The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Melebarkan Sayap Dengan Pembukaan Kafe Ke-150

Pembukaan ini menjadi detik yang bersejarah bagi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan membuktikan komitmen jenama ini untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat rakyat Malaysia.

Kuala Lumpur, 14 April 2023 – Baru sahaja meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia. Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.

Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150 jenama tersebut berkongsi, “Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untuk membawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan. Oleh itu, kami berasa amat bersyukur kerana cita dan semangat kami juga disambut baik oleh rakyat Malaysia, yang terus mendukung usaha kami untuk menjadikan kafe-kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia sebuah ruang komuniti yang istimewa. Pembukaan kafe kami yang ke-150 merupakan komitmen kami untuk terus memupuk hubungan yang kami telah corak dengan para pelanggan di Malaysia.”

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Melebarkan Sayap Dengan Pembukaan Kafe Ke-150

Kafe berkeluasan2,800 kaki persegi yang terletak di Sierra Fresco menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung.Reka bentuk dalaman kafe ini yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka, menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya. Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit, menzahirkan sebuah ambien yang nyaman dan mesra.

Resipi Kejayaan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia: Fokus Terhadap Inovasi.

The Coffee Bean & Tea Leaf® telah menyaksikan penyebarluasan dan pertumbuhan yang memberangsangkan seawal penapakannya di Malaysia, yang berjaya membuka 140 buah kafe di Malaysia setakat tahun 2022. Menunjangi kejayaan ini ialah komitmen berterusan terhadap inovasi dan semangat untuk meneroka sesuatu yang baharu.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Melebarkan Sayap Dengan Pembukaan Kafe Ke-150

Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi memberitahu, “Memetik ilham daripada pelbagai juadah dari seluruh dunia, kami sebagai sebuah jenama mempunyai cita yang tinggi terhadap inovasi. Kami terokai dan berusaha untuk mencipta resipi yang dapat menggamit selera rakyat Malaysia, sambil berpegang kepada asal usul yang mendefinisikan suatu juadah. Dengan menoleh ke belakang, kami dapat melihat semangat eksplorasi yang telah dikongsi selama ini antara The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan juga para pelanggan kami, dan kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia yang sebenar kepada mereka.”

Penawaran yang terkini oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia adalah berpaksikan musim Ramadan dan Raya, mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya. Diilhamkan oleh perisa-perisa yang biasa dan juga yang luar biasa, minuman musiman yang disediakan terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato. Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, sentuhan rempah ini menambah kekayaan rasa minuman tersebut. Juga dibawakan untuk memuaskan dahaga para pelanggan ialah Mangoes & Cream Ice Blended® dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.

Sementara itu, menu musiman Ramadan dan Raya The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl. Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai, dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight.

Sementara inovasi di dapur kekal menjadi fokus utama jenama ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga sedang merancang untuk memperkayakan lagi aksesibiliti para pelanggan dengan penyebarluasan khidmat pandu lalunya. Menerusinya, jenama tersebut membidik untuk menawarkan pengalaman kepenggunaan yang lebih segera dan ringkas demi kepuasan ramai lagi pelanggan.

Menangi peluang untuk Meet & Greet duta jenama, Meerqeen!

Seiring dengan acara pembukaan yang istimewa ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah melanjutkan pelantikan duta jenamanya, iaitu Meerqeen.

Sehubungan itu, sebuah berita baik juga dibawakan untuk para peminat Meerqeen kerana The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah peraduan media sosial yang akan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, di mana para peserta diberi peluang untuk memenangi sesi meet & greet eksklusif bersama dengan pelakon tersebut. Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah mudah yang berikut*:

1. Ikuti @coffeebeanmy dan @meerqeen di Instagram.

2. Sambil memegang mana-mana makanan atau minuman The Coffee Bean & Tea Leaf®, tangkap gambar dengan susunan hiasan atau di hadapan hiasan tingkap khas #RayaMeerqeenCBTL di kafe-kafe kami yang terpilih (cari hashtag itu untuk mengenalinya).

3. Kongsikan gambar tersebut di IG Feed atau IG Story anda dengan mengetag @coffeebeanmy dan @meerqeen, bersertakan hashtag  #RayaMeerqeenCBTL. Sila pastikan profil kamu awam.

4. @coffeebeanmy dan @meerqeen akan memilih 25 pemenang dengan penyertaan yang paling kreatif untuk memenangi sesi meet & greet dengan Meerqeen di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ke-150 yang dibuka di Sierra Fresco.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Kafe Sierra Fresco The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia akan mula beroperasi dari 15 April 2023. Masa operasinya adalah dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap Isnin hingga Ahad di alamat Jln Sierra 10/1, Bandar 16 Sierra, 47110 Puchong, Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts