The Chicken Rice Shop Melancarkan Menu Baharu, Ayam Surria Untuk Menyemarakkan Sambutan Deepavali

Menu bermusim TCRS menawarkan perisa berinspirasikan India bersempena dengan Pesta Cahaya.

The Chicken Rice Shop Melancarkan Menu Baharu, Ayam Surria Untuk Menyemarakkan Sambutan Deepavali

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 – Sempena sambutan Deepavali, The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan sukacitanya memperkenalkan menu Ayam Surria, tawaran istimewa terhad yang tersedia di semua cawangan TCRS di seluruh negara hingga 10 November 2024. Diinspirasikan oleh cita rasa masakan India yang lazat dan aromatik, menu perayaan ini meraikan Pesta Cahaya dengan menggabungkan nasi ayam TCRS kesayangan warga Malaysia dengan sentuhan  yang unik dan istimewa.

Menu Ayam Surria merupakan hidangan nasi ayam tradisional yang diadunkan dengan rempah ratus masakan India. Hidangan ini menampilkan ayam yang diperap dalam rempah aromatik seperti kunyit, jintan putih, dan ketumbar, lalu digoreng dengan sempurna, dan disediakan dengan chutney tomato yang menggamit selera, turut diiringi dengan minuman manis berbuah Berry Surr.

Tersedia dalam tiga pilihan set – Set Surr, Set Sangat Surr dan Set Terpaling Surr – menu ini memenuhi keperluan kumpulan kecil dan besar, sesuai untuk perhimpunan keluarga dan sahabat. Set yang besar tersedia dengan pelbagai hidangan sampingan untuk meningkatkan lagi kemeriahan, termasuk Nyonya Pai Tee, Penang Rojak dan Penang Famous Chicken Rolls.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi dedikasi jenama untuk terus menawarkan cita rasa yang baharu dan menarik. “Di TCRS, kami berusaha untuk menyediakan pengalaman makanan yang meraikan warisan masakan Malaysia. Menu Ayam Surria mencerminkan misi berterusan kami untuk membawakan hidangan yang lazat kepada warga Malaysia sambil meraikan sambutan Deepavali dengan perisa berinspirasikan India.”

TCRS sentiasa komited untuk menyajikan makanan yang menyelerakan untuk rakyat Malaysia dengan menawarkan perisa tempatan dan serantau yang terbaik. Walaupun TCRS telah mencipta nama dengan hidangan nasi ayam yang melazatkan, mereka juga telah lama berkembang melangkaui hidangan klasik ini dengan menawarkan pelbagai hidangan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

“Kami sentiasa percaya bahawa makanan adalah lebih daripada sekadar hidangan – ia adalah cara untuk menyatukan orang ramai. Bersempena dengan sambutan Deepavali ini, kami menjemput semua orang untuk menikmati menu Ayam Surria yang menggabungkan keenakan masakan Malaysia dan India untuk menghidupkan lagi semangat kebersamaan dan kesyukuran. Di TCRS, kami sentiasa bersedia untuk menawarkan hidangan yang digemari ramai dengan perisa baharu dan menarik untuk dikongsi bersama yang tersayang,” kata Kah Yong.

Sertai TCRS dalam meraikan Deepavali dengan menu Ayam Surria, tersedia untuk masa terhad sahaja! Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Surria, layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti TCRS di Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

The Chicken Rice Shop Melancarkan Menu Baharu, Ayam Surria Untuk Menyemarakkan Sambutan Deepavali – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts