouvelle Vague ke pawagam kontemporari, penggemar filem serata Malaysia dapat menonton filem art-house Perancis dengan akses percubaan percuma selama 30 hari di MUBI!

Rakyat Malaysia juga boleh menantikan pelbagai acara lain yang melibatkan seni persembahan dan visual, muzik, gastronomi dan banyak lagi. Antara program dan hiburan dari negara Perancis yang bakal ditampilkan sepanjang LFFF 2022 termasuklah:

  • French Film Festival terbesar di Malaysia dengan 21 filem Perancis terkini yang memenangi anugerah (dengan sari kata Bahasa Inggeris), dengan penampilan filem bertajuk “Aline”, biopik lucu dan mencuit hati yang mengisahkan penyanyi terkenal dunia Céline Dion, hasil lakonan dan arahan pelakon Perancis, Valérie Lemercier
  • Program terbaharu yang direka khas untuk si kecil, Le Petit Festival
  • Les Arts de la Table”, “Élans Radieux” dan “Le Corbusier” – tiga pameran eksklusif yang memberikan inspirasi, melalui hasil estetika luar biasa dan rekaan yang terbaik
  • Bengkel dan acara berkaitan gastronomi
  • La Fête de la musique – program muzik sepanjang malam untuk semua citarasa dan penggemar muzik dalam suasana yang menyeronokkan
  • Solstice Lunaire” – konsert luar biasa yang menyentuh pelbagai deria yang menghimpunkan tiga negara dan benua: Malaysia, Perancis dan Columbia
  • Persembahan Electro Acoustic Latin Jazzy House yang dibawakan oleh No Black Tie – dipersembahan oleh trio yang akan menghidupkan kembali old school jazz funk disco secara luar biasa
The French Festival Kini Kermbali
Tuan Yang Terutama, Encik Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia

Tuan Yang Terutama, Encik Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia menyatakan semasa sidang akhbar, “Le French Festival adalah salah satu simbol paling kuat yang melambangkan hubungan kukuh yang telah dibina antara Perancis dan Malaysia sejak 1957.”

Puan Violaine Dupic, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur berkongsi, “Malaysia dan Perancis telah sentiasa mempunyai hubungan baik dari segi budaya. Kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan festival tahun ini dan memainkan peranan kami untuk menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis kami”.

Menjelaskan jangkaan Festival tahun ini, Cik Asma Manssouri, Penyelaras Kebudayaan dari Alliance Française Kuala Lumpur berkata, “Kami akan meraikan ulang tahun ke-20 Festival ini dengan program inklusif dan praktikal dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk rakyat Malaysia dari semua peringkat umur. Kami teruja untuk mempamerkan keunikan yang masih kekal dalam filem kami. Mari kita sama-sama meneroka, merasa, mencipta dan bermimpi lalu menghidupkan semula Festival ini!”

Di Pulau Pinang, LFFF akan turut dianjurkan bersempena George Town Festival, satu lagi acara kebudayaan utama di Malaysia. Puan Lasémillante, Pengarah Alliance Française Pulau Pinang berkata, “Selepas dua tahun menyepi, kami sangat gembira untuk meraikan kebangkitan semula seni hiburan dan budaya dengan semangat kami untuk terus membangunkan kerjasama dengan institusi budaya tempatan yang lain.”

Penggemar Festival boleh menantikan Le French Film Festival 2022 di bandar berdekatan pada tarikh-tarikh berikut:

  • Kuala Lumpur    : 9 Jun – 26 Jun
  • Pulau Pinang      : 30 Jun – 10 Julai
  • Johor Bahru        : 7 Julai – 10 Julai
  • Kota Kinabalu    : 14 Julai – 17 Julai

Le French Film Festival 2022 berjaya dilangsungkan hasil sokongan Penaja Emas, Cartier and Martell, dan rakan usahasama Golden Screen Cinemas, serta penaja dan rakan kongsi lain termasuk:

Penaja

AGS, Bolloré, Devialet, Escatec, PAUL Malaysia dan Mazars.

Rakan Kongsi

Alba Chocolatier, Cinema Online, CCIFM, Christofle, Embassy of Colombia in Malaysia, DPAC, Euroasia, George Town Festival, Hin Bus Depot, Institut Français, Kamerata KL, KL Shakespeare Players, Le Méridien, Mercure, Monin, MUBI, Nathalie Gourmet Studio, No Black Tie, Penang State Library, Penang Tourist Guides Association, RT+Q, Sofitel, The Hive, Turkish Airlines dan REXKL.

Bagi yang ingin menonton mana-mana filem dari LFFF22, anda boleh mendapatkan tiket wayang mulai Khamis 2 Jun melalui aplikasi GSC, https://www.gsc.com.my atau melalui e-kiosk di pawagam GSC yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lefrenchfestival.com.my atau laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy 

© 2024 BlackButterfly DesignArts