The Face Shop Perhalusi Pencarian Untuk Bintang Baharu

Kempen #EcoBeautySquadMY akan dedahkan muka baharu pada penghujung tahun

Kuala Lumpur, 6 November 2020 – Jenama kecantikan terkemuka Korea THE FACE SHOP meneruskan pencariannya untuk personaliti muda yang mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama tersebut. Kempen #EcoBeautySquadMY, kini hampir memasuki separuh akhir, menyaksikan hanya 30 peserta yang tinggal daripada 100 pemohon asal yang disenarai pendek.

“Kami sangat teruja dengan kualiti wanita dan lelaki muda yang berbakat yang menyahut seruan kami untuk Kempen #EcoBeautySquadMY, apatah lagi melihat semua peserta juga teruja untuk tampil menyerlah dengan keunikan masing-masing. Ia sangat memberangsangkan apabila melihat ramai yang berkongsi falsafah kami dalam kecantikan semula jadi dan asli. Sementara kami meneruskan kempen ke peringkat separuh akhir dan akhir, kami berharap dapat memilih seorang pemenang Hadiah Utama sebelum tahun ini melabuhkan tirainya,” kata Encik Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd.

Sebagai sebahagian daripada objektif kempen untuk menambah nilai kepada para peserta, mereka yang disenaraipendek terpilih untuk menghadiri siri bengkel maya yang pertama seumpamanya di Malaysia, bermula dengan kursus pengenalan, diikuti tiga sesi bertema. Selepas setiap bengkel inilah berlakunya proses penyingkiran maya, daripada 100 peserta kepada 70, kemudian 55 dan kini hanya 30 peserta untuk peringkat separuh akhir.

Setiap bengkel bertema, yang diterajui oleh mentor kempen Venice Min, seorang usahawan dan penyokong pemerkasaan wanita, membawakan demonstrasi secara langsung, percubaan produk yang praktikal dan cabaran bersasaran kepada peserta, serta diiringi nasihat daripada penceramah jemputan yang berpengalaman.

Dalam Bengkel 1: Berani Memiliki Penampilan Ini (Dare to Own This Look), peserta telah belajar cara mencipta kandungan berkualiti dan menghasilkan video bagus yang berguna dan bermanfaat untuk para pengikut, dengan input daripada pakar kandungan Mark O’Dea. Setiap peserta juga dikehendaki menghasilkan video tutorial solekan dan mencipta wajah penampilan mereka yang tersendiri. Ia disusuli dengan Bengkel 2: Berani Menyerlah (Dare to Shine)yang memberi fokus kepada fotografi, sudut dan pencahayaan di bawah bimbingan jurugambar fesyen dan kecantikan profesional Paul Staniunas dari ‘All is Amazing’, dan disusuli dengan cabaran penggambaran luaran.

Bengkel 3: Berani Berbuat Baik dan Berasa Hebat (Dare to Do Good and Feel Good)yang baru disimpulkan pula memberi intaian berharga ke dalam dunia bintang media sosial profesional, dengan meninjau cara untuk mencari atau mencipta keistimewaan dan muncul berbeza daripada pencipta kandungan kecantikan yang lain. Penceramah jemputan Eros, blogger terkemuka dan duta jenama, juga menitipkan nasihat mengenai cara bekerja dengan jenama dan klien selain panduan menghasilkan reviu produk yang menarik perhatian.

“Kempen #EcoBeautySquadMY ini menjadi perjalanan yang indah bagi saya, untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman saya dengan semua peserta dalam setiap bengkel. Memang tampak jelas perkembangan dalam kalangan peserta yang masih bertahan ini, dan bagaimana mereka benar-benar menerapkan apa yang dipelajari dalam setiap sesi,” kata Venice. “Pastinya sangat sukar bagi para hakim untuk memilih pemenang akhir, dan saya amat berbangga dengan mereka semua. Ini adalah pengalaman yang sangat bermakna bagi saya, dan saya gembira dapat menjadi mentor mereka.”

Dalam peringkat separuh akhir yang akan berlangsung dari 16-22 November ini, para peserta akan diuji menerusi cabaran dalam talian yang memerlukan mereka menerapkan semua pengetahuan yang telah dipelajari untuk kekal maju. Pada kesudahannya, hanya 10 finalis bertuah akan kekal untuk menyertai acara peringkat akhir seharian pada 12 Disember, yang merangkumi satu siri cabaran yang lebih menduga berbanding apa yang pernah mereka lalui sebelum ini, sementara penyokong berpeluang mengundi finalis kegemaran masing-masing.

Pada akhirnya, pemenang Hadiah Utama akan diumumkan, yang akan menerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan dengan THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan, sebuah kamera DSLR dan keahlian gimnasium selama setahun yang jumlahnya bernilai sehingga RM20,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP dan Kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi www.thefaceshop.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi di www.facebook.com/thefaceshopmalaysia & www.instagram.com/thefaceshopmalaysia.

© 2024 BlackButterfly DesignArts