The Coffee Bean & Tea Leaf® Tawarkan Citarasa Menenangkan Dan Hidangan Baharu Untuk Ramadan Di Rumah

Kuala Lumpur, 30 April 2020 – Ramadan tahun ini akan menjadi pengalaman baharu bagi rakyat Malaysia, jadi lihatlah pilihan menu baharu dari The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) untuk memudahkan pengalaman duduk di rumah! Daripada Dark Chocolate Chai Tea Latte yang sangat memuaskan atau minuman Single Origin Chocolate yang mewah, hinggalah hidangan entrée yang memaparkan sajian kegemaran tempatan dan citarasa Asia dengan sentuhan moden, pasti dapat memenuhi setiap selera.

“Ramadan dan Syawal 2020 pastinya akan disambut dengan sangat berbeza tetapi kami di The Coffee Bean & Tea Leaf® berasa besar hati kerana dapat menawarkan menu yang enak untuk dinikmati bersama. Kami berharap citarasa yang biasa di rumah, digabungkan dengan minuman dan sajian pencuci mulat baharu kami ini dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan, di saat kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Kami juga sangat berterima kasih kepada rakan korporat kami yang memberi beberapa tawaran hebat, dan tentu saja kepada semua pelanggan yang bersabar dan menyokong sepanjang tempoh yang mencabar ini,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Coklat memang terkenal dengan kualiti yang membuatkan kita rasa gembira dan akhir-akhir ini semua orang memerlukan sajian untuk membangkitkan keceriaan. Cubalah keenakan Dark Chocolate Chai Tea Latte panas atau ais (RM14.50 kecil, RM15.50 biasa) yang menenangkan, campuran unik gandingan coklat gelap yang kaya dan seimbang dengan chai manis dan pedas CB&TL. Buat pencinta coklat, nikmati kedalaman rasa dan keunikan Single Origin Chocolate dari Ghana – ia menawarkan kemewahan rasa seperti fudge yang sempurna dengan sendirinya atau dicampur dengan ekstrak kopi CB&TL untuk rangsangan mata. Cubalah Single Origin Chocolate atau Single Origin Mocha Latte (RM15.95 kecil, RM17.45 biasa), atau Ice Blended® yang menyegarkan (RM16.50 kecil, RM18 biasa).

Minuman penghilang dahaga ini digandingkan dengan Chicken Satay Sandwich (RM20.50) yang lazat, dilimpahi dengan sos kacang dan serai, dan dihidangkan dengan roti panini segar, atau Yum Chicken Salad (RM22.80) yang terkenal, sajian ayam inspirasi Siam yang menggiurkan dengan tom yam dan daun selasih Thailand di atas daun salad mesclun.

Seterusnya, lengkapkan hidangan yang sempurna ini dengan sajian manis baharu Nuts About You (RM13.95 sepotong, RM139.90 untuk sebiji kek), ramuan enak dengan lapisan kopi, mentega kacang, kekacang dan coklat untuk memuaskan selera pengkritik sajian pencuci mulut yang paling cerewet! Musim ini juga menyaksikan kembalinya The Straits (RM12.95 sepotong, RM129.30 untuk sebiji kek), iaitu kek pandan tradisional yang dilapisi gula Melaka dengan kemewahan tambahan krim dan keju mascarpone.

Nikmati semua ini dan lebih banyak lagi bagi mempermudahkan pengalaman berada di rumah untuk Ramadan ini. Walaupun dengan semua promosi hebat sepanjang hari dan tawaran gandingan menawarkan nilai-untuk-wang anda, ia juga merupakan cara menarik untuk memberi keceriaan kepada keluarga dan rakan-rakan semasa Ramadan dan Syawal.

Nikmati set-set promosi ini melalui pesanan bawa pulang; selepas PKP, tawaran ini turut terpakai ke atas pelanggan yang menjamu selera di restoran kami!

Promosi DekatDiHati* (sekarang hingga 23 Mei 2020)

  • Beli mana-mana minuman Café (Café Au Lait/Mocha/Vanilla/Hazelnut) / Teh Panas / Teh Latte, dan hanya tambah RM5 untuk mendapat seketul bagel!
  • Beli mana-mana dua sajian pencuci mulut dan dapatkan satu secara percuma! Pilih dari kek, mufin, biskut dan skon manis.

Potongan 20% Untuk Minuman Kegemaran Anda* (berterusan)

Nikmati potongan 20% bagi minuman The Original Mocha Ice Blended®, Cappuccino, Café Latte, Americano, Today’s Brew dan Cold Brew Tea.

Sementara itu, pelanggan juga dapat menikmati rebat tunai untuk pesanan GrabFood mereka semasa Kempen Tawaran Hebat GrabFood Ramadhan** (sekarang hingga 23 Mei 2020). Dengan pesanan minimum RM25, mereka layak mendapat diskaun 30% (diskaun maksimum sehingga RM8 setiap pesanan) dengan memasukkan kod promo ‘HOTDEALS’ semasa pembayaran.

*Tertakluk kepada terma & syarat. Tersedia di semua cawangan yang beroperasi sepanjang PKP – lihat https://www.coffeebean.com.my/promotions/we-re-still-open untuk senarai terkini.

**Tertakluk terma & syarat. Hanya sah untuk pesanan penghantaran melalui GrabFood sahaja.

Untuk keterangan lanjut mengenai menu perayaan CB&TL, tawaran terkini, berita dan promosi, ikuti laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau kunjungi laman webnya di www.coffeebean.com.my.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Tawarkan Citarasa Menenangkan Dan Hidangan Baharu Untuk Ramadan Di Rumah – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts