Kuala Lumpur, 21 Ogos 2024 – Ogos ini, marilah meraikan Hari Kebangsaan bersama The Body Shop yang akan menyambut ulang tahun ke-40 di Malaysia. Dalam menyokong usaha ke arah kesejahteraan Manusia dan Planet, The Body Shop meraikan perubahan dan penggerak perubahan yang memberi impak kepada individu serta komuniti.
Sejajar dengan matlamat jenama ini – “kami wujud untuk memperjuangkan dunia yang lebih adil dan indah’ – Dexter Foong, Pengurus Besar, The Body Shop Malaysia berkata: “The Body Shop sentiasa menjadi penyokong kepada perubahan yang positif, berpandukan prinsip beretika dan mesra alam, daripada amalan Perdagangan Adil Komuniti kepada produk 100% vegan. Maka sewajarnya tema 40 Years of Goodness yang dibawa oleh jenama ini disemarakkan dengan program Changemaking Campus bagi menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama. Kita semua mempunyai peluang menjadi kuasa pencetus kebaikan dan kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada setiap individu untuk membantu orang lain, dengan menyokong projek ‘Gaza Home of Hope & Love’ untuk anak-anak yatim oleh Rose2Rose.”
Changemaking Campus The Body Shop, yang bermula pada Isnin 26 Ogos hingga Ahad 1 September 2024, akan mengubah Center Court, Mid Valley Megamall KL menjadi medan deria bagi memperkasakan individu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan unik kulit setiap orang dan cara mencipta solusi penjagaan kulit tersendiri yang sesuai dengan mereka.
Pelbagai reruai disediakan di sini, termasuklah sudut foto Changemakers, dan mereka yang melengkapkan lawatan Changemaking Campus akan menerima sampel-sampel percuma. Selain itu, 40 pengunjung pertama dari jam 3 petang pada hari bekerja juga akan mendapat layanan istimewa – satu skup aiskrim secara percuma. Untuk lebih banyak ganjaran, muat turun aplikasi The Body Shop dan mendaftar sebagai Rakan* Love Your Body™ untuk menebus baucer bernilai RM10 dan beg kantung percuma.
* Rakan Love Your Body™ menerima ganjaran untuk pembelian, tawaran dalam aplikasi yang eksklusif dan promosi dari semasa ke semasa, dengan makluman terkini tentang produk sedia ada/baharu.
Dalam tempoh ini, dengan setiap pembelian daripada rangkaian British Rose, The Body Shop akan menyumbang RM1 untuk menyokong projek ‘Gaza Home of Hope & Love’ yang dikendalikan oleh Rose2Rose, satu inisiatif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Rose2Rose menyokong komuniti rentan seperti wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat konflik, menyediakan peluang pendidikan dan pemerkasaan untuk mereka. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek kebajikan ini, singgahlah di www.thebodyshop.com.my/tbs-rose2rose-donation.
Ini adalah antara usaha yang menggambarkan advokasi The Body Shop dalam menyokong kebajikan sosial dan kelestarian alam sekitar, daripada program Perdagangan Adil Komuniti dengan memberikan pampasan dan akses pasaran yang adil kepada petani, pengeluar dan artisan tempatan, sehingga terhasil produk 100% vegan yang bebas kekejaman sepenuhnya, selain menjadi antara jenama terawal menerapkan amalan mesra alam seperti menggunakan pembungkusan lestari untuk masa hadapan yang lebih hijau.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Body Shop Malaysia pula, kunjungi laman web rasminya di www.thebodyshop.com.my dan media sosialnya (@thebodyshopmalaysia di TikTok dan Instagram) atau muat turun aplikasi The Body Shop Malaysia dari semua gedung aplikasi terkemuka.