THE CHICKEN RICE SHOP KEMBALI DENGAN GRILLED BUTTER CHICKEN KEGEMARAN RAMAI!

THE CHICKEN RICE SHOP KEMBALI DENGAN GRILLED BUTTER CHICKEN KEGEMARAN RAMAI!

Nikmati kelazatan mentega dengan menu akhir tahun TCRS yang sangat dinanti-nantikan!

Kuala Lumpur, 27 November 2023 – Berita baik untuk foodies! Restoran tempatan kegemaran anda, The Chicken Rice Shop (TCRS), kini kembali dengan Grilled Butter Chicken yang disukai ramai! Lebih daripada sekadar hidangan, menu istimewa yang meraikan keenakan mentega ini sudah menjadi sinonim dengan TCRS dan ia kini tersedia di cawangan TCRS di seluruh negara hingga 21 Januari 2024.

Tahun ini, TCRS kembali membawakan hidangan Grilled Butter Chicken yang disempurnakan dengan limpahan sos mentega yang memukau! Keenakan ayam panggang tanpa tulang bersama sos mentega keemasan yang menghasilkan rasa pekat berkrim, diserikan lagi dengan taburan daun kari dan cili merah pasti memikat hati anda! Ia merupakan hidangan yang paling sesuai untuk mengakhiri tahun ini dengan penuh kelazatan!

THE CHICKEN RICE SHOP KEMBALI DENGAN GRILLED BUTTER CHICKEN KEGEMARAN RAMAI!

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa menu akhir tahunan ini telah menjadi satu tradisi yang dihargai para penggemar TCRS di mana ia telah menjadi satu hidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka setiap tahun!

“Di The Chicken Rice Shop, kami mengutamakan ciptaan hidangan yang mewujudkan pengamalan kulinari yang menyentuh hati sambil memenuhi cita rasa pelanggan. Kembalinya menu ini bukanlah sekadar tawaran bermusim, ia juga dibawa kembali untuk meraikan pelanggan kami yang setia menyokong TCRS secara berterusan.”

THE CHICKEN RICE SHOP KEMBALI DENGAN GRILLED BUTTER CHICKEN KEGEMARAN RAMAI!

Khas untuk pelanggan di seluruh negara,  menu Grilled Butter Chicken menawarkan tiga pilihan set untuk memenuhi cita rasa yang berbeza. Setiap hidangan dilengkapkan dengan minuman soda Berry You Up yang serba baharu untuk pengalaman pemakanan yang lagi best!

“Di TCRS, prioriti kami adalah kepuasan pelanggan kami dan kembalinya menu Grilled Butter Chicken ini adalah untuk membuktikan penghargaan kami atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami teruja untuk membawakan lebih banyak lagi keistimewaan kepada pelanggan kami pada tahun depan dan kami berharap untuk terus menyediakan pengalaman kulinari yang memenuhi cita rasa mereka,” kata Kah Yong. Jom kita bersama-sama menikmati keenakan mentega! Untuk maklumat lanjut tentang menu Grilled Butter Chicken yang terbaharu, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts